Paru paru berparut @ Idiopathic Pulmonary Fibrosis (IPF) menyebabkan tisu parut tumbuh di dalam paru-paru.

Biasanya apabila anda bernafas, oksigen bergerak melalui kantung udara kecil ke dalam aliran darah. Dari sana, ia bergerak ke organ di dalam badan pula.

Tisu parut IPF ni tebal, macam parut pada kulit kita selepas luka. Ia melambatkan aliran oksigen dari paru-paru ke darah. Kelewatan ini akan menjejaskan fungsi tubuh. Tahap oksigen yang rendah dan tisu parut yang keras menjadikan seseorang itu sukar untuk bernafas.

Tiada ubat untuk paru paru berparut @ IPF. Penyakit ini akan menjejaskan kehidupan diri sendiri dan keluarga. Bagi kebanyakan orang, gejala tidak akan menjadi lebih baik.

Tetapi, setiap pesakit adalah berbeza. Sesetengah orang akan menjadi lebih kronik dengan cepat, sementara yang lain boleh hidup 10 tahun atau lebih walau selepas mereka didiagnosis menghidap penyakit ini.

Terdapat terapi untuk membantu anda bernafas lebih mudah dan menguruskan gejala anda. Dalam sesetengah kes, anda mungkin boleh menjalani pemindahan paru-paru.

 

PUNCA PARU PARU BERPARUT @ IDIOPATHIC PULMONARY FIBROSIS

Sesetengah orang mendapat fibrosis pulmonari apabila mereka terdedah kepada sesuatu dalam persekitaran mereka, seperti pencemaran, ubat tertentu, atau jangkitan. Tetapi kebanyakan masa, doktor tidak tahu apa yang menyebabkan IPF. Itulah maksud “idiopatik”.

Anda kemungkinan besar akan mendapat paru paru berparut @ IPF jika anda:

  • Merokok
  • Kerap tersedut debu kayu atau logam di tempat kerja atau di rumah
  • Mempunyai penyakit refluks asid (GERD)

Kadang-kadang, IPF ada dalam sejarah keluarga. Gen yang rosak boleh menyebabkan penyakit ini pada sesetengah orang. Tidak ada yang tahu apakah gen tertentu yang mungkin terlibat.

paru paru berparut
Keadaan paru-paru yang sudah rosak begini tidak akan boleh dipulihkan semula kepada asal

 

GEJALA PARU PARU BERPARUT @ IDIOPATHIC PULMONARY FIBROSIS

Anda boleh menghidap paru paru berparut @ IPF untuk masa yang lama tanpa merasai sebarang gejala. Ini sangatlah bahaya kerana ia terjadi tanpa sedar

Selepas bertahun-tahun, parut di paru-paru anda semakin teruk dan anda mungkin mengalami:

Anda mungkin juga mendapati bahawa:

  • Anda berasa lebih letih daripada biasa
  • Sendi dan otot anda sakit
  • Anda telah kehilangan berat badan secara tiba-tiba
  • Hujung jari tangan dan kaki anda menjadi lebar dan bulat (clubbing)

 

RAWATAN PARU PARU BERPARUT @ IDIOPATHIC PULMONARY FIBROSIS

Rawatan untuk paru paru berparut @ IPF tidak akan menyembuhkan penyakit ini, tetapi ia boleh memudahkan anda untuk bernafas. Sesetengah orang mungkin dapat mencegah paru-paru mereka daripada menjadi semakin teruk dengan cepat.

Doktor biasanya akan mencadangkan beberapa pilihan:

  • Ubat – dua jenis ubat iaitu nintedanib (Ofev) dan pirfenidone (Esbriet) untuk merawat IPF. Para saintis sendiri masih mengkaji bagaimana ubat ini berfungsi, tetapi mereka tahu rawatan ini boleh melambatkan parut dan kerosakan pada paru-paru.
  • Terapi oksigen – anda perlu menyedut oksigen melalui topeng atau prongs yang masuk ke hidung anda. Ini untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam darah untuk melegakan sedikit sesak nafas. Samada anda perlu memakai oksigen terus menerus atau tidak, bergantung kepada tahap keseriusan keadaan anda. Sesetengah orang dengan IPF memerlukannya hanya apabila mereka tidur atau beraktiviti. Ada orang lain memerlukannya 24 jam sehari.
  • Pemulihan pulmonari – anda akan mendapat khidmat nasihat daripada doktor, jururawat, dan ahli terapi mengenai cara untuk menguruskan gejala anda. Anda mungkin perlu memberi tumpuan kepada senaman, pemakanan yang sihat, cara melegakan tekanan dan cara untuk menjimatkan tenaga anda.

Sesetengah orang yang menghidap paru paru berparut @ IPF boleh mendapatkan pemindahan paru-paru. Doktor biasanya mengesyorkannya kepada seseorang yang sakitnya sangat teruk atau semakin teruk. Mendapatkan paru-paru baru boleh membantu anda hidup lebih lama, tetapi kos pembedahannya amat tinggi.

Selepas pemindahan paru-paru dibuat, anda perlu mengambil ubat untuk sepanjang hayat anda untuk mengelakkan tubuh anda daripada menolak paru-paru baru tersebut.

Anda juga terpaksa melalui banyak ujian untuk melihat seberapa baik paru-paru anda berfungsi dan menjalani terapi fizikal yang teratur.

Sekiranya anda mempertimbangkan pemindahan paru-paru, anda memerlukan sokongan emosi dari keluarga dan rakan-rakan.

 

PENJAGAAN DIRI PESAKIT PARU PARU BERPARUT @ IDIOPATHIC PULMONARY FIBROSIS

Paru paru berparut @ IPF adalah penyakit serius dan ia akan memberi kesan besar kepada kehidupan anda dan orang yang anda sayangi. Untuk kekal sihat, ikuti rancangan rawatan anda dan berjumpa dengan doktor dengan kerap untuk memastikan rawatan anda berfungsi.

Ada perkara lain yang boleh anda lakukan untuk merasa lebih baik:

  • Diet sihat – pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, lemak rendah atau susu tanpa lemak yang baik dan protein tanpa lemak adalah baik untuk badan anda secara umum. Makan makanan yang lebih sedikit tetapi kerap juga akan memberi lebih banyak ruang untuk bernafas.
  • Senaman – berjalan atau berbasikal. Ia dapat menguatkan paru-paru anda dan mengurangkan tekanan. Sekiranya sukar untuk bernafas apabila anda aktif, tanya doktor tentang penggunaan oksigen semasa sesi senaman anda.
  • Berhenti merokok – rokok dan produk tembakau lain merosakkan paru-paru dan membuat masalah pernafasan lebih buruk. Baca kisah mereka yang telah berjaya berhenti merokok.
  • Elakkan selsema – vaksin boleh melindungi anda dari jangkitan seperti selesema atau radang paru-paru yang boleh membahayakan paru-paru anda. Anda juga perlu mendapatkan dua vaksin untuk membantu melindungi daripada jenis radang paru-paru yang sangat serius.
  • Cari cara untuk berehat – lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa rileks dan dapat melawan tekanan seperti uba membaca (bukan baca FB, Ig atau wechat yer… ni akan buatkan kita lagi stress), melukis, atau bermeditasi.

Adalah sangat sukar untuk hidup dengan penyakit seperti paru paru berparut @ IPF. Penting untuk anda sentiasa mendapatkan kaunseling serta sokongan daripada doktor, kaunselor, rakan atau ahli keluarga. Ia dapat membantu meredakan tekanan, kesedihan atau kekecewaan yang anda rasa.

 

APA YANG DIHARAPKAN

Parut tisu di paru-paru anda menjadikan tubuh anda lebih sukar untuk mendapatkan oksigen. Ini turut menyebabkan ketegangan pada organ lain.

Paru paru berlubang @ IPF boleh menimbulkan kemungkinan lain seperti:

  • Tekanan darah tinggi dalam paru-paru, yang dipanggil tekanan darah tinggi pulmonari
  • Serangan jantung
  • Strok
  • Gumpalan darah dalam paru-paru
  • Kanser paru-paru
  • Jangkitan paru-paru

Minta nasihat doktor untuk mengetahui apa yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kemungkinan anda mengalami masalah ini.

Apapun, uruskanlah kehidupan anda sebaiknya. Tak kisahlah samada anda belum ataupun sudah disahkan menghidap penyakit paru paru berparut @ Idiopathic Pulmonary Fibrosis (IPF).

Jangan tunggu dah sakit barulah nak jaga kesihatan.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati…. dan malangnya paru paru berparut @ IPF tidak boleh dipulihkan semula. Tapi, peluang untuk anda menjalani kehidupan yang lebih baik masih ada jika anda cepat bertindak dan kena caranya.

 

Nota kaki: amalan pengambilan suplemen seperti Vivix, Omega Guard, Nutriferon & Garlic Complex Shaklee dapat membantu pesakit IPF untuk mendapatkan sokongan nutrisi yang baik bagi membantu menjalani kehidupan yang lebih selesa.

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

Komen Facebook:
Paru paru Berparut @ Idiopathic Pulmonary Fibrosis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *