Dalam banyak-banyak skincare untuk kulit kombinasi, kenapa anda WAJIB memilih SONYA® Daily Skincare System daripada Forever Living Products ni?

Anda nak tahu jawapannya?

Baca perkongsian saya tentang kehebatan set skincare untuk kulit kombinasi SONYA® Daily Skincare System ni sampai habis yer…

 

skincare untuk kulit kombinasi

SONYA® Daily Skincare System

Jika kulit kombinasi, berminyak atau normal adalah jenis kulit anda, SONYA® Daily Skincare System adalah pilihan paling tepat untuk anda. Set produk penjagaan kulit sinergi ini secara saintifik menggunakan sistem gel delivery yang membawa kebaikan aloe vera, kelembapan dan khasiat botani terus ke kulit anda.

Set skincare untuk kulit kombinasi ini mempunyai kepekatan aloe yang tinggi dan sistem infra-hidra yang perlahan-lahan mensasarkan untuk memperbaiki penampilan kulit secara keseluruhannya.

SONYA® Daily Skincare System dirumus khusus untuk kulit kombinasi, yang terdedah kepada perubahan antara berminyak dan kering. Formula berasaskan gel telah direka untuk mengawal minyak disamping memberikan kelembapan kepada bahagian yang memerlukan.

 

skincare untuk kulit kombinasi

SONYA® REFRESHING GEL CLEANSER

Lupakan pencuci muka berasaskan sabun dan beralihlah kepada SONYA Refreshing Gel Cleanser yang mengagumkan dan tidak menyingkirkan lembapan semulajadi kulit. Pembersih gel yang menyegarkan menggunakan sistem gel delivery dengan kehebatan aloe vera dan bahan botani yang berkuasa untuk membersihkan dan mencuci wajah anda secara lembut.

Anda akan dapat rasa kesegaran dan kedinginan gel pencuci muka ini saat ia mula menyentuh kulit wajah anda. Tanpa buih yang berlebihan yang boleh membuatkan lembapan semulajadi kulit hilang semasa mencuci wajah.

Sebaliknya, anda akan merasai pengalaman yang lembut dan menenangkan yang menggabungkan agen pembersih dengan agen pelembap seperti minyak baobab yang ditekan sejuk (cold press) yang mengandungi asid lemak tak tepu yang baik.

Minyak Baobab berasal daripada pokok di Senegal yang dikenali sebagai ‘pokok kehidupan’ kepada penduduk pribumi, kerana ia hidup selama lebih dari 500 tahun. Kekuatan dan umur panjang pokok ini menjadikannya sebagai ekstrak yang sangat baik untuk meningkatkan formula pembersih yang luar biasa ini.

Ekstrak buah akasia concinna ditemui di hutan tropika Asia dan pembersih semulajadi ini membantu menyingkirkan sel kulit mati, kotoran dan solekan. Ia memberikan pengalaman pembersihan yang menyeluruh tetapi lembut. Pembersih gel yang menyegarkan ini juga mengandungi antioksidan yang kaya seperti asid amino epal dan hydroxyacetophenone yang menyokong kesihatan kulit kombinasi.

 

skincare untuk kulit kombinasi

SONYA® REFINING GEL MASK

Pernah dengar frasa, ‘I need my beauty sleep’?

Tahukah anda bahawa anda boleh mendapat kulit wajah yang segar dengan menggunakan topeng muka (face mask) semasa tidur?

Produk baru ini membantu memperbaiki tona kulit yang sihat dengan menyuburkan kulit anda semasa anda tidur. Hanya gunakan jumlah yang sedikit di seluruh muka anda sebelum tidur dan biarkan semalaman.

SONYA® Refining Gel Mask ini diformulasikan secara saintifik untuk mengoptimumkan cara kulit anda berfungsi pada waktu malam. Dengan memanfaatkan fungsi semulajadi tubuh semasa anda tidur, mask ini membantu menyokong keseimbangan dengan mengawal minyak dan mencerahkan kulit.

Untuk memanfaatkan sepenuhnya waktu tidur anda, Forever Living menghasilkan gel ini dengan limpahan bahan botanik, termasuk minyak biji lobak, minyak basil, minyak bunga artemisia pallens dan minyak soya.

Gel sejuk mask ini akan menyerap dengan cepat ke dalam kulit anda supaya anda mendapat manfaat daripada sifat pelembap yang kaya, gel aloe vera yang stabil, serta pelembab seperti ekstrak buah epal, ekstrak bunga semanggi, ekstrak sasa quelpaertensis (buluh Korea) dan akar kriteri, tumbuhan yang menyediakan sokongan antioksidan.

Campuran berkualiti tinggi ini melembapkan kulit anda semasa anda tidur, tanpa menyebabkan kulit jadi berminyak. Bilas dengan teliti pada waktu pagi mulakan hari anda dengan kulit yang glowing berseri!

Baca juga: Cara Tukar Skincare Yang Betul

 

skincare untuk kulit kombinasi

SONYA® ILLUMINATING GEL

Untuk kulit yang cerah berseri yang bakal membuatkan orang lain iri hati, anda wajib jadikan SONYA Illuminating Gel ini sebagai salah satu daripada rutin skincare untuk kulit kombinasi anda setiap hari. Ia sangat ajaib!

Kulit yang awet muda mempunyai cahaya semulajadi tetapi cahaya ini akan semakin suram dan kusam apabila umur bertambah. Tetapi kini, SONYA Illuminating Gel boleh membantu mengembalikan sinar semulajadi kulit anda.

Terima kasih kepada peptida yang terkandung dalam gel yang mampu menyerap dengan cepat ini. Formula produk ini dapat membantu memberikan kehebatan teknologi terkini kepada kulit anda.

Campuran unik alga hijau dan coklat yang dikenali dalam membantu memperbaiki tona kulit dan memudarkan bintik-bintik hitam, telah digabungkan dengan liposom dan ekstrak bunga semanggi merah untuk membantu mengecilkan liang pori.

Illuminating Gel bukan seperti propduk lain yang terdapat di pasaran. Ini adalah hasil pengumpulan unik lima buah botani Asia: akar scutallaria baicalensis, glycyrrhiza glabra root, akar morus alba, bunga artemisia capillaris dan buah zizyphus jujuba.

Tumbuhan oriental ini dikenali kerana keupayaannya untuk mencantikkan & mencerahkan tona kulit, melembutkan, menyerikan dan melicinkan kulit.

 

skincare untuk kulit kombinasi

SONYA® SOOTHING GEL MOISTURIZER

Pelengkap rutin skincare untuk kulit kombinasi anda – Gel pelembap yang menyegarkan yang kelihatan seperti losyen, tetapi formula berasaskan gel ini mencair ke dalam kulit anda. Dipenuhi dengan bahan botani dan bahan aktif yang hebat, gel-lotion ini meresap terus ke dalam kulit dan menjadikan kulit kekal lembab dan segar.

Pelembap unik ini lenyap ke dalam hydra-infused carrier yang tidak meninggalkan saki baki atau tekstur bagi membantu kulit nampak dan rasa anjal hasil daripada khasiat bahan-bahan semulajadi di dalamnya.

Ekstrak tumbuhan dan minyak termasuk ekstrak buah epal, ekstrak buah delima, ekstrak buah ara, ekstrak buah mulberry, ekstrak ginkgo biloba, ester jojoba dan minyak zaitun membantu kulit terhidrasi dan lembut.

Beta-glucan yang diekstrak daripada cendawan telah ditambah untuk menenangkan kulit dan meratakan tona kulit. Forever Living juga menambah bahan-bahan anti-penuaan seperti asid linoleik dan kolagen hidrolisis, yang lebih advanced dari segi saintifik untuk masuk ke kulit yang paling memerlukannya.

Untuk menghebatkan lagi formula ini, Forever Living menambah minyak kulit oren dan kulit limau mandarin, camomile roman dan minyak geranium serta minyak buah bergamot untuk menjadikan kulit lebih segar.

 

skincare untuk kulit kombinasi

 

skincare untuk kulit kombinasi

 

Komen Facebook:
Skincare Untuk Kulit Kombinasi Daripada Bahan Semulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!