Fibrosis pulmonari atau paru paru berlubang adalah penyakit paru-paru yang berlaku apabila tisu paru-paru menjadi rosak dan berparut. Tisu yang menebal dan kaku menjadikan paru-paru lebih sukar berfungsi dengan baik. Apabila fibrosis paru-paru semakin kronik, anda lebih sesak nafas.

Parut yang berkaitan dengan fibrosis pulmonari @ paru paru berlubang boleh disebabkan oleh banyak faktor. Tetapi dalam kebanyakan kes, doktor tidak dapat menentukan apa yang menyebabkan masalah itu. Apabila sesuatu sebab tidak dapat dijumpai, keadaan ini disebut sebagai fibrosis pulmonari idiopatik (IPF).

Kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh fibrosis pulmonari TIDAK DAPAT DIPERBAIKI, tetapi ubat-ubatan dan terapi adakalanya boleh membantu meringankan gejala dan meningkatkan kualiti hidup. Bagi sesetengah orang, pemindahan paru-paru mungkin perlu.

 

paru paru berlubang
Gambar X-ray paru-paru pesakit Pulmonary Fibrosis @ Paru-paru Berlubang. Kawasan yang berwarna putih menandakan paru-paru sudah pun rosak

 

TANDA FIBROSIS PULMONARY @ PARU PARU BERLUBANG

Tanda dan gejala fibrosis pulmonari @ paru paru berlubang mungkin termasuk:

  • Sesak nafas (dyspnea)
  • Batuk kering
  • Keletihan
  • Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
  • Sakit otot dan sendi
  • Hujung jari tangan dan kaki menjadi lebar dan bulat (clubbing)

Tahap keparahan gejala berbeza-beza mengikut individu. Sesetengah orang menjadi sakit dengan cepat dengan penyakit yang teruk. Yang lain mungkin cuma mendapat gejala sederhana tetapi menjadi kronik secara perlahan selama beberapa bulan atau tahun.

 

PUNCA PARU PARU BERLUBANG

Parut fibrosis pada paru-paru akan menebalkan tisu di sekeliling dan antara kantung udara (alveoli) di dalam paru-paru. Ini menjadikan oksigen lebih sukar untuk masuk ke dalam aliran darah.

Kerosakan ini boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berbeza termasuk pendedahan jangka panjang kepada racun tertentu, keadaan perubatan tertentu, terapi radiasi dan ubat-ubatan.

Faktor pekerjaan dan persekitaran

Pendedahan jangka panjang kepada toksin dan pencemaran boleh merosakkan paru-paru. Ini termasuklah:

  • Debu silika
  • Serat asbestos
  • Habuk logam keras
  • Habuk debu
  • Debu bijirin
  • Burung dan najis haiwan

 

Rawatan radiasi

Sesetengah orang yang menerima terapi radiasi untuk paru-paru atau kanser payudara menunjukkan tanda-tanda kerosakan paru-paru beberapa bulan atau kadang-kadang bertahun-tahun selepas rawatan awal. Tahap keseriusan kerosakan mungkin bergantung kepada:

  • Berapakah jumlah paru-paru yang terdedah kepada radiasi
  • Jumlah radiasi yang diterima
  • Samada kimoterapi juga digunakan
  • Kehadiran penyakit paru-paru yang lain

 

Ubat-ubatan

Banyak ubat boleh merosakkan paru-paru, terutamanya ubat-ubatan seperti:

  • Ubat kimoterapi – dadah yang direka untuk membunuh sel-sel kanser, seperti methotrexate (Trexall, Otrexup, yang lain) dan cyclophosphamide, juga boleh merosakkan tisu paru-paru.
  • Ubat jantung – sesetengah ubat yang digunakan untuk merawat degupan jantung tidak teratur, seperti amiodarone (Cordarone, Nexterone, Pacerone), boleh merosakkan tisu paru-paru.
  • Beberapa jenis antibiotik seperti nitrofurantoin (Macrobid, Macrodantin, yang lain) atau etambutol boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan akhirnya membawa kepada masalah paru paru berlubang.
  • Ubat antiradang seperti seperti rituximab (Rituxan) atau sulfasalazine (Azulfidine) juga boleh menyebabkan kerosakan paru-paru.

 

Keadaan perubatan

Kerosakan paru-paru juga boleh berlaku akibat dari beberapa keadaan termasuklah:

Banyak bahan dan keadaan boleh menyebabkan fibrosis pulmonari @ paru paru berlubang. Walau begitu, dalam kebanyakan kes, punca itu tidak pernah dijumpai. Fibrosis pulmonari @ paru-paru berlubang tanpa sebab dikenali sebagai fibrosis pulmonari idiopatik (IPF).

Penyelidik mempunyai beberapa teori tentang apa yang boleh mencetuskan fibrosis pulmonari idiopatik, termasuk virus dan pendedahan kepada asap tembakau. Juga, beberapa bentuk fibrosis pulmonari idiopatik dalam keluarga dan keturunan mungkin memainkan peranan.

Ramai orang dengan fibrosis pulmonari idiopatik mungkin juga mempunyai penyakit refluks gastroesophageal (GERD). Keadaan yang berlaku apabila asid dari perut anda mengalir kembali ke kerongkong.

Kajian berterusan sedang menilai jika GERD mungkin merupakan faktor risiko fibrosis pulmonari idiopatik atau jika GERD boleh menyebabkan perkembangan keadaan ini. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan hubungan antara fibrosis pulmonari idiopatik dan GERD.

 

RAWATAN UNTUK PARU PARU BERLUBANG

Paru-paru berlubang yang berlaku dalam fibrosis pulmonari sudah tidak boleh dikembalikan kepada asal semula. Tiada rawatan semasa telah terbukti berkesan dalam menghentikan perkembangan penyakit ini.

Sesetengah rawatan hanya boleh memperbaiki gejala sementara atau memperlahankan perkembangan penyakit. Lain-lain hanya boleh membantu meningkatkan kualiti hidup.

 

Ubat-ubatan

Doktor anda mungkin mengesyorkan ubat seperti pirfenidone (Esbriet) dan nintedanib (Ofev). Ubat-ubatan ini boleh membantu melambatkan perkembangan fibrosis pulmonari idiopatik (IPF). Kedua-dua ubat ini telah diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA).

Nintedanib pula boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit dan mual. Kesan sampingan pirfenidone termasuk ruam, mual dan cirit-birit.

Penyelidik terus mengkaji ubat-ubatan yang sesuai untuk merawat fibrosis pulmonari.

Doktor juga boleh mengesyorkan ubat-ubatan anti-asid untuk merawat penyakit refluks gastroesophageal (GERD), suatu keadaan pencernaan yang biasanya berlaku pada orang dengan fibrosis pulmonari idiopatik.

 

Terapi oksigen

Menggunakan oksigen tidak boleh menghentikan kerosakan paru-paru, tetapi boleh:

  • Membuat pernafasan lebih selesa
  • Mencegah atau mengurangkan komplikasi daripada paras oksigen darah rendah
  • Mengurangkan tekanan darah di sebelah kanan jantung anda
  • Membuatkan tidur dan rehat lebih selesa

Anda mungkin memerlukan terapi oksigen apabila tidur atau beraktivit. Ada juga sesetengah orang boleh menggunakannya sepanjang masa.

 

Pemulihan pulmonari

Pemulihan paru-paru boleh membantu anda menguruskan gejala dan memperbaiki kualiti hidup. Program pemulihan paru-paru memberi tumpuan kepada:

  • Latihan fizikal untuk meningkatkan daya tahan
  • Teknik pernafasan yang boleh meningkatkan kecekapan paru-paru
  • Kaunseling pemakanan
  • Kaunseling dan sokongan
  • Pendidikan mengenai keadaan anda

 

Pemindahan paru-paru

Pemindahan paru-paru mungkin menjadi pilihan bagi orang yang mempunyai fibrosis pulmonari. Pemindahan paru-paru boleh meningkatkan kualiti hidup dan membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih lama.

Walau bagaimanapun, pemindahan paru-paru boleh melibatkan komplikasi seperti penolakan dan jangkitan. Doktor anda mungkin berbincang dengan anda jika pemindahan paru-paru mungkin sesuai untuk keadaan anda.

 

paru paru berlubang

 

paru paru berlubang

 

paru paru berlubang

 

Suplemen sokongan: PHYTAX & DIFFENZ boleh juga diambil bagi menyokong kesihatan pesakit yang menghidap Pulmonary Fibrosis @ Paru-paru berlubang. Walaupun ia bukan bertujuan untuk merawat, tetapi ia dapat membantu menambah baik kualiti kesihatan paru-paru dan kesihatan umum tubuh.

 

Semoga bermanfaat!

Komen Facebook:
Paru paru Berlubang: Gejala & Rawatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!