Apa? Botak bertompok adalah sejenis penyakit? Botak bertompok bukan masalah rambut gugur yang biasa?

Ye.. botak bertompok adalah sejenis penyakit AUTOIMUN.

Autoimun = berkaitan dengan penyakit yang disebabkan oleh antibodi atau limfosit (satu bentuk leukosit kecil (sel darah putih) dengan nukleus bulat tunggal, yang berlaku terutama dalam sistem limfatik) yang dihasilkan terhadap bahan yang secara semulajadi hadir di dalam tubuh.

Hah!… baca tentang autoimin jer pun dah boleh buat otak rasa macam nak jem kan?

Itulah hakikatnya. Botak bertompok adalah sejenis penyakit autoimun yang dikenali juga sebagai Aloepecia areata.

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

 

Alopecia areata adalah penyakit autoimun biasa yang dicirikan oleh keguguran rambut nonscarring (tanpa kesan) yang menjejaskan semua peringkat umur, lelaki dan perempuan dan semua jenis kulit.

Walaupun terdapat kemajuan yang ketara dalam memahami pathomechanism penyakit, komorbiditas autoimun, dan bagaimana kualiti hidup terjejas, rawatan untuk botak bertompok masih tidak dianggap tidak perlu secara perubatan oleh banyak syarikat insurans dan juga beberapa pakar perubatan.

Kira-kira 20% daripada individu yang alami botak bertompok ada sejarah keluarga yang positif (sejarah keluarga ni tidak terhad hanya kepada susur galur terdekat seperti mak ayah saja yer… ia melibatkan susur galur yang lebih jauh, selagi dari DNA yang sama).

Walaupun sehingga 50% daripada pesakit yang mengalami kawasan keguguran rambut yang kecil mungkin mengalami pertumbuhan semula secara sendiri, prognosis untuk pertumbuhan semula spontan pada pesakit dengan kawasan keguguran rambut yang lebih besar adalah sangat rendah.

Kajian menyokong kesimpulan bahawa botak bertompok atau Aloepecia areata adalah sejenis penyakit autoimun, didorong oleh limfosit cytotoxic T yang ditujukan terhadap folikel (akar) rambut.

46% daripada pesakit menunjukkan masalah seperti nail pitting, diikuti oleh trachyonychia. Terdapat kaitan yang kuat juga antara Aloepecia areata dengan penyakit autoimun lain, yang paling biasa adalah penyakit tiroid, dengan kira-kira 19% daripada pesakit Aloepecia areata yang terkesan. Penyakit autoimun yang lain yang berkaitan dengan botak bertompok atau Aloepecia areata termasuklah vitiligo, psoriasis, lupus erythematosus, dan rheumatoid arthritis.

Pesakit dengan Aloepecia areata mempunyai risiko peningkatan yang tinggi untuk mendapat dermatitis atopik, rhinitis alergi, dan asma. Kekurangan nutrien, termasuk vitamin D dan kekurangan zat besi, juga lebih biasa di kalangan pesakit Aloepecia Areata.

Alopecia areata memberi kesan buruk kepada kualitit hidup individu yang mengalaminya. Rambut mempunyai kepentingan sosial dan psikologi di luar fungsi biologinya tak kiralah samada bagi lelaki atau wanita. Walaupun wanita yang berhijab.

Oleh itu, tidak menghairankan apabila ramai pesakit dengan masalah rambut gugur bertompok mengalami tekanan psikologi yang signifikan. Masalah kemurungan, kebimbangan (anxiety), dan gangguan tidur kerap terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak dengan Aloepecia areata. Selain itu, laporan mengenai bunuh diri pada kanak-kanak dan orang dewasa dengan Aloepecia areata juga terjadi.

Secara ringkasnya, Aloepecia areata atau botak bertompok adalah sejenis penyakit autoimun yang kompleks yang boleh memberi kesan negatif yang teruk terhadap kualiti hidup dan menyumbang kepada beban penyakit global yang signifikan.

https://www.jaad.org/article/S0190-9622(17)32335-6/fulltext – Journal

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

Baca juga: Cara Mengatasi Anxiety Disorder

 

APA NAK BUAT?

Macam mana ni?

Puncanya jer pun dah sangat rumit. Bukan semata-mata sebab ada masalah dengan kulit kepala, tersalah makan atau tak cukup tidur tapi ia melibatkan kecelaruan sistem imun.

Bukan boleh setakat sapu-sapu tonik rambut, masalah selesai. NO! Mungkin boleh la tapi hanya untuk kesan yang sangat singkat atau sebagai rawatan sokongan, bukan rawatan utama.

Kalau nak atasi apa-apa masalah pun, wajib atasi pada puncanya. Macam enjin kereta yang rosak, kalau kita tukar tayar baru, cat baru, sport rim baru pun tak guna juga kan? Kereta tetap tak boleh jalan selagi enjin dia kita tak repair.

Tapi nak rawat penyakit autoimun bukan mudah. Cuma apa yang kita boleh buat adalah bantu badan kita supaya dapat lawan masalah tu dengan sendiri. Untuk lawan, badan mesti cukup nutrisi (vitamin) dan antioksidan. Kalau tak cukup nutrisi (vitamin) dan antioksidan, sel akan lemah, sel akan cepat tua dan mati.

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

 

Nota Penting: Botak bertompok adalah jenis keguguran rambut yang sangat mudah untuk berulang walaupun anda sudah mendapat kesembuhan sepenuhnya. Jadi, untuk merendahkan risiko ini, langkah kawalan harus diambil secara berterusan (selamanya – selagai anda mahukan rambut anda sihat). Kalau anda give up, rambut anda pun ikut give up.

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

 

Nak tengok testimoni-testimoni rambut gugur bertompok yang lain? Boleh klik gambar di bawah ni

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

 

WHATSAPP SAYA SELEPAS ANDA BETUL-BETUL FAHAM TENTANG PENYAKIT INI DAN SERIUS MAHU MENCUBA PRODUK YANG SAYA CADANGKAN YE..

 

botak bertompok adalah sejenis penyakit

Komen Facebook:
Botak Bertompok Adalah Sejenis PENYAKIT Autoimun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!