Durian.. raja buah yang memang ramaiii sangat orang suka kan? Samada dimakan macam tu jer atau pun dibuat kuih, bubur, durian crepe, kek atau jemput-jemput, cendol!.. Semua sedap! Buat durian goreng pun sedap tau..

Haaa… selalu kita makan pisang goreng, keledek goreng atau cempedak goreng kan?

Tapi, durian pun kita boleh buat durian goreng… best sangat sebab ada ranggup-ranggup krup krap krup krap tepung yang garing, ditambah pula dengan rasa manis, lemak dan wangi durian tu sendiri… yummm2…

 

durian goreng
Tengoklah isi durian yang sangat menggoda ni…. (sumber pic: Google)

 

RESIPI DURIAN GORENG PALING SIMPLE

Bahan A:

  • Isi durian (tak perlu buang biji, tapi kalau ulas terlalu besar, bolehlah ambil isi durian tu saja cuma nak asingkan tu agak mencabar la sikit especially kalau isi durian tu lembik… so buatlah dengan hati yang sabar)

Bahan B:

  • Tepung gandum
  • Tepung beras (kalau tak nak pun takpe.. saya tak campur tepung beras pun)
  • Garam secukup rasa
  • Air

Bahan C:

  • Minyak untuk menggoreng

 

Cara-cara buat durian goreng yang sangatlah simple ni:

  1. Campurkan bahan-bahan B sama macam bancuhan tepung yang kita selalu buat untuk goreng pisang.
  2. Celupkan ulas-ulas durian atau isi durian ke dalam tepung.
  3. Goreng dengan menggunakan minyak yang dalam supaya isi durian tu boleh tenggelam dengan elok
  4. Goreng hingga kuning keemasan
  5. Anda sudah sedia untuk menikmati durian goreng yang sedap!

Tips: untuk dapatkan tepung gorengan yang rangup, anda juga boleh membancuh campuran tepung gandum & garam dengan minyak masak bersama air (nisbahnya lebih kurang 3 bahagian minyak : 2 bahagian air). Uolls agak-agak lah yer.. sebab saya ni masak memang jenis campak-campak jer… takde sukatan tertentu pun sebab arwah Mak saya dulu memang ajar macam tu…

Uolls tak perlukan tepung menggoreng yang segera tu dah kalau nak tepung menggoreng yang rangup sampai berjam-jam lamanya. Serius, memang takkan cepat lemau kalau kita campurkan minyak ke dalam bancuhan tepung menggoreng kita tu tau…

 

durian goreng
Ini durian goreng yang saya buat!

So dah tau kan cara-cara nak buat durian goreng ni? Senang jer kan? Resipinya  pun tersangatlah simple.

Orang bujang yang tak biasa masak pun boleh buat.

Oklah… selamat menjamu selera!

#ohcantikdotcom

Suplemen untuk kolesterol

Komen Facebook:
Durian Goreng Sangat Enak Untuk Hidangan Petang
Tagged on:         

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *