Dalam artikel kali ni saya nak kongsikan bagaimana cara atasi kebas tangan yang dilakukan oleh Puan Azalin Adzhar sehingga beliau berjaya sembuh. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk atasi kebas tangan dan kaki.. tak semestinya tangan saja tau..
Masalah kebas ni ada juga orang sebut sebagai semut-semut kan? Sebab memang terasa macam ada semut penuh merayap jer pada bahagian yang terasa kebas tu.. tak kisahlah samada tangan ataupun kaki.
Masalah ni nampak atau kedengaran macam simple jer… alahhh.. kebas jer pun kan.. bukan masalah besar. Tunggu!… kebas tangan terutamanya mungkin juga petanda kepada penyakit saraf pada pergelangan tangan yang dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome.
atasi kebas tangan dan kaki
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan yang menyebabkan rasa kebas (numbness), kesemutan dan gejala lain pada pergelangan tangan dan lengan. Carpal Tunnel Syndrome disebabkan oleh tekanan pada saraf di carpal tunnel, iaitu satu laluan sempit di bahagian pergelangan tangan (bahagian tapak tangan).
Sekarang saya mahu anda baca pengalaman Puan Azalin Adzhar tentang bagaimana cara beliau atasi kebas tangan yang beliau hadapi.
atasi kebas tangan dan kaki
[MASALAH SEMUT-SEMUT KRONIK PADA TANGAN BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
Assalamualaikum saya Azalin Adzhar , lebih mesra jika dipanggil Lin. Lin seorang ibu kepada 3 orang cahayamata .Pada pertengahan usia Lin 20an Lin kerap alami masalah semut-semut tapi ia datang dan pergi. Rasa semut-semut tu tidak pernah mengganggu aktiviti harian Lin. Jadi Lin tak ada lah rujuk kemana-mana doktor.Sampailah pada tahun 2011 ketika usia anak kedua Lin lebih kurang 4 bulan. Setiap kali bangun pagi tangan kanan Lin tak boleh bergerak, jari-jari tangan jadi kaku tapi lepas dipicit beberapa kali Alhamdulillah ok. Mula-mula ingat biasa je, sampailah satu hari tu tangan kanan sakit sangat rasa macam ada aliran letrik, mencucuk-cucuk dan sukar nk digerakkan. Kebiasaannya dia terjadi waktu malam masa tengah nyenyak tidur. Bayangkan sakitnya boleh buat Lin terjaga dari tidur. Sejak tu boleh dikatakan setiap hari Lin menangis tengah-tengah malam menahan sakit. Semakin hari semakin sakit.

Sakitnya bukan setakat tu je, Lin kalau menulis pun hanya mampu tulis 2 atau 3 patah perkataan. Kalau pegang sudu atau apa-apa pun hanya untuk beberapa saat je. Hujung-hujung akan rasa mencucuk-cucuk dan jari tak mampu nak pegang apa-apa. Belum bab dukung anak, setiap kali nak dukung anak Lin mesti anduh dengan kain. Ya Allah takutnya kalau anak terlepas.

Lin ada juga pergi mengurut, rendam tangan dengan air suam tapi keadaan sama juga. Sakitnya tak hilang malahan ia makin sakit. Lin ambil keputusan pergi ke HKL buat pemeriksaan. Ujian darah, xray semua kena buat dan lin terus dirujuk ke pakar tulang atau ortopedik. Mula-mula doktor jangkakan Lin ada masalah rheumatoid arthritis atau carpal tunnel. Alhamdulillah dari ujian darah lin bebas dari kedua-duanya. Doktor kata saraf Lin mengeras dan melekat antara satu sama lain. Sejak dari tu lin diarahkan jalani rawatan fisioterapi dan dibekalkan dengan vitamin B dan panadol sebagai ubat tahan sakit.

Ada satu hari tu Lin cerita dengan kawan pasal sakit Lin ni, dia cadangkan supplement Shaklee. Dia cadangkan Lin makan B COMPLEX dan OSTEMATRIX. Demi untuk sihat lin keluarkan belanja sendiri beli supplement tu, lagipun B Complex Shaklee tak berbau jika dibandingkan dengan vitamin B hospital. Tekak Lin memang susah sikit nak telan bau vitamin B hospital.

Hampir setahun setengah Lin buat fisioterapi dan makan B Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah tangan Lin sekarang boleh menggenggam dan lakukan aktiviti harian seperti biasa. Senaman tangan pun Lin masih lakukan setiap pagi dan petang sampai sekarang. Tak sanggup rasanya untuk lalui kesakitan dulu lagi sekali.

======================
Sebenarnya saya sendiri pun memang pernah ada masalah kebas tangan. Mungkin sebab kerja saya yang terlalu banyak menaip dulu. Kebas bukan setakat di pergelangan tangan saja, kadang-kadang terasa sampai ke bahu. Ditambah pula bahu saya memang pernah patah. Rasa kebas tangan tu bercampur dengan sengal sekali. Memanglah sangat tak selesa.
Dan saya pun memang amalkan pengambilan BComplex & Ostematrix ni untuk bantu atasi kebas tangan yang saya alami. Ternyata sangat banyak perubahan berlaku. Masalah kebas tangan semakin reda. Sengal bahu bekas patah yang dulu pun dah jarang-jarang terjadi.
Apa sebenarnya khasiat BComplex & OsteMatrix ni?
Jom baca…
BCOMPLEX & OSTEMATRIX SHAKLEE UNTUK BANTU ATASI KEBAS TANGAN DAN KAKI
Masalah kebas & saraf sangat berkait rapat dengan kekurangan Vitamin B12 dan Magnesium. Sebab itulah BComplex & OsteMatrix menjadi pilihan paling tepat untuk atasi kebas tangan atau kaki yang anda alami.
atasi kebas tangan dan kaki

B-Complex Shaklee membekalkan kesemua 8 vitamin B lengkap yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B. B-Complex Shaklee juga membekalkan kuantiti asid folik dan biotin yang cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

atasi kebas tangan

OsteMatrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, vitamin D, magnesium, zink, kuprum, mangan, dan boron untuk membantu membina ketumpatan tulang. Kapletnya bersaiz kecil, mudah ditelan.

 

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesananatasi kebas tangan

Untuk senarai harga sila rujuk halaman Senarai Harga Produk Shaklee Untuk Bukan Ahli

atasi kebas tangan

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli. Walaupun anda sudah menjadi ahli (under saya sahaja) anda tetap mendapat konsultasi secara berterusan daripada saya.
Komen Facebook:
Atasi Kebas Tangan & Kaki Sebelum Melarat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *