Adakah anak anda keluar dari tandas dengan air mata, kerana sembelit? Ini memang masalah yang sangat biasa pada kanak-kanak. Apakah rawatan sembelit kanak-kanak yang anda boleh ambil untuk membantu anak anda?

Bagaimanakah anda dapat mengetahui jika anak anda sembelit? Selain pergerakan usus yang menyakitkan, cari tanda biasa seperti:

 

GEJALA SEMBELIT

  • Sakit perut dan kembung
  • Pendarahan semasa membuang air besar

Kadang-kadang kanak-kanak yang sembelit sebenarnya mungkin mengalami cirit-birit, yang boleh mengelirukan. Apa yang berlaku di sini adalah najis yang terbentuk besar & keras telah tersangkut dalam rektum anak anda, dan hanya najis agak cair yang dapat keluar.

Apabila kanak-kanak sembelit, dia mengalami pergerakan usus yang kurang, dan ketika dia membuang, najisnya kering, keras, dan menyakitkan.

Terdapat banyak kemungkinan penyebab sembelit, termasuklah:

  • Menahan najis. Ini bererti anak anda cuba menahan pergerakan usus – mungkin kerana dia tertekan dengan latihan belajar ke tandas, mungkin kerana dia tidak mahu menggunakan tandas di tempat-tempat tertentu (seperti sekolah), atau mungkin kerana dia takut sakit. (Sembelit boleh menjadi kitaran yang ganas – jika sekali dia rasa membuang air besar itu menyakitkan, kanak-kanak akan jadi takut untuk membuang air besar lagi.)
  • Pemakanan yang rendah serat atau tidak mengandungi cecair yang mencukupi (atau kedua-duanya)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan tertentu

 

RAWATAN SEMBELIT KANAK-KANAK

Terdapat tiga rawatan utama untuk kebanyakan kes sembelit kanak-kanak:

  • Pemakanan serat tinggi dengan banyak cecair. Pastikan hidangan harian anak anda ada banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar, bijirin serat tinggi, roti gandum (lihat sekurang-kurangnya 3-5 gram serat setiap hidangan), dan pelbagai kacang dan kekacang lain, seperti chic pea dan lentil. Makanan yang mengandungi probiotik, seperti yogurt, juga boleh menggalakkan kesihatan pencernaan yang baik. Semasa memberi tumpuan kepada serat, jangan lupa cecair. Jika anak anda makan banyak makanan serat tinggi tetapi tidak mendapat cukup cecair untuk membantu mengalirkannya melalui sistemnya, anda boleh membuat keadaan lebih buruk. Anak anda harus minum banyak air kosong sepanjang hari, bersama-sama dengan susu. Hadkan minuman manis hingga 4 auns sehari pada anak-anak yang lebih muda dan 6-8 auns pada anak-anak yang sudah sekolah
  • Pelembut najis sebagai rawatan sembelit kanak-kanak dan membersihkan usus. Ini adalah selamat pada kanak-kanak, tetapi harus digunakan di bawah pengawasan ahli pediatrik. Dua kesilapan biasa yang dibuat oleh ibu bapa apabila memberi anak mereka pelembut najis untuk sembelit ialah tidak menggunakan dos yang cukup, atau menghentikannya terlalu awal. Sebagai contoh, anda mungkin berfikir bahawa anda boleh berhenti memberi pelembut najis selepas pergerakan usus yang kelihatan normal pada anak anda, tetapi berhenti terlalu awal mungkin hanya menbuatkan anak anda untuk terus mendapat sembelit lagi. Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu mengambil pelembut najis selama beberapa minggu. Doktor boleh menasihati anda mengenai jadual dan dos yang betul untuk anak anda.
  • Masa ke tandas yang tetap. Galakkan anak anda menggunakan tandas sebaik saja bangun pagi dan selepas setiap hidangan atau snek. Khususnya untuk anak yang lebih muda, anda boleh mendapatkan hasil yang lebih baik dengan mengarahkan mereka, bukan bertanya samada mereka mahu ke tandas atau tidak. Latih mereka dari kecil.

Anda akan mendapat hasil yang terbaik jika anda menggabungkan semua tiga pendekatan ini. Diet serat tinggi tidak mungkin membersihkan kes sembelit yang serius dengan sendirinya tanpa bantuan pelembut najis. Sebaliknya, apabila anak anda berhenti mengambil pelembut najis, tetapi masih mengambil diet rendah serat dan tidak mendapat cecair sihat yang mencukupi, masalah itu mungkin berlaku lagi.

Jadi, semuanya haruslah seimbang.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU RAWATAN SEMBELIT KANAK-KANAK

rawatan sembelit kanak-kanak

TESTIMONI

rawatan sembelit kanak-kanak

 

rawatan sembelit kanak-kanak

 

Ibu hamil pun ada masalah sembelit? Baca Cara Hilangkang Sembelit Ketika Hamil melalui artikel saya sebelum ini.

KLIK IKON DI BAWAH UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN TERUS MELALUI WEBSITE SHAKLEE MALAYSIA

rawatan sembelit kanak-kanak

Komen Facebook:
Rawatan Sembelit Kanak-Kanak Cara Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *