Selalu sakit.. si ibu, si ayah, si anak.. sama jer.. tak habis-habis berulang alik ke klinik dan hospital. Tak putus-putus makan ubat itu dan ini. Sedar tak sebenarnya anda bukan hanya perlukan ubat?. Ini mungkin tanda kekurangan nutrisi yang tubuh anda sedang cuba beritahu.

Mesej yang tubuh ingin sampaikan adalah “dia perlukan nutrisi… bukan ubat.. ubat dan ubat”

tanda kekurangan nutrisi

Macam mana nak tahu yang anda sebenarnya mengalami kekurangan nutrisi dan nak cegah kesan kekurangan nutrisi ni?

Tanda-tanda kekurangan nutrisi adalah bergantung kepada nutrien apa yang seseorang itu kekurangan. Contohnya, kekurangan protein akan membuatkan seseorang itu cepat nampak tua, kulit kendur dan tak cantik.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tanda kekurangan nutrisi umum yang mungkin anda alami, seperti:

  • kulit kelihatan pucat
  • keletihan
  • kelemahan (tidak berdaya / bertenaga)
  • mengalami masalah pernafasan
  • ketagihan makanan yang luar biasa
  • obesiti
  • keguguran rambut
  • haid keterlaluan
  • sembelit
  • sentiasa mengantuk
  • jantung berdebar
  • selalu pengsan
  • kemurungan / tertekan
  • kesemutan, kebas (numb) / kekakuan pada sendi
  • kitaran haid tidak teratur
  • daya fokus yang lemah

Anda mungkin boleh mengalami semua atau sebahagian daripada tanda kekurangan nutrisi ini. Kebanyakan orang akan menyesuaikan diri mereka dengan tanda-tanda tersebut dari masa ke masa.

Ini boleh menyebabkan keadaan tidak dapat didiagnosis. Jadualkan pemeriksaan dengan doktor anda jika anda mengalami keletihan yang kerap, lemah badan atau hilang daya fokus.

Tanda-tanda ini boleh menjadi permulaan kepada kekurangan nutrisi yang serius.

 tanda kekurangan nutrisi

BAGAIMANA KEKURANGAN NUTRISI DIDIAGNOSIS?

Doktor akan membincangkan tentang diet dan tabiat pemakanan dengan anda jika mereka mengesyaki anda mengalami kekurangan nutrisi. Doktor akan bertanya apa tanda yang anda alami. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda telah mengalami sembelit atau cirit-birit, atau jika najis anda  berdarah.

Kekurangan nutrisi anda mungkin juga didiagnosis semasa ujian darah rutin, termasuk jumlah darah lengkap (Complete Blood Count – CBC). Ini selalunya dibuat bagi mengenal pasti samada anda menghidap anemia atau tidak.

 

APAKAH PUNCA KEKURANGAN NUTRISI?

Diet yang tidak seimbang dan tidak sihat adalah punca utama kepada kekurangan nutrisi. Tubuh manusia dapat menyimpan beberapa jenis nutrien, jadi kekurangan nutrisi mungkin tidak dapat dikesan sehinggalah tubuh sudah tidak ada nutrisi langsung.

Beberapa penyakit dan keadaan – termasuk kanser kolon, flora usus yang tidak seimbang dan keadaan gastrousus seperti penyakit Crohn dan celiac – boleh menyebabkan kekurangan zat besi. Kehamilan juga boleh menyebabkan kekurangan zat besi jika badan mengalihkan zat besi kepada janin.

tanda kekurangan nutrisi
Diet yang tidak sihat menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit secara global

 

Penyelidik juga telah menemui kaitan antara pembedahan bariatric yang dibuat untuk mengurangkan saiz perut bagi menurunkan berat badan dengan kekurangan nutrisi.

Orang yang menjadi tercalon untuk pembedahan bariatric mungkin sudah pun mengalami kekurangan nutrisi kerana diet yang tidak baik.

Anda perlu berbincang dengan doktor dan pakar diet untuk menentukan pelan pemakanan & nutrisi yang terperinci sebelum dan selepas pembedahan.

 

Anda selalu gagal dalam mengamalkan diet yang seimbang bagi mendapatkan sumber nutrisi yang lengkap setiap hari akibat kesibukan & kekangan masa?

Mahukan sokongan daripada suplemen @ vitamin paling tinggi kualiti, dijamin selamat & 100% semulajadi daripada Shaklee?

tanda kekurangan nutrisi

Baca tentang Perbezaan Shaklee dengan jenama lain

tanda kekurangan nutrisi
Untuk info lanjut / order Shaklee
Komen Facebook:
Tanda Kekurangan Nutrisi Yang Tak Boleh Diabaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!