Cara merawat luka kencing manis semakin popular di carian Google.

Kenapa agaknya?

Astro Awani melaporkan, Malaysia mempunyai kadar pesakit kencing manis tertinggi di Asia.

Kementerian Kesihatan Malaysia membuat kenyataan 3.6juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis (petikan www.bharian.com.my)

Ya, itulah puncanya. Kerana terlalu ramai dan semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis dan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko termasuklah pemotongan anggota badan terutamanya kaki!

Ini sangat membimbangkan!

Tapi, masih ada cara untuk cegah luka kencing manis ni dan jika anda sudah pun alaminya… ada cara merawat luka kencing manis yang betul yang boleh anda amalkan supaya ia tidak merebak & jadi lebih teruk. Elak risiko pemotongan kaki atau jari anda.

 

cara merawat luka kencing manis

KEROSAKAN SARAF – PUNCA LUKA KENCING MANIS

Salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi orang yang menghidap penyakit kencing manis & mengalami luka yang sukar dirawat adalah neuropati. Kerosakan saraf boleh menyebabkan rasa kebas di bahagian-bahagian tubuh yang terjejas.

Oleh itu, jika anda sedang mencari cara merawat luka kencing manis yang betul, anda wajib pilih rawatan yang boleh mengatasi masalah neuropati (kerosakan saraf) itu terlebih dahulu kerana itu adalah punca sebenar; disamping jangan lupa juga untuk fokus kepada mengeringkan & penjagaan luka secara luaran.

Orang yang menghidap kencing manis mempunyai risiko tertentu: 60% – 70%  akan mengalami beberapa jenis masalah neuropati (saraf), dan peningkatan risiko juga berkaitan dengan usia dan kawalan gula dalam darah yang lemah.

Neuropati menyebabkan penghidap kencing manis mengambil masa yang lebih lama untuk perasan yang mereka telah mendapat luka kecil atau lepuhan. Hari demi hari berlalu membuatkan luka mula mendapat jangkitan tanpa disedari.

Tanda-tanda jangkitan termasuklah kemerahan, kehangatan, pembengkakan, kekuningan atau keluar cecair yang jernih dan kesakitan.

 

cara merawat luka kencing manis

 

Neuropati adalah faktor risiko yang membuatkan seseorang itu tidak sedar yang dia sudah lama mengalami luka tapi hanya sedar apabila luka tersebut telah menjadi kronik atau membusuk.

Faktor lain ialah sistem imun yang lemah. Gula dalam darah yang tinggi melambatkan sel-sel imun yang membantu tubuh melawan jangkitan. Sel-sel sistem imun ini gagal bertindak menghalang bakteria yang bergerak dan menjangkiti luka yang terbuka.

Akhirnya, penghidap kencing manis sering menghadapi masalah dengan peredaran darah mereka. Kencing manis menjejaskan bekalan darah dan jantung, termasuk juga saluran darah yang kecil.

Peredaran darah yang lemah akan menghalang bekalan darah yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tisu yang sihat.

Gabungan, faktor-faktor ini membawa kepada luka kronik yang disebut sebagai ulser. Luka ini paling sering terjadi pada bahagian kaki, kerana kaki paling kerap mengalami masalah neuropati dan peredaran darah yang lemah menyerang.

 

cara merawat luka kencing manis

CARA MERAWAT LUKA KENCING MANIS

Dengan rawatan yang betul, luka kencing manis boleh disembuhkan.

Tetapi apabila jangkitan sudah sampai ke tulang, amputasi (pemotongan anggota) biasanya diperlukan. Kajian telah menunjukkan bahawa penghidap kencing manis adalah 30 kali lebih berisiko menghadapi kehilangan (pemotongan) anggota badan berbanding orang yang tanpa kencing manis.

Boleh dikatakan hampir separuh daripada mereka yang menjalani amputasi mendapat luka kencing manis pada kaki kerana kaki menerima lebih banyak tekanan. Ini juga membuatkan mereka lebih mudah mendapat jangkitan lebih teruk dan pemotongan kali kedua atau seterusnya. Sebaik sahaja penghidap kencing manis mendapat amputasi kaki, ia sebenarnya sukar untuk pulih.

Itulah sebabnya penting untuk mengenali masalah ini lebih awal. Jika anda dapat menyelamatkan anggota badan, anda juga dapat menyelamatkan nyawa.

 

cara merawat luka kencing manis

TINDAKAN AWAL

Cara merawat luka kencing manis yang betul dan tepat mampu mempengaruhi risiko samada anda perlu kehilangan anggota badan atau tidak. Itulah sebabnya penghidap kencing manis mesti mengambil tindakan tepat dan pantas.

Matlamat utama adalah untuk memberikan tubuh anda peluang untuk melawan jangkitan, membantu membersihkan bakteria dan menutup kulit dengan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.

Doktor selalunya menggunakan pelbagai alat untuk merawat luka yang dijangkiti, seperti debridement-istilah teknikal untuk membuang tisu mati atau dijangkiti melalui pembedahan, antibiotik, pressure chamber dan juga larva serangga.

Bahagian yang luka juga harus sentiasa bersih & kering. Elakkan tekanan berlebihan dengan mengurangkan berjalan kerana tekanan akan hanya membuatkan luka menjadi lebih teruk atau lambat sembuh.

Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan adalah bergantung kepada saiz dan keparahan luka, peredaran darah, paras gula dalam darah & sejauh mana rawatan yang anda ambil mampu memperbaharui sel serta mengatasi masalah neuropati anda.

Anda mungkin boleh sembuh dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan.

Tiada tempoh tertentu untuk ini.

Baca: Berjaya Elak Kaki Daripada Kena Potong Akibat Luka Kencing Manis

 

cara merawat luka kencing manis

CARA MERAWAT LUKA KENCING MANIS DENGAN KUASA SEL! – PHYTAX ESKAYVIE

Dari luar, jangkitan yang menyebabkan luka kencing manis tidak banyak berbeza dengan orang tanpa kencing manis. Tapi bagaimana pula dengan bahagian dalam?

Sel adalah elemen utama yang perlu diberi perhatian di dalam proses penyembuhan luka.

Jika anda sedang menjalani rawatan luka kencing manis, adakah rawatan tersebut mampu menggalakkan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat?

Jika ya, teruskan.

Jika tidak, jangan buang masa & lakukan perkara yang mungkin saya sia-sia.

Di awal artikel ini saya ada sebut tentang kerosakan saraf (neuropati) yang menjadi asas utama luka kencing manis kan?

Jadi, sel & neuropati adalah 2 gabungan yang mendasari masalah luka kencing manis yang anda hadapi. Selain daripada fokus kepada mengeringkan luka luaran, rawatan & penyembuhan dari dalaman adalah sangat penting.

Oleh itu, rawatan dalaman & penjagaan luaran adalah 2 cara merawat luka kencing manis yang anda MESTI buat.

Jika tidak, anda hanya akan membuatkan diri berterusan berhadapan dengan risiko luka kencing manis demi luka kencing manis yang bersilih ganti dimasa hadapan. Walau bagaimanapun, selagi anda adalah seorang penghidap kencing manis, langkah pencegahan secara berterusan perlu diambil kerana anda tetap berisiko untuk mendapat masalah yang sama bila-bila masa sahaja.

Elakkan daripada meletakkan diri anda berhadapan dengan risiko amputasi demi amputasi

Sanggupkah anda kehilangan anggota badan sedangkan ia sesuatu yang anda boleh kawal?

 

cara merawat luka kencing manis

PENCEGAHAN LUKA

Periksa kaki anda dengan kerap dan pastikan tiada luka yang baru. Rawat masalah kulit pecah dengan berhati-hati. Pastikan kaki sentiasa bersih & pakailah kasut yang bersesuaian yang tidak memberikan tekanan berlebihan kepada kaki anda.

Dapatkan pemeriksaan doktor secara berkala.

 

JANGAN ABAIKAN KELEMBAPAN

Neuropati akan mengeringkan kulit, menyebabkan kulit merekah yang boleh mengundang jangkitan. Untuk mengelakkannya, sapukan pelembap setiap hari, tetapi elakkan bahagian celah jari kerana kelembapan boleh terperangkap disini. Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

 

LINDUNGI KAKI ANDA

Jika anda mengalami kehilangan deria rasa di kaki anda, pakai kasut bertutup yang selesa walaupun anda berada di dalam rumah – untuk mengurangkan risiko anda mengalami kecederaan yang boleh menjadi luka.

 

cara merawat luka kencing manis

 

cara merawat luka kencing manis

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan(vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Cara Merawat Luka Kencing Manis Yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!