Percaya atau tidak, air mineral adalah idea yang bagus; seperti suplemen vitamin. Tapi adakah air mineral baik untuk kesihatan? Adakah terdapat sebarang risiko?

Banyak persoalannya disitu…

Ramai orang bimbang atau mungkin ada juga yang tidak tahu bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran kurang berkhasiat daripada dulu kerana tanah telah semakin kehabisan mineral. Samada suka atau tidak, ini adalah sesuatu yang kita benar-benar perlu ambil berat.

Selain daripada sumber makanan, air adalah sangat penting dan sangat-sangat diperlukan untuk hidup. Tak ada manusia yang boleh hidup tanpa air.

Betul kan?

Tapi pernahkah anda tahu tentang manfaat air mineral kepada kesihatan?

 

adakah air mineral baik untuk kesihatan

 

PERTAMA, anda rasa mungkin anda sudah mendapat beberapa jenis mineral dalam air minuman anda yang biasa. Air paip juga mungkin mengandungi mineral. Sebagai contoh, jika anda minum 2 liter air sehari, anda boleh mendapatkan 10% hingga 15% daripada keperluan kalsium harian anda dan sehingga 1/3 daripada magnesium anda yang diperlukan hanya dari air yang anda minum.

Tetapi jumlah mineral dalam air paip boleh jadi berbeza mengikut kawasan.

PENTING: jangan lupa pula tentang karat & keladak yang terdapat pada saluran paip yang membawa air tersebut ke rumah anda. Ini boleh memudaratkan kesihatan pula!

 

BAGAIMANA ANDA TAHU APA YANG ADA DALAM AIR ANDA?

Selain daripada persoalan adakah air mineral baik untuk kesihatan, Saya juga ingin menyentuh tentang kualiti air paip. Bahan pencemar yang mungkin terdapat di dalamnya boleh jadi meloyakan. Memang benar, air paip kita telah dirawat dengan baik sekali di loji-loji rawatan tetapi bagaimana pula dengan keadaan dan kualiti paip-paip air yang menyalurkan air ini ke rumah?

Pernah anda ambil tahu? Atau sengaja buat-buat tak tahu?

Lihat saja gambar-gambar di bawah (saya tak akan mengulas tentang ini dengan lebih lanjut)

 

adakah air mineral baik untuk kesihatan

 

adakah air mineral baik untuk kesihatan

 

BAGAIMANA MINERAL DALAM AIR MINUM MEMPENGARUHI KESIHATAN ANDA?

Adakah air mineral baik untuk kesihatan?

Walau hanya sejumlah kecil mineral yang terdapat dalam air minum biasa, ia tetap memainkan peranan yang bermanfaat dalam kesihatan jika diamalkan setiap hari. Kalsium dan magnesium penting untuk tulang yang kuat.

Magnesium juga membantu mengawal tekanan darah dan mengekalkan ritma jantung yang baik. Malah, orang yang tinggal di kawasan dengan air yang rendah kandungan mineralnya mungkin mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih tinggi.

Baca: 10 Kelebihan Air Mineral Untuk Kesihatan

 

PERLUKAH ANDA MINUM AIR MINERAL?

Jika anda mengesyaki bahawa air minum anda rendah mineral, bolehkah air mineral menjadi tambahan yang baik untuk kepada diet harian anda?

Air mineral dalam botol mengandungi kalsium dan magnesium empat kali ganda lebih banyak berbanding air paip biasa. Satu kajian mendapati bahawa orang yang minum 1 liter air m mineral sehari dapat menurunkan tekanan darah.

Ya, dah tentu anda kata ada cara lain untuk mendapatkan magnesium. Beras coklat, badam dan bayam adalah semua contoh sumber magnesium yang baik. Tetapi minum air mineral pasti menjadi cara lebih mudah yang dapat menambah pengambilan kalsium, magnesium dan mineral lain.

 

BOLEHKAH AIR MINERAL MEMBERI KESAN BURUK KEPADA ANDA?

Mungkin ada bertanya adakah air mineral boleh memberi kesan sampingan yang buruk?.

Kajian menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan dengan air mineral. Sebenarnya, mineral dalam air mineral sememangnya boleh membantu menguatkan gigi & tulang.

Ada lagi persoalan, adakah air mineral mungkin menyebabkan batu ginjal. Tidak! Sekiranya anda menghadapi risiko batu ginjal, doktor mungkin mencadangkan agar anda meningkatkan pengambilan cecair dan mendapatkan lebih banyak kalsium dan magnesium.

Air mineral boleh menjadi penyelamat. Malah, satu kajian mendapati bahawa meminum air mineral dapat mengurangkan pembentukan batu ginjal pada orang yang terdedah kepada risiko tersebut.

Jadi, persoalan adakah air mineral baik untuk kesihatan sudah pun terjawab.

TIPS: Air mineral boleh menjadi sumber mineral yang baik dan merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding minuman manis dan bergula.

Tapi, kos untuk membeli air mineral dalam botol boleh jadi terlalu tinggi untuk anda kan?

Apakah pilihan yang anda ada untuk ini?

Bagaimanakah caranya untuk anda boleh dapatkan bekalan air mineral tanpa had di rumah pada kos yang sangat rendah?

Saya ada jalan penyelesaiannya.

 

adakah air mineral baik untuk kesihatan

 

 

adakah air mineral baik untuk kesihatan

References:

Comparison of the Mineral Content of Tap Water and Bottled Waters. Arik Azoulay, Philippe Garzon, and Mark J Eisenberg, MD. J Gen Intern Med. 2001 March; 16(3): 168–175. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1495189/

Mineral water intake reduces blood pressure among subjects with low urinary magnesium and calcium levels. Ragnar Rylander and Maurice J Arnaud BMC Public Health 2004, 4:56 http://www.biomedcentral.com/1471-2458/4/56

Investigation of mineral waters and soft drinks in relation to dental erosion. Parry J, Shaw L, Arnaud MJ, Smith AJ. J Oral Rehabil. 2001 Aug;28(8):766-72. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11556958

Effect of mineral water containing calcium and magnesium on calcium oxalate urolithiasis risk factors. Rodgers AL. Urol Int. 1997;58(2):93-9. www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9096270

 

 

Komen Facebook:
Adakah Air Mineral Baik Untuk Kesihatan Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!