Ada banyak cara hilangkan jerawat yang selalu diperkatakan tapi persoalannya adakah cara tersebut betul-betul berseksan dan yang paling penting sekali, adakah ia selamat?

Berhati-hatilah jika ada beritahu anda ada cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari! kerana ini hanya boleh terjadi jika anda menggunakan bahan yang bukan semulajadi & selamat.

Selain daripada sapuan krim, ada lagi satu kaedah yang sangat berkesan untuk hilangkan jerawat iaitu dengan cara pengambilan vitamin. Tapi, vitamin ini pula haruslah yang semulajadi saja kerana jika anda ambil vitamin sintetik, anda akan berhadapan dengan risiko keracunan vitamin.

 

Apakah dia vitamin yang boleh anda ambil sebagai cara hilangkan jerawat tu?

Teruskan membaca yer…

cara hilangkan jerawat
Carotomax adalah suplemen Vitamin A Shaklee yang didatangkan dalam dos yang bersesuaian dengan keperluan harian orang dewasa

CARA HILANGKAN JERAWAT PALING BERKESAN & SELAMAT #1 – VITAMIN A

Vitamin A adalah antioksidan yang tergolong dalam kelas sebatian yang dipanggil retinoid. Bentuk alkohol aktif vitamin A dikenali sebagai retinol. Vitamin A, yang dikenali sebagai Retin-A, telah sekian lama diakui oleh pakar dermatologi untuk merawat jerawat secara topikal.

Tahap rendah vitamin ini telah dikaitkan dengan keradangan dan jerawat. Dalam tubuh, vitamin A bertanggungjawab untuk pengeluaran sel darah merah, sokongan sistem imun, kulit yang sihat, penglihatan normal, dan pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan tubuh.

Sumber makanan termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran oren dan kuning, ubi keledek, bayam dan minyak hati ikan kod.

Mengapa ia bernilai untuk merawat jerawat?

Vitamin A adalah penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang terkumpul di dalam liang pori. Sel-sel kulit yang berlebihan adalah salah satu punca utama jerawat!

Vitamin A berfungsi untuk menghalang pembentukan sel-sel kulit mati yang menyebabkan liang pori tersumbat. Selain itu, sifat antioksidan vitamin A bertindak sebagai anti-radang untuk kulit dan membantu menenangkan jerawat bengkak, merah dan sakit.

Siapa yang perlu meningkatkan pengambilan Vitamin A mereka?

Adalah sangat disyorkan individu yang mengalami jerawat di muka dan / atau badan untuk mengambil makanan yang tinggi vitamin A dan menambah dengan 10,000 iu vitamin A setiap hari. Tetapi, jika anda mengandung, sila berunding dengan doktor sebelum mengambil suplemen vitamin A.

 

CARA HILANGKAN JERAWAT PALING BERKESAN & SELAMAT #2 – ASID LEMAK OMEGA-3

Eicosapentaenoic Acid (EPA) adalah asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan dan makanan laut, terutamanya ikan laut yang berminyak seperti makarel, sardin dan ikan bilis. Ia boleh dikatakan sebagai anti-radang terbaik yang terdapat dalam alam semulajadi.

Mengapa ia bernilai untuk merawat jerawat?

Keradangan adalah teras jerawat (secara luaran dan sistematik), oleh itu suplemen anti-radang adalah kunci untuk membersihkan jerawat. Proses keradangan dicetuskan pada tahap sistemik dan kemudian, dengan banyak faktor lain, menyebabkan jerawat pada kulit.

Nota penting: Keradangan juga berkaitan dengan hampir semua penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, artritis, dll.

Asid lemak Omega-3 berfungsi untuk membersihkan jerawat dengan menghalang kedua-dua bahan kimia yang dikenali sebagai PGE2 dan LTB4 yang menyebabkan keradangan dan punca jerawat.

Salah satu cara untuk menghalang pengeluaran kedua-dua bahan kimia ini secara semulajadi adalah dengan mengambil asid lemak omega-3 (EPA). Omega-3 dan makanan adalah cara terbaik untuk meredakan keradangan.

Siapa yang perlu meningkatkan pengambilan Omega-3 mereka?

Adalah sangat disyorkan bagi individu yang ada jerawat pada muka dan / atau badan mengambil makanan yang tinggi asid lemak omega-3 dan menambah 2 gram (2,000 mg) EPA omega-3 setiap hari.

Suplemen Omega-3 seharusnya mengandungi minimum 1,000 mg EPA utk setiap hidangan. Ini kerana EPA adalah anti-radang yang lebih baik daripada DHA. Kebanyakan Suplemen Minyak Ikan mengandungi lebih banyak DHA berbanding EPA jadi pastikan periksa label suplemen anda.

cara hilangkan jerawat
Vita-Lea adalah multivitamin Shaklee yang dilengkapi dengan 28 vitamin & mineral penting termasuklah Zink

 

CARA HILANGKAN JERAWAT PALING BERKESAN & SELAMAT #3 – ZINK

Zink adalah mineral yang bertanggungjawab menyumbang kepada banyak fungsi dalam tubuh. Antaranya: pertumbuhan dan perkembangan, fungsi otak, fungsi pembiakan dan kekebalan tubuh. Makanan yang mengandungi zink adalah seperti kekacang, bijirin, oat, daging tanpa lemak dan tiram.

Bagaimana Zink Merawat Jerawat?

Zink mempunyai banyak fungsi penting dalam meredakan jerawat.

  1. Zink membantu memetabolisme asid lemak omega-3.
  2. Zink adalah antioksidan dan anti-radang penting untuk kulit.
  3. Zink membantu memecahkan bahan P, kimia saraf yang menyebabkan pengeluaran sebum apabila tubuh tertekan.
  4. Zink bertanggungjawab untuk mengangkut Vitamin A, nutrien anti-jerawat daripada hati.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang ada jerawat mempunyai tahap zink yang rendah dalam sistem tubuh mereka.

Siapa Yang Perlu Meningkatkan Pengambilan Zink Mereka?

Seperti yang anda dapat lihat, Zink adalah tambahan penting untuk mereka yang mengambil Minyak Ikan Omega-3 dan Vitamin A. Zink sangat disyorkan jika anda mengambil salah satu suplemen ini untuk lebih efisien dan metabolisme. Ia juga disyorkan sebagai sebahagian daripada rejimen suplemen asas untuk jerawat. 40mg sehari adalah dos terapeutik Zink.

cara hilangkan jerawat
Vitamin E Shaklee didatangkan secara semulajadi bersama selenium untuk menambah tahap keberkesanannya. Vitamin E yang diambil tanpa selenium boleh membuatkan seseorang itu mengalami ketoksidan

CARA HILANGKAN JERAWAT PALING BERSEKSAN & SELAMAT #4 – SELENIUM

Selenium adalah mineral kecil serta antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Selenium boleh didapati dalam bijirin, kacang, salmon, makanan laut dan halibut.

Mengapa Ia Bernilai Untuk Merawat Jerawat?

Selenium telah terbukti berfungsi secara sinergi dengan antioksidan lain seperti Zink. Selenium berfungsi dalam glutathione peroksidase, enzim yang sangat penting dalam mencegah keradangan jerawat.

Orang yang ada jerawat mempunyai enzim yang bergantung kepada selenium yang mengawal glutathione yang rendah. Jumlah selenium dan vitamin E yang rendah meningkatkan risiko jerawat, terutamanya pada mereka yang mempunyai aktiviti enzim glutathione baseline yang rendah.

Di samping itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa kekurangan selenium mungkin memainkan peranan dalam keadaan keradangan seperti jerawat, ekzema dan psoriasis.

Siapa Yang Perlu Meningkatkan Pengambilan Selenium Mereka?

Selenium perlu diambil bersama dengan antioksidan lain serta suplemen Zink.

cara hilangkan jerawat

Dari mana nak dapatkan semua suplemen @ mineral yang disebutkan di atas?

Shaklee kan ada…

 

CAROTOMAX – Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan, sayuran dan tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menghasilkan pelbagai bentuk karotenoid semula jadi. Anda sukar memperolehi tahap ketulenan seperti ini hanya daripada makanan.

Tahukah Anda?
Jika pemakanan anda tidak mengandungi banyak tomato, lobak merah, dan sayur-sayuran hijau, anda mungkin tidak mendapat nutrien utama yang diketahui dapat membantu melindungi tubuh.

Keistimewaan Shaklee

CarotoMax® membekalkan enam karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat. Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian.

 

OMEGA GUARD – OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semulajadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

 

VITA-LEA – Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee mencipta salah satu multivitamin pertama di A.S. Dari asas inilah terhasilnya Vita-Lea®.

 

VITAMIN E – Satu kapsul Vitamin E Shaklee menyediakan 400IU vitamin E dari sumber semulajadi daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol, yang merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan lebih mudah diserap dalam tubuh.

65mcg selenium untuk melengkapi aktiviti vitamin E bagi memberi fungsi optimum.

39.4mg Ekstrak Biji Anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

 

WAJAH MEREKA DAH CANTIK SEMULA!

cara hilangkan jerawat

cara hilangkan jerawat

cara hilangkan jerawat

Hubungi saya untuk membuat pesanan.

Konsultasi eksklusif hanya akan diberi kepada mereka yang membeli produk Shaklee daripada saya sahaja dan ia akan berterusan selagi anda menjadi customer saya.

cara hilangkan jerawat

Komen Facebook:
Cara Hilangkan Jerawat Paling Berkesan & Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!