Agak susah nak pilih sunscreen terbaik untuk kulit terutamanya muka. Saya dah banyak kali tersalah pilih sunscreen. Akibatnya, kulit jadi berminyak, kusam dan liang pori tersumbat.

Itu belum lagi cerita bab kulit rasa melekit dan rimas selepas disapu sunscreen.

Beli sunscreen mahal sama, sunscreen murah pun sama.

Saya pernah beli sunscreen yang berharga lebih RM100.00 untuk satu tiub! Efeknya takdelah Wow sangat pun. Biasa-biasa saja.

Saya cuba pula sunscreen yang harga tak sampai RM80.00 untuk satu tiub besar. Memang berbaloi, tapi rasa melekit, berminyak dan sangat rimas bila terkena kulit.

Sampai ke satu tahap, saya putus asa dan saya stop terus pakai sunscreen. Tapi masalahnya kulit pula jadi kusam, gelap, sunburn dan jeragat pun mula rancak memenuhi muka.

Kenapa semua ni terjadi bila stop pakai sunscreen?

Sebab fungsi utama sunscreen adalah untuk melindung kulit kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh faktor persekitaran terutamanya sinar UV daripada cahaya matahari.

 

sunscreen terbaik

 

APAKAH SUNSCREEN?

Sunscreen bertujuan untuk melindungi kulit. Ia memainkan peranan penting dalam menghalang sinaran ultraungu (UV) daripada diserap oleh kulit.

Sinaran UV boleh merosakkan kulit dan menyebabkan sunburn dan kanser kulit.

Tiada sunscreen yang dapat menghalang sinaran UV 100%. Tetapi ia setidaknya dapat melindungi kulit anda ketika berada di luar rumah.

Menggunakan sunscreen tidak bermakna anda boleh berada di bawah sinar matahari selama mana yang anda suka. Kerosakan pada sel kulit masih boleh berlaku jika pendedahan berlaku secara berlebihan.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SUN PROTECTION FACTOR (SPF)?

Sun protection factor (SPF) pada label sunscreen ialah ukuran sejauh mana sunscreen tersebut melindungi kulit daripada sinaran ultraviolet B (UVB). Sinaran UVB adalah punca utama sunburn.

Tetapi seperti sinaran ultraviolet A (UVA), juga boleh menyumbang kepada kanser kulit. SPF pada label tidak menyatakan apa-apa tentang keupayaan sunscreen untuk menyekat sinaran UVA.

Nombor SPF yang lebih tinggi bermakna perlindungan yang lebih besar daripada sinaran UVB. Tetapi tiada sunscreen boleh menghalang semua sinaran UVB.

Contohnya, sunscreen dengan SPF30 menghalang kira-kira 97% sinaran UVB. Sunscreen dengan SPF50 menghalang kira-kira 98% sinaran UVB.

 

sunscreen terbaik

CARA UNTUK MEMILIH SUNSCREEN TERBAIK

Sunscreen melindungi kulit daripada sunburn dan meminimumkan sinaran matahari dengan menyerap atau memantulkan sinaran UV. Memilih sunscreen terbaik adalah penting dalam melindungi kulit.

Pilih sunscreen yang menawarkan:

  • Perlindungan broad spectrum. Ia bertujuan untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.
  • SPF30 atau lebih tinggi
  • Kalis air jika anda mencari sunscreen yang memberikan perlindungan semasa berenang atau berpeluh untuk jangka masa tertentu – samada 40 atau 80 minit, bergantung kepada label.

Jenis sunscreen terbaik adalah yang memberikan semua faedah di atas. Jenis atau jenama yang anda gunakan adalah pilihan anda.

Sunscreen boleh didapati dalam bentuk losyen, krim, gel, ointments, wax stick dan spray.

Perlu diketahui bahawa sunscreen yang berbeza mengandungi bahan yang berbeza. Elakkan produk yang mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit anda.

Baca juga: Serum Untuk Pudarkan Jeragat

sunscreen terbaik

MEERACLE Amber UV Barricade Lightweight SPF50 PA++++ (UVA/UVB) Broad Spectrum Protection Sunscreen

Sunscreen MEERACLE adalah hybrid sunscreen iaitu gabungan physical dan chemical sunscreen.

Seperti sunscreen terbaik yang lain, sunscreen MEERACLE sangat best kerana ia:

  • Dapat membantu mencegah pembentukan jeragat baru
  • Melindungi kulit daripada bahaya sinar UV
  • Beri tone-up effect (tak perlu pakai foundation dah)
  • SPF / perlindungan yang tinggi (SPF 50 PA++++)
  • Tidak berminyak
  • Tidak melekit
  • Tidak ada white cast
  • Tidak perlu re-apply banyak kali
  • Beri perlindungan ‘broad spectrum’ UVA/UVB

 

sunscreen terbaik

CARA MEMAKAI SUNSCREEN

Walaupun orang selalu menggunakan sunscreen, mereka selalunya tidak menggunakan secukupnya atau tidak menggunakannya dengan betul. Ini akan mengurangkan keberkesanannya.

Ikut garis panduan ini (untuk sunscreen di muka):

  • Sapukan sunscreen pada semua bahagian kulit yang tidak dilindungi oleh pakaian.
  • Gunakan sunscreen sekurang-kurangnya 2 garis jari untuk melindungi kulit yang terdedah kepada cahaya matahari.
  • Sapu sunscreen pada kulit yang kering kira-kira 15 hingga 30 minit sebelum keluar rumah. Ini memberi masa untuk ia diserap dengan baim kedalam kulit.
  • Sapukan semula sunscreen sekurang-kurangnya setiap 2 jam, atau lebih kerap selepas berenang atau berpeluh.
  • Lindungi juga bibir anda dengan menggunakan lip balm atau gincu yang mengandungi sunscreen dengan SPF30 atau lebih tinggi.

 

sunscreen terbaik

JANGAN BERGANTUNG KEPADA SUNSCREEN SAHAJA

Menggunakan sunscreen apabila anda keluar rumah adalah penting. Tetapi ia hanya sebahagian daripada rutin yang anda boleh lakukan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.

Cara penting lain untuk melindungi kulit anda termasuklah:

  • Hadkan pendedahan kepada cahaya matahari antara 10.00 pagi dan 4.00 petang, kerana waktu ini sinaran UV adalah yang paling kuat.
  • Pakai topi atau gunakan payung dan baju berlengan panjang untuk melindungi kulit anda, jangan lupa cermin mata hitam. Jangan hanya nak lindungi kulit muka, badan pun perlu perlindungan.

 

sunscreen terbaik

Dah tau kan sunscreen terbaik yang boleh anda cuba?

JOM! Try MEERACLE

 

sunscreen terbaik

 

Komen Facebook:
Sunscreen Terbaik SPF50 Daripada MEERACLE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!