Adakah anda mengalami masalah hormon tak stabil? Jom ikuti perkongsian saya kali ni yang akan mengisahkan tentang hormon tak stabil.

Adakah hormon tak stabil mempengaruhi kesihatan?

Perut kembung, mudah marah, atau rimas dan tak selesa? Ketidakstabilan hormon boleh dipersalahkan untuk masalah ini. Hormon adalah “messenger” kimia yang mempengaruhi cara sel dan organ berfungsi.

Mengalami perubahan atau peralihan fasa dalam hidup adalah sesuatu yang normal, contohnya seperti sebelum dan semasa tempoh kehamilan, atau semasa menopaus.

Beberapa jenis ubat dan masalah kesihatan juga boleh menyebabkan perubahan ini berlaku.

 

HAID TIDAK TERATUR

Kebanyakan haid wanita datang setiap 21 hingga 35 hari. Sekiranya haid tidak datang pada masa yang sama setiap bulan, atau anda melangkau beberapa bulan, ini mungkin anda mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu (estrogen dan progesteron).

Sekiranya anda berusia 40-an atau 50-an, ia adalah kerana pra-menopause. Tetapi haid tidak teratur boleh juga menjadi gejala masalah kesihatan seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS).

 

MASALAH TIDUR

Sekiranya anda selalu tak dapat melelapkan mata, atau jika tidur yang anda dapatkan tidak berkualiti, anda mungkin mengalami masalah hormone tak stabil.

Progesteron, hormon yang dikeluarkan oleh ovari anda, membantu anda untuk mendapat tidur yang berkualiti. Sekiranya tahap hormon anda lebih rendah daripada biasa, ia boleh membuat anda susah untuk tidur. Estrogen rendah boleh mencetuskan rasa panas dan berpeluh diwaktu malam.

 

JERAWAT KRONIK

Jerawat sebelum atau semasa haid adalah normal. Tetapi jerawat kronik boleh jadi berpunca daripada masalah hormon tak stabil. Lebihan androgen (hormon lelaki yang ada pada lelaki dan wanita) boleh menyebabkan kelenjar minyak menjadi berlebihan. Androgens juga boleh menjejaskan sel kulit di dalam dan di sekitar folikel rambut anda. Kedua-dua perkara itu boleh menyumbat liang-liang dan menyebabkan jerawat.

 

MEMORY FOG (KEKELIRUAN / PELUPA)

Pakar tidak pasti bagaimana hormon memberi kesan kepada otak anda. Apa yang mereka tahu ialah perubahan dalam estrogen dan progesteron boleh membuat kepala anda merasa seperti “berkabut” dan membuatnya lebih sukar bagi anda untuk mengingati sesuatu. Sesetengah pakar berpendapat estrogen mungkin memberi kesan kepada bahan kimia otak yang dipanggil neurotransmitter. Masalah perhatian dan ingatan adalah perkara biasa semasa pra-menopause dan menopaus. Tetapi ia juga boleh menjadi gejala kepada keadaan berkaitan hormon yang lain, seperti penyakit tiroid.

 

hormon tak stabil

 

MASALAH USUS

Usus anda dipenuhi dengan sel-sel kecil yang dikenali sebagai reseptor yang memberi respon kepada estrogen dan progesteron. Apabila hormon ini lebih tinggi atau lebih rendah daripada biasa, anda mungkin akan mengalami perubahan dalam mencerna makanan. Itulah sebabnya cirit-birit, sakit perut, kembung, dan loya boleh muncul atau semakin teruk sebelum dan semasa haid.

 

hormon tak stabil

 

KELETIHAN YANG BERTERUSAN

Adakah anda letih sepanjang masa? Keletihan adalah salah satu gejala yang paling biasa akibat hormon tak stabil. Progesteron yang berlebihan boleh membuat anda mengantuk. Dan jika tiroid anda (kelenjar berbentuk kupu-kupu di leher anda) mengeluarkan terlalu sikit hormon tiroid, ia boleh mengurangkan tenaga anda. Ujian darah mudah yang dikenali sebagai panel tiroid boleh memberitahu anda jika tahap hormon tiroid anda terlalu rendah atau tak. Jika ya, ada rawatan yang perlu anda jalani.

 

MOOD TAK STABIL / TERTEKAN

Penyelidik berpendapat penurunan atau perubahan tahap hormon secara tiba-tiba boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan. Estrogen menjejaskan bahan kimia otak utama seperti serotonin, dopamin, dan norepinefrin. Tetapi hormon lain, yang melalui jalan yang sama seperti neurotransmitter, juga memainkan peranan dalam perasaan anda.

 

SELERA MAKAN DAN BERAT BADAN

Apabila anda berasa tertekan, murung atau marah, akibat paras estrogen anda jatuh, anda mungkin mahu makan lebih banyak. Itulah sebabnya mengapa penurunan dalam hormon dikaitkan dengan kenaikan berat badan.

 

SAKIT KEPALA

Banyak perkara boleh mencetuskan masalah ini. Tetapi bagi sesetengah wanita, penurunan estrogen yang menjadi puncanya. Sebab itulah biasanya sakit kepala akan menyerang sebelum atau semasa haid. Sakit kepala yang kerap atau yang sering terjadi sekitar waktu yang sama setiap bulan boleh menjadi petunjuk bahawa tahap hormon sudah tidak stabil.

 

hormon tak stabil

KEKERINGAN FARAJ

Ini adalah normal, tetapi jika anda sering menyedari faraj anda kering atau teriritasi, estrogen rendah mungkin sebabnya. Hormon membantu tisu faraj kekal lembap dan selesa. Jika paras estrogen anda menurun kerana ketidakstabilan, ia boleh mengurangkan cecair vagina dan menyebabkan kekeringan dan tidak selesa.

 

KEHILANGAN LIBIDO

Kebanyakan orang memikirkan testosteron sebagai hormon lelaki, tetapi badan wanita juga mengeluarkan hormone ini. Sekiranya tahap testosteron anda lebih rendah daripada biasa, anda mungkin kurang minat terhadap seks daripada yang biasanya anda lakukan.

hormon tak stabil

 

PERUBAHAN PADA PAYUDARA

Penurunan estrogen boleh menyebabkan tisu payudara kurang padat. Dan peningkatan hormon dapat menebalkan tisu ini, bahkan boleh menyebabkan benjolan atau cysts baru. Segeralah berjumpa dengan doktor jika anda menyedari ada perubahan pada payudara, walaupun anda tidak mengalami sebarang gejala lain yang membimbangkan.

 

APAKAH ADA SUPLEMEN YANG BOLEH MEMBANTU ATASI MASALAH HORMON TAK STABIL NI?

hormon tak stabil

 

hormon tak stabil

 

hormon tak stabil

 

hormon tak stabil

 

hormon tak stabil

 

Komen Facebook:
Hormon Tak Stabil: Banyak Masalah Akan Timbul
Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!