Apakah cara mencegah paru paru berair yang boleh kita ambil supaya kita dapat merendahkan risiko daripada terkena jangkitan penyakit ini?

Adakah penyakit paru paru berair boleh dicegah?

Ya, adalah tidak mustahil untuk mencegah paru-paru berair. Berikut adalah beberapa cara mencegah paru paru berair yang boleh anda lakukan:

  1. VAKSINASI

Paru-paru berair biasanya boleh berlaku selepas selesema. Mencegah selesema secara tak langsung boleh menjadi cara mencegah paru-paru berair. Walaupun vaksin selesema tidak dapat melindungi semua orang daripada semua kemungkinan jenis selesema, tetapi ia meliputi strain virus selesema yang paling penting dan paling teruk.

Terdapat dua jenis vaksin untuk mencegah paru-paru berair. Walau bagaimanapun, ia tidaklah boleh mencegah semua jenis radang paru-paru.

  • Vaksin konjugat pneumokokus (PCV): Ia diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ia tidak menghalang semua jenis radang paru-paru, tetapi ia mengurangkan risiko mengalami jenis radang paru-paru yang teruk. Ambil perhatian bahawa vaksin memberi beberapa kesan sampingan seperti demam ringan, kerengsaan, kemerahan pada tapak suntikan dan hilang selera makan.
  • Vaksin polysaccharide pneumococcal (PPSV): Adalah disyorkan untuk kanak-kanak yang berumur di atas 2 tahun dan juga orang dewasa yang mempunyai risiko tinggi mendapat paru-paru berair. Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah biasanya disyorkan untuk mendapatkan suntikan vaksin ini. Kesan sampingan vaksin adalah seperti kesakitan otot, selesema ringan dan kemerahan di tempat suntikan.

Baca tentang Penyakit Paru paru Berlubang

 

  1. KEBERSIHAN

Ini adalah cara mencegah paru paru berair yang paling mudah iaitu basuh tangan anda sebelum dan selepas makan. Tangan adalah anggota yang sangat terdedah kepada bersentuhan dengan kuman. Oleh itu, adalah penting memastikan tangan sentiasa bersih dan dicuci dengan sabun antibakteria.

 

cara mencegah paru paru berair

 

  1. ELAKKAN MEROKOK KERANA IA MEMBERI KESAN KEPADA PARU-PARU

Apabila anda mempunyai paru-paru yang lemah akibat merokok, badan anda tidak akan mempunyai kemampuan untuk melawan paru-paru berair atau apa saja jenis penyakit paru-paru yang lain termasuklah kanser.

Baca juga: Rawatan Penyakit Tibi

 

  1. GAYA HIDUP YANG SIHAT

Makan makanan berkhasiat, senaman yang kerap dan tidur yang cukup dapat membantu dalam membina serta menguatkan sistem imun anda.

Adalah penting untuk mematuhi garis panduan di atas untuk membantu mencegah paru-paru berair. Mereka yang berisiko tinggi, khususnya, harus mematuhi langkah-langkah pencegahan juga.

 

cara mencegah paru paru berair

 

Secara ringkasnya, amalan gaya hidup sihat adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Mudah saja kan? Tapi ini lah yang sering diabaikan oleh ramai orang. Dan malang sekali apabila kita hanya kalut setelah disahkan menghidap penyakit-penyakit kronik.

Bukankah mencegah lebih baik daripada merawat?

 

cara mencegah paru paru berair

 

Baca juga: Merawat Paru-Paru Berair

 

cara mencegah paru paru berair

 

Komen Facebook:
Cara Mencegah Paru Paru Berair Wajib Semua Orang Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!