Berapa lama agaknya kesan jahitan atau luka bersalin akan kekal selepas melahirkan bayi? Ada yang mengalami masalah luka jahitan bersalin lambat kering?

Tempoh masa yang diambil untuk luka jahitan bersalin sembuh akan bergantung kepada bagaimana anda menjaga luka tersebut, kebersihan (hygine) pemakanan dan pergerakan.

  • Luka jahitan bersalin cenderung mengambil antara 2 dan 4 minggu untuk sembuh, tetapi semua orang adalah berbeza, dan sesetengah orang mungkin memerlukan masa yang lebih lama.
  • Sekiranya anda ada jahitan akibat pembedahan, anda biasanya akan sembuh dalam masa 6 minggu, tetapi dalam kes tertentu ia boleh mengambil masa sehingga 12 hari.

 

KENAPA ANDA PERLUKAN JAHITAN

Walaupun badan anda sudah bersiap sedia untuk melahirkan bayi dalam banyak cara, ia masih sangat biasa bagi ibu-ibu baru memerlukan jahitan selepas bersalin.

Antara beberapa sebab seseorang itu memerlukan jahitan adalah:

  • Kawasan antara vagina dan laluan belakang (perineum anda) mengalami lebihan regangan dan koyakan semasa bersalin.
  • Doktor membuat potongan kecil pada perineum anda (episiotomi) untuk membantu memberi ruang kepada bayi anda.
  • Anda melahirkan melalui pembedahan caesar.

Koyakan akan lebih banyak berlaku pada kelahiran normal pertama kali. Sekiranya doktor atau bidan anda mengesyaki bahawa anda mungkin berisiko mengalami koyakan besar, mereka akan membincangkan tentang episiotomi dengan anda.

Ini mungkin berlaku atas beberapa sebab:

  • Kelahiran memerlukan penggunaan forseps
  • Bayi anda berada di posisi breech (songsang)
  • Bayi mengalami masalah dan perlu dilahirkan segera
  • Anda mengalami proses bersalin terlalu lama dan keletihan
  • Kelahiran yang perlu dipercepatkan kerana keadaan kesihatan yang serius seperti penyakit jantung

Tak kisahlah kenapa anda perlukan jahitan selepas bersalin, perkara yang paling penting ialah anda perlu memahami cara penjagaan yang betul supaya anda tidak mengalami luka jahitan bersalin lambat kering atau sembuh.

luka jahitan bersalin lambat kering
Peralatan penjagaan diri selepas bersalin yang baik dan bersih dapat membantu urusan pembersihan luka bersalin setiap hari semasa tempoh berpantang

 

MELEGAKAN KESAKITAN JAHITAN BERSALIN

Jahitan episiotomi boleh jadi sangat sakit pada mulanya, tetapi ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu melegakan kesakitan ini seperti:

  • Sejuk suhu akan meredakan kesakitan dan membantu mengurangkan bengkak di kawasan tersebut. Anda boleh menggunakan pek gel sejuk yang dibalut dengan flanel yang bersih – tetapi jangan biarkan selama lebih dari setengah jam, dan jarakkan sekurang-kurangnya satu jam antara setiap aplikasi.
  • Painkiller adalah cara yang jelas membantu meredakan ketidakselesaan dan kesakitan. Pastikan painkiller diambil atas nasihat doktor, kerana sesetengahnya tidak sesuai digunakan semasa menyusu.
  • Tekanan pada perineum anda apabila mebuang air besar boleh jadi amat menyakitkan – cuba letakkan pad bersih pada bahagian luka jahitan tersebut dan tekan perlahan-lahan semasa anda mebuang air besar.
  • Jika anda rasa menyakitkan untuk duduk, alas tempat duduk anda dengan kusyen lembut. Ada juga kusyen khas untuk mengurangkan kesakitan semasa duduk bagi ibu sedang berpantang.
  • Jika pembuangan air kencing menyakitkan, cuba bersihkan dengan air suam selepas kencing untuk mengurangkan rasa sakit.
  • Banyak wanita yang ada luka jahitan bersalin mengalami seks yang menyakitkan untuk beberapa bulan pertama. Sekiranya ini berlaku, berbincanglah dengan pasangan anda dan berikan masa selama mana yang anda perlukan untuk sembuh sebelum melakukan hubungan seks lagi.

 

CARA UNTUK MENGELAKKAN LUKA JAHITAN BERSALIN LAMBAT KERING

  • Pastikan kawasan luka jahitan itu bersih dan kering – gunakan botol spray untuk cucian lebih pantas. Cukuplah hanya dengan mengelap beberapa kali sehari dan keringkan dengan perlahan-lahan.
  • Lap bahagian bawah perlahan-lahan dari depan ke belakang untuk mengurangkan risiko jangkitan.
  • Take it easy – rehatlah dengan teratut dan elakkan daripada melakukan aktiviti fizikal berlebihan.
  • Lakukan senaman lantai pelvis sekerap yang anda mampu untuk meningkatkan aliran darah ke kawasan luka jahitan, menggalakkan penyembuhan dan elak daripada luka jahitan bersalin lambat kering.
  • Tukar pad sanitari dengan kerap dan pastikan ia tidak bergesel dengan luka jahitan anda.
  • Makan banyak serat dan terus terhidrasi dengan cara minum banyak air untuk mengelakkan sembelit. Sembelit akan membuatkan kesakitan yang amat pada bahagian luka jahitan kerana anda perlu meneran semasa membuang air besar.

 

APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA ANDA RASA ADA MASALAH DENGAN LUKA JAHITAN BERSALIN ANDA?

Kadang-kadang, tidak kira betapa baiknya anda menjaga luka jahitan bersalin anda, mungkin ada komplikasi dengan jahitan tersebut. Jika anda mengalami mana-mana yang berikut, segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor.

  • Kesakitan yang luar biasa atau bau yang tidak baik dari luka jahitan bersalin tersebut
  • Suhu badan tinggi
  • Kesakitan pada bahagian bawah abdomen
  • Kesakitan yang menyengat ketika menyusukan
  • Perlu tergesa-gesa ke tandas untuk membuang air besar
  • Tidak dapat mengawal perut anda ketika kentut
  • Pendarahan lebih daripada yang anda jangkakan, atau darah beku

Baca juga: Suplemen Terbaik Untuk Dalaman Wanita

 

Perkara yang paling penting ialah berehat dengan baik untuk mengelakkan luka jahitan bersalin lambat kering dan sembuh. Minimakan pergerakan berat, tapi sekali sekala buatkan pergerakan ringan untuk meningkatkan peredaran darah terutamanya di bahagian luka jahitan anda.

Anda mahukan luka jahitan bersalin anda cepat kering dan sembuh tapi rasa tak mampu untuk melakukannya sendiri? Perlukan bantuan? Ambil set berpantang yang baik.

Suplemen berikut sangat baik untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka jahitan bersalin.

 

luka jahitan bersalin lambat kering

 

ESKAYVIE PHYTAX – SEJUTA RAHSIA FITONUTRISI!

Phytax mampu mempercepatkan penyembuhan luka kerana ia bertindak dengan cara memperbaiki kesihatan pada tahap sel. Selain daripada itu, Phytax turut membantu untuk mengembalikan tenaga yang lebih cepat buat ibu berpantang.

Minuman Botani Yang Enak dari Anugerah Alam Semulajadi

Merupakan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis.

Revolusi terkini bagi sumber anti-oksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu memudahkan penyerapan dalaman.

Sehingga kini, hampir 10 tahun Eskayvie Phytax berada di pasaran dan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat Malaysia!

 

luka jahitan bersalin lambat kering

 

Eskayvie Phytax ini antara yang menjadi kegemaran pengguna kerana khasiatnya yang begitu menakjubkan. Bukan hanya dapat membantu cepatkan luka.

Eskayvie Phytax boleh bantu anda:

  • Mengatasi keradangan kronik
  • Mempercepatkan penyembuhan luka (luka jahitan, luka pembedahan, luka kencing manis dll)
  • Menyihatkan DNA dan sel yang sakit
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menyokong kesihatan dalaman wanita 

 

 

luka jahitan bersalin lambat kering

 

luka jahitan bersalin lambat kering

 

Anda tak perlu ragu-ragu untuk mengamalkan Phytax.

Ia diformulasikan oleh Doktor Perubatan Bertauliah, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa A–Qudri dan konsultasi yang saya berikan adalah hasil rujukan dengan team Pakar Nutrisi Eskayvie.

Bukan saya pandai-pandai sendiri tau!

Apa tunggu lagi?

Jom! Dapatkan PHYTAX anda sekarang.

 

luka jahitan bersalin lambat kering

 

Komen Facebook:
Luka Jahitan Bersalin Lambat Kering: Sis Perlukan Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!