Cecair pekat berwarna putih yang keluar dari vagina atau keputihan semasa hamil. Ramai wanita hamil hadapi masalah ni selain daripada beberapa perubahan lain. Kebanyakan wanita akan mengalami discharge berwarna putih pekat ini pada peringkat awal kehamilan.

Pada masa ini, vagina bekerja lebih masa untuk membuat lebih banyak discharge (pelepasan). Mengapa? Untuk menjaga serviks supaya sentiasa sihat dan lembap. Haba badan juga kadang-kadang boleh mencairkan cecair putih ini yang menyebabkan ia keluar dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa.

Keputihan semasa trimester ketiga kehamilan juga adalah normal.

Selagi keputihan ni jernih dan tidak berbau, ia adalah normal dan tubuh anda hanya melakukan tugasnya untuk menjaga supaya serviks anda bersih dan sihat.

 

APAKAH PUNCA KEPUTIHAN? 5 KEMUNGKINAN KEADAAN

Ada juga keputihan yang tak normal. Nak tau kenapa? Hanya doktor saja boleh mendiagnosis dengan betul apakah isu berkaitan masalah kesihatan yang mungkin menyebabkan keputihan. Tetapi ada beberapa keadaan yang biasanya dikaitkan dengan keputihan termasuklah:

 

  1. JANGKITAN YIS

Jangkitan vagina adalah salah satu punca penyebab yang tidak normal. Jangkitan yis berlaku apabila terdapat bakteria di kawasan vagina. Yis, genus Candida khususnya, biasanya dijumpai di dalam vagina, tetapi apabila pertumbuhannya tidak terkawal, ia membawa kepada jangkitan.

Hampir semua wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam hidupnya, jadi jangan panik jika ini terjadi – ia agak normal. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sekali anda mendapat jangkitan yis, anda lebih cenderung untuk mendapatnya pada masa akan datang.

Jangkitan yis biasanya menghasilkan keputihan yang pekat. Anda juga mungkin mengalami kegatalan.

Antara sebab utama jangkitan yis adalah:

  • Kencing manis
  • Penggunaan antibiotik yang berpanjangan
  • Tekanan
  • Kehamilan
  • Pil perancang

Ubat akan diberikan sekiranya doktor mengesahkan jangkitan yis adalah punca keputihan anda.

 

  1. PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL (SEXUALLY TRANSMITTED DISEASE)

Penyakit jangkitan seksual, seperti trichomoniasis, chlamydia atau gonorea juga boleh menyebabkan keputihan yang pekat.

STD ini tersebar melalui hubungan seksual, tetapi ia juga boleh dijangkiti melalui perkongsian pakaian renang atau tuala. Biasanya, trichomoniasis menghasilkan discharge @ pelepasan hijau atau kuning dengan bau busuk. Tetapi warna kuning itu mungkin sangat terang sehingga ia kelihatan putih. Tanda-tanda umum STD ini termasuk keradangan, sakit dan gatal-gatal.

Chlamydia dan gonorea adalah dua jenis STD lain yang juga boleh menyebabkan keputihan tak normal. Dalam kes ini, keputihan akan berwarna hijau, kuning atau keruh. Walau bagaimanapun, walaupun anda lihat keputihan yang jernih, kedua-dua STD ini mungkin masih menjadi punca.

Jika anda mengesyaki bahawa anda mungkin mempunyai salah satu daripada STD ini, adalah penting untuk segera berjumpa dengan doktor. Ketiga-tiga STD ini biasanya dirawat dengan antibiotik.

 

  1. VAGINITIS ATROPIK

Vaginitis atropik biasanya berlaku selepas menopaus, dan disebabkan oleh penipisan dinding faraj. Selepas menopaus, kadar estrogen menurun dan menyebabkan penipisan dinding ini.

Nota: Kebanyakan wanita akan melalui menopause antara umur 45 dan 55.

Atrofi faraj boleh meningkatkan peluang anda untuk mengalami jangkitan vagina kronik dan jangkitan saluran kencing.

Gejala-gejala umum keadaan ini termasuklah:

  • Kekeringan faraj
  • Keputihan pekat
  • Penipisan dinding faraj
  • Rasa seperti terbakar
  • Sakit selepas hubungan seks
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Kencing tak lawas
  • Jangkitan saluran kencing yang kerap
  • Pemendekkan saluran faraj

Walaupun menopaus adalah penyebab vaginitis atropik yang paling biasa, ada keadaan lain yang boleh menyebabkan tahap estrogen wanita menurun, termasuk:

  • Menopaus akibat pembedahan (pembuangan ovari)
  • Penyusuan susu ibu
  • Terapi rawatan hormon akibat kanser payudara
  • Terapi radiasi pelvis
  • Kimoterapi

Rawatan yang paling biasa untuk masalah ini adalah dengan terapi penggantian estrogen. Ia hanya disyorkan jika gejala-gejalanya teruk. Estrogen topikal dan estrogen oral adalah pilihan rawatan yang ada. Tetapi estrogen oral boleh menyebabkan perkembangan kanser endometrium jika tidak digabungkan dengan progestin untuk mengimbangi tahap hormon anda.

 

  1. VULVOVAGINITIS

Vulvovaginitis adalah satu lagi jenis jangkitan yang memberi kesan kepada vulva dan vagina. Ia adalah satu keadaan biasa yang mempengaruhi wanita semua peringkat umur dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang berbeza, seperti:

  • Virus
  • Bakteria
  • Yis
  • Parasit
  • Alergen
  • Jangkitan seksual
  • Bahan kimia
  • Alam sekitar

 

Bakteria dan yis adalah penyebab utama jangkitan ini, walaupun HPV dan parasit seperti kutu dan pinworms, juga menjadi punca biasa.

Antara gejala vulvovaginitis yang paling umum adalah:

  • Gatal-gatal di bahagian sulit
  • Kerengsaan di kawasan alat kelamin
  • Bau busuk
  • Keradangan
  • Keputihan yang berlebihan
  • Sakit semasa kencing

Vulvovaginitis boleh membawa kepada keputihan semasa hamil yang banyak, pekat dan berbau busuk.

Jika anda mempunyai sebarang gejala di atas, berjumpa dengan doktor anda dengan serta-merta.

 

  1. VAGINOSIS BAKTERIA

Seperti namanya, vaginosis bakteria adalah jangkitan vagina yang disebabkan oleh bakteria yang terlalu banyak. Vaginosis bakteria adalah salah satu jenis jangkitan vagina yang paling biasa di kalangan wanita berumur antara 15 hingga 44 tahun.

Masalah ini boleh dirawat. Tetapi, jika tidak dirawat ia akan meningkatkan risiko jangkitan seksual atau komplikasi semasa kehamilan.

Lebih kurang 50% hingga 75% wanita dengan vaginosis bakteria tidak mengalami sebarang gejala. Apabila gejala berlaku, yang paling umum termasuklah keputihan yang tidak normal.

Biasanya, ia berwarna putih atau kelabu cerah. Walaupun ia adakalanya pekat dalam sesetengah kes. Keputihan semasa hamil jenis ini biasanya disertai dengan bau hanyir seperti bau ikan.

Vaginosis bakteria boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang berbeza, seperti:

  • Pengambilan antibiotik berlebihan
  • Seks tanpa perlindungan
  • Bertukar-tukar pasangan seks
  • Meruang (douching)
  • Penggunaan ubat-ubatan vagina berlebihan

Rawatan biasanya datang dalam bentuk antibiotik, seperti tinidazole, metronidazole, clindamycin. Di samping itu, doktor anda juga boleh mengesyorkan rutin kebersihan diri betul untuk mencegah jangkitan pada masa depan.

Walaupun keputihan pekat boleh menjadi normal. Tetapi jika ia adalah berpunca daripada masalah berkaitan kesihatan, penting untuk segera berjumpa dengan doktor. Sekiranya keputihan semasa hamil tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan komplikasi di kemudian hari.

 

GARLIC COMPLEX SHAKLEE UNTUK MENGATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA HAMILkeputihan semasa hamil

 Bawang Putih adalah tumbuhan dalam keluarga bawang, ditanam untuk kegunaan semasa memasak dan digunakan secara tradisional untuk kesihatan secara umum. Alisin, yang memberikan bau ketara bawang putih, adalah sebatian berharga dalam bawang putih yang mempunyai pelbagai manfaat seperti memelihara kesihatan tubuh.*

 

Fakta Nutrisi

Setiap tablet menyediakan:

Ramuan Amaun Setiap Tablet
Serbuk Ulas Bawang Putih (Allium sativum) 500 mg
Ekstrak daun rosemary (Rosmarinus officinalis) 25 mg

KKLIU 0591/2017
MAL11080026TC

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan Set Hamil Shaklee yang lengkap bagi mendapatkan sumber nutrisi yang diperlukan oleh ibu hamil setiap hari dengan cara yang lebih mudah, selamat dan berkesan.

 

keputihan semasa hamil

 

Atau WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Keputihan Semasa Hamil: Atasi Masalah Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *