Apa itu preeklampsia dan apakah bahaya preeklampsia pada kehamilan?

Preeklampsia atau dulunya dikenali sebagai toxemia, adalah keadaan yang berlaku kepada wanita hamil. Tekanan darah tinggi pada wanita yang sebelum ini tidak mengalami tekanan darah tinggi adalah salah satu tanda preeklampsia.

Wanita hamil yang mengalami preeklamsia akan mempunyai tahap protein yang tinggi dalam air kencing dan mereka sering juga bengkak di kaki dan tangan. Walaupun preeklampsia boleh berlaku lebih awal, keadaan ini biasanya muncul waktu lewat kehamilan, secara amnya selepas 20 minggu.

Sekiranya tidak didiagnosis, preeklampsia boleh menyebabkan eklampsia, iaitu keadaan serius yang boleh menyebabkan ibu dan bayi berisiko, dan dalam sesetengah kes, menyebabkan kematian. Wanita hamil yang mengalami preeklampsia dan sawan dianggap eklampsia.

 

APAKAH BAHAYA PREEKLAMPSIA PADA KEHAMILAN?

Tidak ada cara untuk menyembuhkan preeklampsia, dan ini boleh menjadi agak menakutkan untuk bakal-bakal ibu. Tetapi anda boleh membantu melindungi diri anda dengan mempelajari gejala preeklampsia dan dengan mendapatkan rawatan pranatal yang kerap. Apabila preeklampsia dikesan lebih awal, ia akan jadi lebih mudah untuk dikawal.

 

PUNCA PREEKLAMPSIA

Punca utama preeklampsia dan eklampsia adalah akibat plasenta yang tidak berfungsi dengan betul. Kenapa ini berlaku? – tidak diketahui, walaupun sesetengah penyelidik mengesyaki mungkin pemakanan yang tidak sihat atau lemak yang tinggi dalam badan adalah penyebabnya. Aliran darah yang tidak mencukupi ke rahim boleh dikaitkan dan faktor genetik juga memainkan peranan.

 

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PREEKLAMPSIA?

Preeklampsia paling sering terjadi pada kehamilan kali pertama, pada remaja yang mengandung dan jika wanita hamil berumur lebih dari 40an.

Walaupun ia ditakrifkan sebagai berlaku pada wanita tidak pernah mempunyai tekanan darah tinggi sebelum ini, faktor-faktor risiko lain termasuklah:

  • Sejarah tekanan darah tinggi sebelum mengandung
  • Sejarah preeklampsia
  • Mempunyai ibu atau adik yang mempunyai preeklampsia
  • Sejarah obesiti
  • Hamil kembar
  • Sejarah kencing manis, penyakit buah pinggang, lupus, atau rheumatoid arthritis

 

APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA PREEKLAMSIA?

Selain pembengkakan, protein dalam air kencing dan tekanan darah tinggi, gejala preeklampsia boleh termasuk:

  • Peningkatan berat badan yang disebabkan oleh peningkatan cecair badan yang ketara
  • Sakit perut
  • Sakit kepala yang teruk
  • Perubahan refleks
  • Kekurangan air kencing atau tiada pengeluaran air kencing
  • Pening
  • Muntah dan mual yang berlebihan
  • Perubahan daya penglihatan

 

 

ANDA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA ANDA MEMPUNYAI:

  • Bengkak yang mendadak dan baru di muka, tangan, dan mata anda (sesetengah bengkak di kaki dan pergelangan kaki adalah normal semasa kehamilan.)
  • Tekanan darah lebih tinggi daripada 140/90.
  • Berat badan naik mendadak dalam tempoh 1 atau 2 hari
  • Sakit perut, terutamanya di bahagian atas sebelah kanan
  • Sakit kepala yang teruk
  • Penurunan kuantiti air kencing
  • Penglihatan kabur, silau, dan floaters

Anda juga boleh mendapat preeklampsia tanpa mengalami sebarang gejala. Sebab itulah sangat penting untuk berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing.

 

BAGAIMANA PREEKLAMPSIA BOLEH MENJEJASKAN BAYI DAN IBU?

Menjawab persoalan apakah bahaya preeklampsia pada kehamilan… ia boleh menghalang plasenta daripada menerima darah yang cukup, yang boleh menyebabkan bayi dilahirkan sangat kecil. Ia juga salah satu punca utama kelahiran pramatang, dan komplikasi lain yang boleh terjadi termasuklah ketidakupayaan pembelajaran, epilepsi, cerebral palsy, masalah pendengaran dan penglihatan.

Pada ibu pula, preeklampsia boleh menyebabkan komplikasi yang jarang tetapi serius termasuk:

  • Strok
  • Sawan
  • Paru-paru berair
  • Kegagalan jantung
  • Buta
  • Pendarahan dari hati
  • Perdarahan selepas melahirkan anak

Preeklampsia juga boleh menyebabkan plasenta secara tiba-tiba terpisah dari rahim, yang dikenali sebagai gangguan plasenta dan ini boleh menyebabkan kematian ketika kelahiran.

Saya rasa senarai gejala di atas sudah cukup untuk menjelaskan tentang bahaya preeklampsia pada kehamilan kan? Dan memang nyata sekali ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.

 

APAKAH RAWATAN UNTUK PREEKLAMPSIA DAN ECLAMPSIA?

Satu-satunya ‘ubat’ atau ‘penawar’ untuk preeklampsia dan eklampsia adalah dengan kelahiran bayi kerana preeklampsia akan hilang selepas bersalin. Doktor akan menentukan masa yang sesuai untuk bersalin berdasarkan tahap kesihatan & kematangan bayi dan tahap keseriusan preeklamsia si ibu.

Sekiranya bayi anda sudah cukup matang; biasanya selama 37 minggu atau lebih lama, doktor mungkin akan menyarankan kelahiran secara caesar. Ini akan mengelakkan preeklampsia daripada menjadi semakin teruk.

Jika bayi anda belum bersedia untuk dilahirkan, rawatan preeklampsia adalah perlu sehingga bayi matang dan selamat untuk dilahirkan.

Jika anda mempunyai preeklampsia ringan – yang juga dikenali sebagai preeklampsia tanpa ciri-ciri yang teruk, doktor boleh mencadangkan:

  • Rehat (bed rest) samada di rumah atau di hospital; anda akan diminta berbaring terutamanya di sebelah kiri.
  • Pemerhatian yang teliti dengan pemantau kadar jantung janin dan ultrasound yang kerap
  • Ubat untuk menurunkan tekanan darah
  • Ujian darah dan air kencing

Doktor anda juga boleh mengesyorkan anda tinggal di hospital untuk pemantauan yang lebih ketat. Di hospital anda akan diberikan:

  • Perubatan untuk membantu mencegah kejang (kaki cramp semasa mengandung), menurunkan tekanan darah dan mencegah masalah lain
  • Suntikan steroid untuk membantu paru-paru bayi anda berkembang lebih cepat

 

RAWATAN LAIN UNTUK PREEKLAMPSIA:

  • Magnesium akan disuntik ke dalam urat untuk mencegah kejang yang berkaitan dengan eklampsia
  • Hydralazine atau ubat antihipertensi lain untuk mengawal tekanan tekanan darah yang teruk
  • Memantau pengambilan cecair dan pengeluaran air kencing
  • Untuk preeklampsia yang teruk, doktor mungkin perlu memaksa kelahira bayi dengan segera, walaupun masih jauh dengan due date.
  • Selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia biasanya hilang dalam masa antara 1 hingga 6 minggu.

 

Tau tak, lepas buat artikel ni saya sendiri gayat bila memikirkan tentang gejala dan bahaya preeklampsia pada kehamilan. Bukan saja ibu yang berisiko, bayi pun akan ikut sama menerima kesan.

Oleh itu, sangatlah penting untuk ibu hamil atau yang merancang untuk hamil menjaga kesihatan dengan betul, amalkan diet sihat & seimbang, hidup secara aktif (bersenam) dan pastikan ambil nutrisi yang cukup setiap hari.

Set Hamil Shaklee.

Jangan malas dan banyak alasan tau… ini semua bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri dan bayi yang bakal lahir nanti juga. Kalau susah nak amalkan diet seimbang setiap hari mungkin kerana sibuk dan tak sempat nak masak makanan sihat, ambilah suplemen & vitamin. Setidaknya boleh juga membantu untuk menampung kelompongan nutrisi dalam badan tu.

Multivitamin & zat besi, vitamin B, asid folik, protein, vitamin C, kalsium magnesium dan asid lemak omega-3 adalah antara yang terpenting untuk ibu hamil dan yang merancang untuk hamil. Kalau merancang tahun depan nak hamil, sekarang dah kena start ambil semua suplemen @ vitamin ni. Dan kalau dah pun hamil, start ambil dengan segera tanpa berlengah lagi.

bahaya preeklampsia pada kehamilan

Nak dapatkan Set Hamil Shaklee? Klik kotak di bawah

bahaya preeklampsia pada kehamilan

Atau WhatsApp saya di 019-7071977

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Bahaya Preeklampsia Pada Kehamilan: Usah Ambil Ringan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *