Hidrasi yang betul adalah kunci kepada cara mencegah penyakit batu karang. The Mayo Clinic menyarankan setiap individu untuk minum air yang cukup bagi membolehkan tubuh kita menghasilkan 2.6 quarts (2.46 liter) air kencing setiap hari. Jumlah air kencing yang banyak secara tidak langsung membantu membersihkan (flush) buah pinggang.

Selain daripada air kosong anda juga boleh mengambil air detoks atau jus buah-buahan segar. Minum air kosong semata-mata pun boleh jadi muak juga kan?

Jika penyakit batu karang yang anda hidapi adalah berkaitan kandungan citrate yang rendah, jus citrate (jus oren) boleh membantu mencegah pembentukan batu karang jenis ini.

Mengambil makanan yang kaya dengan oxalate (secara bersederhana) dan mengurangkan pengambilan garam dan protein haiwan (daging, telur dll) juga boleh menjadi cara mencegah penyakit batu karang yang baik.

Doktor yang merawat anda juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan untuk mencegah pembentukan batu kalsium dan batu asid urik. Jika anda ada masalah batu karang dalam buah pinggang atau berisiko untuk mendapat penyakit batu karang dalam buah pinggang, berbincanglah dengan doktor anda tentang cara mencegah penyakit batu karang dan rawatan yang sesuai.

 

cara mencegah penyakit batu karang

FAKTOR RISIKO PENYAKIT BATU KARANG

Diet yang tinggi garam akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit batu karang. Selain daripada itu, obesiti dan penurunan berat badan yang extreme juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada masalah ini.

Golongan lelaki lebih tinggi risiko untuk mendapat penyakit batu karang berbanding wanita.

Masalah kesihatan lain seperti Crohn’s disease juga boleh meningkatkan risiko terhadap penyakit batu karang.

Selain daripada itu, ubat-ubatan untuk gastrik, rawatan HIV, ubat anti-sawan, antacid berasaskan kalsium juga boleh menyebabkan terjadinya penyakit batu karang

Diet yang tinggi gula, garam dan alkohol meyumbang kepada pembentukan batu karang. Begitu juga dengan makanan yang tinggi kandungan oxalate (walaupun ia makanan bernutrisi).

Individu yang berisiko tinggi mendapat penyakit batu karang harus memilih untuk mengelakkan makanan-makanan berikut:

  • Bayam
  • Badam
  • Rhubarb
  • Kacang bendi
  • Ubi beets
  • Kerepek kentang (potato chips)
  • Kentang goreng
  • Mentega kacang
  • Emping bran

 

cara mencegah penyakit batu karang

Baca juga: Pecahkan Batu Karang Tanpa Pembedahan

 

DETOKS UNTUK MEMBANTU KESIHATAN BUAH PINGGANG

Berapa banyak yang anda tahu tentang kesihatan buah pinggang anda? Kebanyakan orang tahu tentang 2 fungsi asasnya: untuk menapis sisa toksin, memproses air kencing. Nampak macam simple tapi buah pinggang adalah antara organ yang anda TIDAK boleh perjudikan kesihatannya kerana sekali ia bermasalah, tiada lagi jalan untuk berpatah balik.

Bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kesihatan buah pinggang yang baik?

Jaga berat badan, amalkan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang sihat.

Adakah anda tahu detox boleh membantu kesihatan buah pinggang?

Bagaimana melakukan detox buah pinggang?

 

KEKALKAN KESIHATAN BUAH PINGGANG

Buah pinggang dan hati anda bertindak sebagai organ penting dalam penapisan dan pemprosesan makanan, alkohol, dan ubat-ubatan yang anda ambil. Sekiranya anda tidak menjaga kedua-dua organ ini, anda boleh mencemarkan badan anda dengan toksin dan mengalami komplikasi seumur hidup seperti kegagalan buah pinggang, hepatitis, dan batu karang yang menyakitkan.

 

cara mencegah penyakit batu karang

 

Kuasa antioksidan PHYTAX dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Radikal bebas dapat merosakkan tisu buah pinggang dan menyebabkan keradangan, yang boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang.

Gabungan 12 Fitonutrisi dalam Phytax memberi kelebihan untuk mengawal keseimbangan air dan elektrolit dalam badan, yang dapat mengurangkan kepekatan urin dan risiko pembentukan batu karang.

Senaman yang cukup dan makanan yang betul adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

Livestrong mengesyorkan detoksifikasi langkah demi langkah yang sama seperti detoks tradisional biasa.

Mulakan dengan minum satu setengah cawan air dengan 5 sudu besar cuka sari apel sebelum makan. Cuka sari epal adalah bahan yang berguna untuk mengelakkan batu ginjal. Bersama dengan campuran cuka air, disyorkan pula untuk meminum antara 1 atau 2 cawan jus cranberry tulen (bukan jus koktel, bukan kordial cranberry, dll).

Tannin, bahan aktif dalam cranberry, membantu buah pinggang anda membuang bakteria dan toksin.

 

cara mencegah penyakit batu karang

 

Tambahkan hidangan sayur artichokes dalam diet anda setiap hari. Sayuran ini mengandungi asid yang berfungsi menguatkan hati anda dan membantu buah pinggang anda menapis racun @ toksin dalam darah.

 

cara mencegah penyakit batu karang

 

cara mencegah penyakit batu karang

 

cara mencegah penyakit batu karang

 

cara mencegah penyakit batu karang

 

Komen Facebook:
Cara Mencegah Penyakit Batu Karang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!