Penyakit buah pinggang rosak ada 5 tahap. Tahap 3 pula terbahagi kepada 3a dan 3b. Tahap 5 pula dikenali juga dengan penyakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Renal Disease – ESRD).

Apakah yang terjadi kepada orang yang menghidap penyakit buah pinggang tahap akhir? Adakah hanya menunggu hari untuk mati atau bagaimana?

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

 

Tidak sama sekali!

Walaupun penyakit buah pinggang rosak tiada ubat dan buah pinggang yang sudah rosak sudah tidak boleh dipulihkan kembali kepada keadaan asal, berputus asa bukanlah tindakan yang wajar hatta seseorang itu sudah berada di tahap akhir.

Bagi yang beragama Islam terutamanya, berputus asa itu sesungguhnya amat disengani oleh syaitan. Allah melarang kita daripada berputus asa dalam apa jua keadaan terutama sekali apabila diuji dengan kesusahan atau penyakit.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?

  1. Penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) adalah peringkat akhir penyakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian.
  2. Orang yang menghidap kencing manis atau tekanan darah tinggi mempunyai risiko tertinggi untuk mendapat ESRD.
  3. Rawatan untuk penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) adalah dialisis atau pemindahan buah pinggang.

 

penyakit buah pinggang tahap akhirBuah pinggang berfungsi sebagai penapis bahan buangan, sisa dan air yang berlebihan daripada darah menjadi air kencing. Penyakit buah pinggang kronik menyebabkan buah pinggang kehilangan fungsi ini dari semasa ke semasa.

Penyakit buah pinggang tahap akhir juga dikenali sebagai penyakit renal peringkat akhir (End Stage Renal Disease @ ESRD). Buah pinggang orang yang menghidap ESRD berfungsi di bawah 10% daripada keupayaan normal, yang mungkin bermakna mereka hampir tidak berfungsi sama sekali.

Penyakit buah pinggang biasanya progresif. Jangkamasa setiap tahap berbeza-beza dan bergantung kepada bagaimana penyakit buah pinggang anda dirawat, terutama berkaitan dengan diet dan samada doktor anda mengesyorkan dialisis atau tidak.

Penyakit buah pinggang kronik biasanya tidak mencapai tahap akhir sehingga 10 hingga 20 tahun selepas anda didiagnosis. ESRD adalah peringkat kelima dalam penyakit buah pinggang kronik, yang diukur oleh kadar penapisan glomerular (GFR).

 

APAKAH YANG MENYEBABKAN PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?

Banyak penyakit buah pinggang menyerang nefrons, unit penapisan kecil pada buah pinggang. Ini membawa kepada penapisan darah yang lemah, yang akhirnya membawa kepada penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD). ESRD disebabkan oleh kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya anda menghidap kencing manis, badan anda tidak dapat memecahkan glukosa (gula) dengan betul, jadi tahap glukosa dalam darah anda tetap tinggi. Mempunyai glukosa yang tinggi dalam darah anda merosakkan nefrons.

Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, tekanan yang meningkat pada pembuluh darah kecil pada buah pinggang akan membawa kepada kerosakan. Kerosakan ini menghalang pembuluh darah anda dari menjalankan tugas penapisan darah.

 

Penyebab lain penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) termasuklah:

  • Penyumbatan jangka panjang saluran kencing oleh batu ginjal, pembesaran prostat atau jenis kanser tertentu
  • Glomerulonephritis, keradangan penapis buah pinggang (dikenali sebagai glomeruli)
  • Refluks vesicoureteral semasa urin mengalir ke dalam buah pinggang
  • Keabnormalan kongenital

 

SIAPA YANG BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?

Orang tertentu berada pada risiko yang lebih tinggi untuk mendapat ESRD, seperti mereka yang mempunyai:

  • kencing manis
  • tekanan darah tinggi
  • saudara-saudara dengan ESRD

Baca 10 Punca Buah Pinggang Rosak

 

Risiko untuk mendapat ESRD juga meningkat apabila anda mempunyai apa-apa jenis keadaan buah pinggang lain, seperti:

  • Penyakit ginjal polikistik (PKD)
  • Alport sindrom
  • Nefritis interstisial
  • Pyelonephritis
  • Penyakit autoimun tertentu, seperti lupus (SLE)

Menurut satu kajian, penurunan yang cepat dalam fungsi normal buah pinggang anda boleh memberi isyarat kepada permulaan ESRD.

 

APAKAH GEJALA PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?

Anda mungkin mengalami pelbagai gejala, termasuk:

  • penurunan jumlah air kencing
  • ketidakupayaan untuk membuang air kecil
  • keletihan melampau
  • rasa sakit
  • sakit kepala
  • penurunan berat badan mendadak
  • hilang selera makan
  • pening dan muntah
  • kulit kering dan gatal-gatal
  • perubahan warna kulit
  • sakit tulang
  • kekeliruan dan kesukaran menumpukan perhatian
  • mudah lebam
  • hidung berdarah
  • kebas pada tangan dan kaki
  • nafas berbau
  • kehausan melampau
  • kerap tersedu
  • kitaran haid tidak normal
  • masalah tidur, seperti sleep apnea obstruktif dan sindrom kaki gelisah (Restless Legs Syndrome)
  • libido rendah atau mati pucuk
  • edema atau bengkak terutamanya di kaki dan tangan

Segeralah berjumpa doktor jika mana-mana simptom ini mengganggu hidup anda, terutamanya jika anda tidak boleh membuang air kecil atau tidur, sering muntah, atau merasa lemah dan tidak dapat melakukan tugas harian.

 

BAGAIMANAKAH PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR DIDIAGNOSIS?

Doktor akan melakukan ujian dan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Ujian fungsi buah pinggang termasuk:

  • Urinalisis: Ujian ini membantu doktor memeriksa protein dan darah dalam air kencing anda. Bahan-bahan ini menunjukkan bahawa buah pinggang anda tidak memproses sisa dengan betul.
  • Ujian serum creatinine: Ujian ini membantu doktor memeriksa samada creatinine sedang menimbun dalam darah anda atau tidak. Creatinine adalah sisa yang buah pinggang anda harus tapis dari badan anda.
  • Ujian urea nitrogen darah: Ujian ini membantu doktor memeriksa berapa banyak nitrogen dalam darah anda.
  • Anggaran kadar penapisan glomerular (GFR): Ujian ini membolehkan doktor menganggarkan berapa baik buah pinggang anda menapis sisa buangan.

 

BAGAIMANAKAH PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR DIRAWAT?

Rawatan untuk penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) adalah dialisis atau pemindahan buah pinggang. Dalam beberapa kes, perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan juga boleh membantu.

 penyakit buah pinggang tahap akhir

DIALISIS

Ada 2 pilihan apabila dialisis.

Satu pilihan adalah hemodialisis, yang menggunakan mesin untuk menapis darah anda. Mesin menyaring buangan menggunakan sejenis solution. Ia kemudian memasukkan semula darah bersih ke dalam badan anda. Kaedah ini biasanya digunakan 3 kali seminggu dan mengambil masa tiga hingga empat jam setiap sesi.

Doktor juga boleh menetapkan dialisis peritoneal. Dalam proses ini, solution akan dimasukkan ke dalam perut, yang kemudian dikeluarkan menggunakan kateter. Jenis dialisis ini boleh dilakukan di rumah dengan latihan yang betul. Ia sering dilakukan semalaman semasa pesakit tidur.

 

PEMINDAHAN BUAH PINGGANG

Pembedahan pemindahan buah pinggang melibatkan membuang buah pinggang yang terjejas (jika penyingkiran diperlukan) dan meletakkan buah pinggang yang baru. Satu buah pinggang yang sihat sudah cukup untuk anda hidup. Kaedah ini memerlukan penderma yang sesuai.

 

DRUGS

Orang yang menghidap kencing manis atau tekanan darah tinggi harus mengawal keadaan mereka untuk membantu mencegah ESRD. Doktor akan menentukan ubat dan rawatan yang betul bagi kedua-dua penyakit ini.

Sesetengah vaksin boleh membantu mencegah komplikasi serius ESRD. Vaksin hepatitis B dan polysaccharide (PPSV23) boleh memberikan hasil positif, terutama sebelum dan semasa rawatan dialisis. Sila rujuk kepada doktor anda mengenai vaksin mana yang terbaik untuk anda.

 

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Pengekalan cecair boleh menyebabkan perubahan berat badan yang cepat. Oleh itu, memantau berat badan anda adalah penting. Anda juga mungkin perlu meningkatkan pengambilan kalori dan mengurangkan penggunaan protein. Diet rendah natrium, kalium dan elektrolit lain mungkin diperlukan, bersama dengan sekatan cecair.

Hadkan makanan ini untuk mengelakkan mengambil terlalu banyak natrium atau kalium:

  • pisang
  • tomato
  • oren
  • coklat
  • kacang dan mentega kacang
  • bayam
  • avocado

Mengambil suplemen vitamin, seperti kalsium, vitamin C, vitamin D, dan zat besi, boleh membantu menyokong kesihatan dan penyerapan nutrien penting.

 

APAKAH KOMPLIKASI PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?

Komplikasi penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) yang mungkin termasuklah:

  • jangkitan kulit, kulit kering dan gatal-gatal
  • peningkatan risiko jangkitan
  • paras elektrolit yang tidak normal
  • sakit sendi, tulang dan otot
  • tulang lemah
  • kerosakan saraf
  • perubahan paras glukosa darah

 

Komplikasi yang jarang berlaku tetapi lebih serius termasuklah:

  • kegagalan hati
  • masalah jantung dan saluran darah
  • pembentukan cecair di sekitar paru-paru (paru-paru berair)
  • hiperparatiroidisme
  • kekurangan zat makanan
  • anemia
  • pendarahan perut dan usus
  • otak gagal berfungsi dan demensia (nyanyuk)
  • kejang atau sawan
  • masalah sendi
  • patah tulang

 

PEMULIHAN

Pemulihan adalah bergantung pada jenis rawatan yang disyorkan oleh doktor anda.

Dengan dialisis, anda boleh menerima rawatan di pusat dialisis atau di rumah. Dalam banyak kes, dialisis membolehkan anda memanjangkan hayat anda hasil kerap menapis sisa dari badan anda. Sesetengah pilihan dialisis membolehkan anda menggunakan mesin mudah alih supaya anda boleh meneruskan kehidupan harian anda tanpa perlu menggunakan mesin besar atau pergi ke pusat dialisis.

Pemindahan buah pinggang juga mungkin berjaya. Kadar kegagalan buah pinggang yang dipindahkan adalah rendah, antara 3% hingga 21% dalam 5 tahun pertama. Pemindahan buah pinggang membolehkan anda menyambung semula fungsi buah pinggang yang normal.

Sekiranya anda mengikuti cadangan doktor untuk perubahan diet dan gaya hidup, pemindahan buah pinggang dapat membantu anda hidup bebas dari ESRD selama bertahun-tahun.

 

JANGKA PANJANG

Kemajuan sains membolehkan ramai orang yang ada penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) hidup lebih lama dari sebelumnya. ESRD boleh mengancam nyawa. Tetapi, dengan rawatan yang betul, anda mungkin hidup selama bertahun-tahun selepas itu.

Tanpa rawatan, anda hanya boleh bertahan tanpa buah pinggang anda selama beberapa bulan. Sekiranya anda mempunyai penyakit lain lain seperti masalah jantung, anda mungkin menghadapi komplikasi tambahan yang boleh menjejaskan jangka hayat anda.

Emosi boleh menjadi sangat terganggu apabila seseorang itu mengalami kesan ESRD atau perubahan gaya hidup akibat dialisis. Jika ini berlaku, dapatkan kaunseling profesional atau sokongan positif dari keluarga dan rakan. Mereka boleh membantu anda terus aktif dalam kehidupan harian. Ini boleh memastikan anda mengekalkan kualiti hidup yang baik.

 

APA YANG BOLEH MENCEGAH PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP AKHIR?

Dalam sesetengah kes, penyakit buah pinggang tahap akhir (ESRD) tidak boleh dicegah. Walau bagaimanapun, anda perlu mengawal kadar glukosa dalam darah dan tekanan darah anda. Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai sebarang gejala ESRD.

Pengesanan awal dan rawatan boleh melambatkan atau mencegah penyakit daripada menjadi kronik.

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

 

ESKAYVIE PHYTAX

Phytax menggunakan sinergi antioksidan dari 12 bahan yang mengandungi banyak kebaikan fitonutrisi seperti polyphenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing untuk mengurangkan komplikasi yang lebih serius.

Tapi saya perlu jelaskan yang Phytax ini bukan ubat ya, penting untuk amalkan gaya hidup yang sihat juga.

Phytax tidak akan menerukkan fungsi buah pinggang kerana kuantiti natrium, fosfat dan kalium dalam produk Eskayvie terutamanya Phytax adalah sangat minimum dan tidak memudaratkan pesakit buah pinggang. Eskayvie pernah menjalankan kajian 3 bulan terhadap prospek yang mengambil Phytax.

Hasil kajian mendapati bacaan GFR semakin meningkat (positive result).

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

NOTA PENTING: Kesan tidak tipikal. Hasil adalah berbeza bagi setiap individu.

 

Kenapa Phytax patut menjadi pilihan sebagai solusi kepada kesihatan buah pinggang & masalah 3 serangkai anda?

✅ Diperkaya dengan 12 bahan bermutu tinggi daripada sumber semulajadi
✅ Kaya dengan antioksidan dan anti-radang
✅ Diiktiraf KKM dan mendapat kelulusan HALAL JAKIM
✅ Bebas daripada bahan-bahan tercemar
✅ Rasanya lazat dan mudah diamalkan

Dapatkan PHYTAX hari ini!

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

 

 

penyakit buah pinggang tahap akhir

 

Komen Facebook:
Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir: Kesudahannya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!