Kali ni saya nak share tentang satu perkara yang sangat penting tapi malangnya ramai tak tahu iaitu CARA BACA LABEL PRODUK.

Ye, label yang terdapat pada satu-satu produk itu bukanlah dibuat tanpa sebab atau ikut suka pengeluarnya.

Ada garis panduan tertentu yang perlu mereka patuhi dalam bab label produk ni.

Turutan bahan-bahan yang tertera pada label sesuatu produk tu tidak boleh diletak sesuka hati.

 

cara baca label produk

Kalau beli apa-apa produk, tak kisahlah samada skincare ke, makanan ke, jus ke, suplemen ke, biasanya anda baca tak label produk tu?

Baca, tapi tak faham?
Takpe, no worries.. kita geng!
Tapi itu dulu lah.

Saya memang tak tahu pun cara baca label produk yang betul. Orang kata elok kita pun beli, sedangkan bahan-bahan dia bukanlah apa sangat pun.

Sampaikan saya pernah terbeli & terguna produk yang kononnya guna bahan premium sebagai bahan utama TAPI malang sekali indah khabar semata-mata.

Harga?
Mahal giler!

Ok, nak tau tak cara baca label produk yang betul?

Anda wajib tahu cara baca label produk yang betul supaya tak tertipu dengan claim poster-poster iklan kata itu bagus ini bagus. Diaorang memang boleh claim itu ini, tapi kita sebagai pengguna kena bijak untuk menilai.

Jangan sampai tertipu beli produk suplemen harga RM400-500 tapi sebenarnya bahan utamanya adalah water! Takkan la nak beli air pun sampai RM400 ke RM500 kan?

Tak mengapa.

Yang dah lepas biarkan berlalu. Kita jadikan sebagai pengalaman dan pengajaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Kenal Produk Timbang Kilo

 

Masih belum terlambat untuk anda ambil tahu tentang perkara ini kerana ia bukan sahaja untuk menambah pengetahuan diri sendiri tapi juga sangat bermanfaat supaya anda dapat produk yang betul-betul berkualiti, berbaloi dengan wang anda.

Nak tau apa maksud label produk?

Secara asasnya, kena ingat rules ini:
Senarai bahan-bahan yang tertulis pada label produk disusun mengikut turutan jumlah bahan yang terkandung dalam produk tersebut – bermula dengan bahan yang paling banyak sehinggalah yang paling sedikit.

Kalau nak tau apa bahan asas sesuatu produk tu, tengok apa nama bahan yang terdapat pada awal senarai ingredients.

Bahan yang kandungannya 1% kebawah pula tidak perlu disusun mengikut turutan.

cara baca label produk

CONTOH: Tengok gambar yang saya kongsikan di atas.
Cuba baca bahagian bahan-bahan produk. Jelas disitu yang bahan utamanya ialah pati ekstrak buah delima diikuti dengan pati ekstrak buah pear, manggis, raspberry, aloe vera gel, blackberry, blueberry dan sebagainya.

Tahu tak?

Bahan PERTAMA yang tertera pada  label senarai bahan-bahan produk bermaksud bahan itulah yang paling banyak terkandung dalam produk tersebut. Ia diikuti dengan bahan-bahan seterusnya. Yang paling hujung adalah yang paling sedikit kandungannya.

SEMUA label produk dibaca begitu tak kiralah samada makanan, minuman, produk skincare, kosmetik, syampu dan sebagainya.

Gambar di bawah ini adalah satu lagi contoh.

cara baca label produk

SEMAK SKINCARE LULUS KKM DISINI: National Pharmaceutical Regulatory Agency (KKM)

Tidak terhad kepada produk suplemen atau skincare sahaja, label produk makanan dan minuman juga sama. Jika anda membeli makanan dalam tin, kotak atau apa saja produk berlabel lepas ni, anda dah tau apa sebenarnya yang ‘diberitahu’ oleh label produk tersebut.

Jika anda membeli jus buah, pastikan ianya jus buah sebenar dan bukan hanya air gula!

Jika anda memberi mentega, pastikan ia adalah mentega asli dan bukan lemak atau minyak.

 

cara baca label produk

KENAL BAHAN

Selain daripada kena tahu cara baca label produk, sangatlah baik juga untuk anda kenal bahan.

Banyak bahan yang disembunyikan daripada mata kita dengan kecantikan bungkusan atau nama produk. Contohnya nama produk tersebut Jus Buah Sebenar! tapi apabila dibacanya labelnya tertulis pula nama-nama pemanis tiruan.

Anda tahu tak? Ada lebih 50 nama lain untuk gula yang sering digunakan pada label produk

Berikut adalah nama lain yang sering digunakan bagi mewakili gula pada label produk.

  • Agave nectar
  • Barley malt syrup
  • Beet sugar
  • Blackstrap molasses
  • Brown rice syrup
  • Brown sugar
  • Buttered syrup
  • Cane crystals (or cane juice crystals)
  • Cane sugar
  • Caramel
  • Carob syrup
  • Castor sugar
  • Coconut sugar @ coconut palm sugar
  • Confectioner’s sugar (or powdered sugar)
  • Corn sweetener
  • Corn syrup or corn syrup solids
  • Date sugar
  • Demerara sugar
  • Dehydrated cane juice
  • Dextrin
  • Dextrose
  • Evaporated cane juice
  • Florida crystals
  • Fructose
  • Fruit juice @ fruit juice concentrate
  • Glucose
  • Golden sugar
  • Golden syrup
  • Grape sugar
  • High-fructose corn syrup
  • Honey
  • Icing sugar
  • Invert sugar
  • Lactose
  • Maltodextrin
  • Malt syrup
  • Maltose
  • Maple syrup
  • Molasses
  • Muscovado sugar
  • Palm sugar
  • Panela sugar
  • Rapadura
  • Raw sugar
  • Refiner’s syrup
  • Rice syrup
  • Saccharose
  • Sorghum or sorghum syrup
  • Sucanat
  • Sugar
  • Sucrose
  • Syrup
  • Treacle
  • Turbinado sugar
  • Yellow sugar
  • Xylose

Anda nampak perkataan “syrup”, “sweetener” atau apa saja yang berakhir dengan “ose” biasanya adalah gula. Jika label produk tersebut tertera “tiada gula tambahan” ia tidak sepatutnya mengandungi mana-mana antara gula ini, tapi produk tersebut mungkin mengandungi gula semulajadi (seperti laktosa dalam susu).

Kita sama-sama cuba untuk lebih peka terhadap perkara ini supaya tidak mudah tertipu dengan nama produk yang diiklankan atau yang tertera pada bungkusan produk tersebut.

 

Semoga Artikel Tentang Cara Baca Label Produk Ini Bermanfaat Untuk Anda

 

Komen Facebook:
Cara Baca Label Produk Supaya Anda Tak Tertipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!