Adakah anda atau ada orang yang anda kenali menghidap paru-paru berair? Apa yang mungkin terjadi jika penyakit paru-paru berair tidak dirawat? Apa bahaya paru paru berair yang tidak dirawat ni?

Terdapat beberapa jenis paru-paru berair yang berbeza tahap keseriusannya. Paru-paru berair yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh menyebabkan seseorang itu berasa sangat sakit, demam, batuk dan keletihan. Walau bagaimanapun, paru-paru berair akibat virus cenderung hilang sendiri selepas beberapa waktu.

 

bahaya paru paru berair

 

“Walking Pneumonia” adalah kes paru-paru berair yang ringan yang tidak disebabkan oleh bakteria penyebab paru-paru berair tipikal. Paru-paru berair @ “walking pneumonia” akan berlarutan dengan sendirinya dalam jangka masa tertentu.

Menyebabkan ketidakselesaan ringan dengan gejala seperti batuk. Sistem imun tubuh akan melawan radang paru-paru jenis ini. Tetapi, sistem imun perlulah kuat untuk melawannya.

Paru-paru berair yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, boleh membuat seseorang sangat sakit. Sekiranya paru-paru akibat jangkitan bakteria tidak dirawat, bakteria boleh memasuki sistem peredaran darah dan menyebabkan sepsis; iaitu jangkitan sistemik yang serius yang menjejaskan seluruh badan.

bahaya paru paru berair
Gejala yang akan dirasai apabila seseorang orang menghidap Sepsis

 

Sepsis adalah keadaan yang serius dan mengancam nyawa yang berpotensi membawa maut. Selain itu, jika ubat antibiotik tidak diberikan tepat pada waktunya, paru-paru berair akibat jangkitan bakteria boleh menyebabkan jangkitan darah atau abses paru-paru.

Keadaan ini akan mengancam nyawa yang memerlukan perhatian perubatan segera. Jelas, bahaya paru paru berair ni jika tidak dirawat kan?

Jika anda sedang mengalami dan menunjukkan tanda-tanda paru-paru berair, segeralah dapatkan rawatan daripada doktor sebelum terlambat.

 

GEJALA PARU-PARU BERAIR

Gejala-gejala paru-paru berair boleh berkisar dari yang ringan hinggalah yang teruk bergantung kepada jenisnya. Gejala yang biasa termasuklah:

  • batuk
  • sesak nafas
  • sakit dada
  • menggigil
  • demam

Paru-paru berair boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa bagi mereka yang merokok, mempunyai penyakit jantung atau paru-paru, atau berusia 65 tahun keatas.

Tapi, ini tidak bermakna jika anda masih muda anda boleh abaikan tentang bahaya paru paru berair dan membiarkannya tidak dirawat.

 

RAWATAN PARU PARU BERAIR

Paru-paru berair boleh dirawat dengan baik tanpa komplikasi. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pesakit, komplikasi masih boleh berlaku, terutama mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi.

Komplikasi boleh berkaitan dengan paru-paru berair atau berkaitan dengan ubat (tindak balas badan terhadap ubat yang diberikan untuk radang paru-paru). Paru-paru berair juga boleh disebabkan oleh keadaan kronik yang memang sedia ada pada pesakit seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kegagalan jantung kongestif.

Antibiotik digunakan untuk merawat paru-paru berair akibat bakteria. Tetapi ika rawatan antibiotik tidak diikuti dengan betul, sesetengah bakteria mungkin masih hidup di dalam badan. Akan ada kemungkinan paru-paru berair berulang. Tidak melengkapkan fasa rawatan juga meningkatkan risiko rintangan antibiotik.

 

bahaya paru paru berair

 

bahaya paru paru berair

PENJAGAAN DI RUMAH

Selain daripada mengambil ubat-ubatan yang ditetapkan, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu anda mencapai pemulihan yang lebih cepat daripada paru-paru berair. Antaranya termasuklah:

  • Banyakkan rehat, kerana ia membantu badan anda melawan jangkitan.
  • Minum banyak air kosong, kerana ini menjadikan tubuh tidak kering dan juga melegakan lendir dalam paru-paru.
  • Menghindari alkohol, merokok dan ubat (selain daripada ubat yang doktor berikan)
  • Menggunakan cool mist untuk melegakan lendir dalam paru-paru.

 

BAHAYA PARU PARU BERAIR YANG TIDAK DIRAWAT

Sebahagian daripada komplikasi yang biasa disebabkan oleh paru-paru berair adalah:

  • Pengumpulan cecair – berlaku apabila cecair berkumpul di antara pleura (penutup paru-paru) dan lapisan dalaman dinding dada. Pengumpulan bendalir ini dipanggil sebagai “pengaliran pleura”. Jika cecair ini dijangkiti akibat paru-paru berair, tiub dada atau pembedahan mungkin diperlukan untuk mengeluarkannya.
  • Abses – adalah pengumpulan nanah di kawasan yang dijangkiti paru-paru berair. Abses biasanya dirawat menggunakan antibiotik. Pembedahan abses juga boleh dilakukan dalam kes-kes yang jarang berlaku.
  • Bacteremia – berlaku apabila jangkitan menyebar dari paru-paru ke aliran darah. Bacteremia dianggap sebagai komplikasi yang serius kerana ia boleh menyebar dengan cepat melalui aliran darah dan organ-organ lain badan. Ia juga boleh menyebabkan tekanan darah terjejas dan menjadi rendah.
  • Kematian – kebanyakan orang berjaya pulih dari radang paru-paru. Walau bagaimanapun, jangkitan paru-paru juga boleh membawa maut. 5% – 10% pesakit yang dimasukkan ke wad akibat paru-paru berair mati. Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang mengalami jangkitan paru-paru yang teruk dalam unit rawatan intensif (ICU), risiko kematian adalah setinggi 30%.
  • Masalah kardiovaskular – beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pesakit yang mengalami radang paru-paru berada pada risiko yang lebih tinggi mengalami masalah kardiovaskular, seperti serangan jantung semasa pemulihan daripada radang paru-paru. Risiko ini berterusan selama beberapa tahun.

Baca lanjut tentang Rawatan Paru Paru Berair

 

Apa pun penyakit atau masalah kesihatan yang anda hidapi, jangan sesekali ambil mudah atau membiarkannya tanpa rawatan yang betul. Anda perlu pastikan anda 100% sembuh daripada penyakit tersebut sebelum boleh rasa senang hati.

Jelas sekali bahaya paru paru berair yang tidak dirawat tidak boleh dipandang ringan.

 

bahaya paru paru berair

 

bahaya paru paru berair

 

Komen Facebook:
Bahaya Paru Paru Berair Yang Tak Dirawat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!