Dalam artikel kali ni saya nak kongsikan cara untuk elak sembelit dalam pantang dan beberapa jenis makanan terbaik untuk ibu berpantang. Penting ni jaga bab pemakanan kalau nak elak sembelit dalam pantang sebab makanan memang memainkan peranan yang sangat besar dalam sistem penghadaman kita… tak kisahlah samada orang yang berpantang atau tak…

Andai kata sembelit semasa kehamilan tak berakhir apabila anda melahirkan, ia adalah perkara biasa. Sembelit selepas bersalin adalah aduan yang biasa di kalangan ibu berpantang dan masalah ni biasanya kekal selama beberapa minggu selepas bersalin.

Beberapa faktor menyumbang kepada keadaan yang tak selesa ni, tetapi ia sering menjadi lebih teruk apabila ditambah pula dengan berhadapan situasi tidak cukup tidur akibat bayi tak mahu tidur malam, kurang senaman, makan makanan ringan dan makanan kurang sihat.

Dan semasa anda mungkin tidak dapat tidur secukupnya atau buat aktiviti fizikal sekarang, anda boleh membuat beberapa pilihan makanan sihat untuk membantu sistem penghadaman anda supaya dapat berfungsi dengan baik.

 

elak sembelit dalam pantang
Makanan yang kaya dengan serat ni nampak cantik dan sedap kan?

PILIH MAKANAN KAYA SERAT

Jangan bimbang, anda tidaklah perlu hidup dengan hanya mengambil jus prune dan bijirin saja setiap hari. Tetapi anda boleh mengurangkan sembelit dan mengelakkan pergerakan usus yang menyakitkan dengan beberapa pengubahsuaian untuk diet anda.

Makan makanan yang kaya dengan kandungan serat adalah cara yang paling mudah. Untuk mendapatkan 15 hingga 20 gram serat sehari, anda perlu makan banyak buah-buahan dan sayuran, kacang-kacangan seperti kacang hitam, bijirin dan roti bijirin.

Meningkatkan pengambilan serat mungkin lebih mudah daripada yang anda fikirkan. Mulakan dengan secawan bijirin dan sepotong buah (atau secawan buah beri) pada waktu pagi, itu permulaan yang baik untuk keperluan serat anda sepanjang hari.

Untuk snek, ambil segelas kismis atau cranberry kering atau epal, atau tambahkan sesudu minyak flaxseed yang kaya serat kepada smoothie buah dan yogurt (bakteria acidofilus yang terdapat dalam yogurt tenusu juga bagus untuk menjaga sistem pencernaan).

Nota: Kebanyakan makanan berasaskan tenusu mengandungi sedikit serat, jadi tak perlulah ambil makanan dalam kategori ini dalam kuantiti yang banyak jika anda mengalami masalah sembelit.

 

LEBIHKAN PENGAMBILAN CECAIR / AIR

Dehidrasi boleh menyebabkan sembelit lebih teruk. Oleh itu, penting untuk minum banyak cecair. Penyusuan susu ibu juga boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi pada mulanya, jadi anda perlu minum air secukupnya untuk memastikan bekalan susu anda dan supaya najis anda lembut (biasanya kira-kira lapan hingga sepuluh gelas 8 gelas air sehari).

Beberapa jenis jus buah juga boleh menjadi sumber serat yang baik, serta menghidratkan. Jus prune terkenal dengan kandungan seratnya (jika anda meminum jus prune, bermula dengan sedikit dulu, contohnya ½ cawan saja sebab ia boleh memberi kesan besar pada sistem pencernaan anda).

Jus segar juga kaya dengan serat, jadi jika anda mempunyai juicer dan cukup masa untuk memerah jus anda sendiri, buatlah. (jus yang dibeli di pasaraya biasanya tidak mengandungi pulpa yang cukup untuk menjadi sumber serat yang baik dan turut mengandungi gula yang agak tinggi – elakkan)

Perlu diingat bahawa minuman yang mengandungi kafein (kopi / teh) boleh membuatkan anda dehidrasi. Hadkan pengambilan minuman seperti ini.

 

AMBIL SUPLEMEN UNTUK ELAK SEMBELIT DALAM PANTANG

elak sembelit dalam pantang

elak sembelit dalam pantang

elak sembelit dalam pantang

elak sembelit dalam pantang

Ostematrix: Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi disamping dapat membantu meredakan masalah sembelit.

elak sembelit dalam pantang

 

Diri sendiri tengah berpantang, ada pula anak yang lebih dewasa sembelit sama macam ibunya? Jangan stress yer ibu… ada baca cara mudah juga untuk redakan sembelit kanak-kanak.

 

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk pertanyaan / info lanjut. 

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Elak Sembelit Dalam Pantang: Ia Sangat Menyeksakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!