Jenis Penyakit Batu karang

APAKAH DIA BATU KARANG?

Batu karang atau calculi buah pinggang, adalah jisim pepejal yang terhasil daripada kristal. Batu karang biasanya berasal dari buah pinggang anda. Walau bagaimanapun, ia boleh berkembang di mana sahaja di sepanjang saluran kencing anda, yang terdiri daripada bahagian-bahagian ini:

  • Buah pinggang
  • Ureter
  • Pundi kencing
  • Uretra

Batu karang biasanya amat  menyakitkan. Punca-punca batu karang berbeza mengikut jenis penyakit batu karang itu sendiri.

 

jenis penyakit batu karang

 

JENIS-JENIS PENYAKIT BATU KARANG

Tak semua batu karang terdiri daripada kristal yang sama. Jenis-jenis penyakit batu karang yang berlainan adalah termasuk:

Kalsium

Batu kalsium adalah jenis penyakit batu karang yang paling biasa. Ia terhasil daripada kalsium oxalate (walaupun ia boleh terdiri daripada kalsium fosfat atau maleate). Mengawal pengambilan makanan yang tinggi oksalat boleh mengurangkan risiko anda daripada mendapat penyakit batu karang jenis ini. Antara makanan tinggi oksalat termasuk:

  • Kerepek kentang
  • Kacang tanah
  • Coklat
  • Ubi bit
  • Bayam

Walaupun beberapa jenis batu karang terhasil daripada kalsium, mendapatkan kalsium yang mencukupi dalam diet anda dapat mencegah daripada batu-batu ini terbentuk.

 

Asid urik

Batu karang ini lebih biasa terjadi pada lelaki berbanding wanita. Ia boleh berlaku pada orang yang sedang menghidap gout atau mereka yang sedang menjalani kemoterapi.

Batu karang jenis ini terjadi apabila air kencing terlalu berasid. Diet yang tinggi dengan purin akan meningkatkan kadar asid urik. Purine adalah zat tak berwarna dalam protein haiwan, seperti ikan, kerang dan daging.

 

jenis penyakit batu karang
Gambar: Google

Struvite

Batu karang jenis ini kebanyakannya terdapat pada wanita yang kerap mengalami jangkitan saluran kencing (UTIs). Batu-batu ini boleh menjadi besar dan menyebabkan kesukaran dan kesakitan semasa membuang air kecil. Ini disebabkan oleh jangkitan pada buah pinggang. Segera rawat jangkitan yang terjadi bagi menghalang terjadinya batu struvite.

 

Cystine

Batu cysts jarang berlaku. Ia berlaku di kalangan lelaki dan wanita yang mempunyai penyakit genetik cystinuria. Puncanya adalah cystine – asid yang berlaku secara semula jadi dalam tubuh – menyebabkan kebocoran dari buah pinggang ke dalam air kencing.

 

FAKTOR RISIKO PENYAKIT BATU KARANG

Faktor risiko terbesar bagi batu karang adalah kerana kurang membuang air kecil setiap hari (kurang daripada 1 liter). Inilah sebabnya mengapa batu karang kerap terjadi pada bayi pramatang yang mengalami masalah buah pinggang. Bagaimanapun, batu karang paling mungkin berlaku pada orang berusia antara 20 dan 50 tahun.

Faktor yang berbeza boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit batu karang. Di Amerika Syarikat, orang kulit putih lebih cenderung mendapat penyakit batu karang berbanding orang kulit hitam.

Seks juga memainkan peranan. Lebih ramai lelaki berbanding wanita mendapat penyakit batu karang, menurut Institut Kebangsaan Diabetes dan Penghadaman dan Penyakit Ginjal (NIDDK) Amerika Syarikat.

Pernah menghidap penyakit batu karang juga boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapatnya sekali lagi. Begitu juga jika anda ada sejarah ahli keluarga yang menghidap batu karang.

 

FAKTOR RISIKO LAIN TERMASUK:

  • Dehidrasi (kurang minum air kosong)
  • Obesiti (kegemukan)
  • Diet dengan tahap protein, garam atau glukosa yang tinggi
  • Hyperparathyroid
  • Pembedahan pintasan gastrik
  • Penyakit radang usus yang menyebabkan peningkatan penyerapan kalsium
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti diuretik triamterene, ubat anti-sawan dan antacid berasaskan kalsium

 

jenis penyakit batu karang
Gambar: Google

BAGAIMANA PENYAKIT BATU KARANG DIRAWAT

Rawatan penyakit batu karang disesuaikan mengikut jenis batu karang itu sendiri. Sample air kencing akan diambil dan batu-batu dikumpulkan untuk penilaian.

Minum 6 hingga 8 gelas air kosong sehari bagi meningkatkan aliran air kencing. Orang yang mengalami dehidrasi atau mengalami loya dan muntah yang teruk mungkin memerlukan cecair intravena.

 

PILIHAN RAWATAN LAIN TERMASUK:

Ubat

Ubat narkotik mungkin diperlukan bagi melegakan kesakitan. Jangkitan pula memerlukan rawatan dengan antibiotik.

Nota: Saya tidak akan mengulas lebih lanjut bab perubatan. Sila rujuk kepada doktor yang bertauliah untuk mendapatkan nasihat berkaitan rawatan yang anda perlukan.

Baca juga: 12 Tanda Badan Perlu Detoks

 

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MENYOKONG KESIHATAN

 

jenis penyakit batu karang

 

PHYTAX – KEAJAIBAN ANTIOKSIDAN, ANTI-RADANG & PEMULIHAN SEL TERHEBAT!

Astringent dan antioksidan yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan risiko penyakit batu karang dan memudahkan batu karang untuk dikeluarkan melalui salur kencing.

Jus delima juga mengandungi bahan yang boleh mengurangkan keasidan air kencing; ini akan menghalang pembentukan batu karang.

PHYTAX – suplemen botanikal gabungan 12 Fitonutrisi daripada bahan-bahan semulajadi seperti:

  1. Biji Anggur
  2. Teh Hijau
  3. Kulit Pokok Pain
  4. Buah Delima
  5. Durian Belanda
  6. Kranberi
  7. Beri Biru
  8. Roselle
  9. Tomato
  10. Acai Beri
  11. Algae Hijau
  12. Kulit Manggis

Semuanya mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri dalam memastikan kesihatan keseluruhan badan.

 

jenis penyakit batu karang

 

jenis penyakit batu karang

 

NOTA PENTING: Suplemen BUKAN ubat. Ia adalah sokongan dalam penjagaan kesihatan dan tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda menghidap sebarang jenis penyakit, sila dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil suplemen.

 

jenis penyakit batu karang

 

jenis penyakit batu karang

 

Komen Facebook:
Jenis Penyakit Batu Karang & Puncanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!