Rahim adalah ibarat PERMATA yang sangat berharga bagi wanita dan kesihatan rahim sangat bergantung kepada kestabilan hormon serta pemakanan yang baik. Wanita harus lebih berhati-hati dengan setiap makanan yang diambil setiap hari terutamanya makanan yang aktifkan fibroid & cyst.
TANDA – TANDA FIBROID & CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH
✔ Gangguan kitaran haid & sakit ketika haid
✔ Keputihan yang teruk
✔ Masalah ketidaksuburan
✔ Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
✔ Perut kembang (buncit walau tak gemuk)
✔ Angin yang keluar dari vagina (kentut vagina)
✔ Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat (mudah terkucil)
✔ Kerap letih dan lesu
✔ Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukkan kaki dan tanggan
✔ Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
Fibroid & Cyst Pada Wanita
Cyst ni secara mudah fahamnya, ia macam jerawat dalam badan kita. Ia boleh jadi kepada orang lelaki dan orang perempuan dan di mana- mana bahagian badan. Tapi ia boleh membesar dan mengganggu sistem tubuh. Jadi cyst bukan setakat boleh jadi di ovari, tapi juga pada paru-paru, buah pinggang dan pankreas.
Antara petanda anda mungkin ada Ovarian cyst yang kritikal adalah bila period anda mula terganggu. Ovarian cyst dan fibroid ni kedua-duanya sama iaitu sejenis ketumbuhan. Bezanya, fibroid ni terdiri dari tisu yang padat dan hanya berada pada rahim. Tapi ovarian cyst terdiri dari cecair atau semi-solid dan berada dalam ovari.
PUNCA OVARIAN CYST DAN FIBROID
Ovarian cyst dan fibroid terjadi disebabkan tubuh wanita terlebih hormon estrogen, dan kekurangan hormon progesteron. Senang cerita, hormon tak seimbang. Hormon estrogen boleh jadi terlalu banyak disebabkan beberapa faktor.
Antara faktornya termasuklah kehadiran xenoestrogen atau kata lain, hormon yang menyerupai estrogen (xeno). Xenoestrogen menyebabkan hormon estrogen menjadi lebih banyak dari progesterone. Xeno ni terhasil daripada toksin yang disebabkan oleh kegunaan harian yang melibatkan BPA (plastik), Pthalates yang digunakan secara meluas untuk menghasilkan barangan plastik seperti bekas makanan plastik, bekas minuman plastik dan Paraben yang digunakan sebagai pengawet di dalam kosmetik dan makanan.
Pendek kata, memang hampir mustahil untuk kita elak kehadiran xenoestrogen di dalam tubuh sebab seharian kita pasti akan guna plastik. Air mineral pun dalam botol plastik, pasti akan makan makanan luar atau minuman yang mengandungi bahan pengawet.
MAKANAN YANG AKTIFKAN FIBROID & CYST
Makanan yang perlu dielakkan dan dikawal pengambilannya
1.) Soya dan Evening Primrose.
Soya dan Evening Primrose mengandungi phytoestrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phytoestrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen. Jadi, apabila anda makan benda ni maka paras estrogen dalam badan anda akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst.
Minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara pula, ramai antara mereka adalah pengguna evening primrose oil.
2.) Ayam
Ayam yang dipelihara secara komersial akan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran supaya boleh cepat jual dan cepat penternak dapat untung. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Kalau nak makan ayam, cuba untuk pilih ayam organik atau ayam kampung yang dipelihara secara bebas (free-roaming chicken).
3.) Ikan Keli Kolam
Sebolehnya, elakkan daripada makan ikan keli yang dipelihara di dalam kolam kerana ia boleh mengganggu keseimbangan hormon. Kalau dah mengidam sangat, bolehlah makan sekali sekala dalam kuantiti yang terkawal.
4.) Makanan Tinggi Kolesterol
Bukan saja tidak baik untuk kesihatan jantung, kolesterol juga adalah penyebab kenaikan hormon estrogen.
NOTA TAMBAHAN
Panduan ringkas pemakanan bagi wanita yang menghidap Endometriosis / Adenomyosis / Fibroid / Cyst / PCOS
Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yang boleh diambil & makanan yang aktifkan fibroid / cyst yang harus dielakan bagi wanita yang ada masalah seperti di atas ataupun yang pernah menjalani pembedahan membuang fibroid / cyst tetapi ianya berulang kembali.
Makanan yang digalakkan
- Ikan laut seperti bawal, kembung, selar dan lain-lain
- Sayuran jenis kekacang – kacang panjang, buncis, sweet pea
- Kekacang – badam, kacang tanah, black bean, kacang merah
- Sayuran hijau – bak choi, sawi, bayam dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi
- Buah-buahan yang tinggi antioksidan – nenas, betik, strawberry, delima
- Sup miso (sejenis pes yang dibuat daripada kacang soya yang diperam dan dicampur dalam sup)
- Teh hijau
Makanan yang aktifkan fibroid & cyst yang harus dielakkan
- Daging merah (red meat)
- Ayam (boleh diambil dalam kuantiti yang sedikit)
- Produk tenusu
- Ikan keli
- Gamat
- Bahan perisa – pes segera & kiub perisa seperti stok ayam, stok bilis (buat sendiri untuk pilihan lebih sihat)
- Gula putih – kuih muih manis, kek, pencuci mulut, minuman berkarbonat atau jus dalam botol yang tinggi kandungan gula
- Makanan segera – burger, sosej, nugget, mee segera
- Makanan ringan – cip kentang, jajan
- Makanan berlemak/ berminyak
CARA CEGAH FIBROID & CYST
Selain daripada mengelakkan atau mengawal pengambilan makanan yang aktifkan fibroid & cyst, menjaga kestabilan hormon dengan sokongan suplemen yang baik untuk kesihatan dalaman wanita juga boleh diamalkan.
Contoh suplemen yang boleh anda ambil iailah Reverse Capsule Eskayie. Reverse Capsule mengandungi phytoestrogen iaitu estrogen yang bersumberkan tumbuh-tumbuhan.
Jadi, apabila anda mengambil phytoestrogen, ia boleh membantu menstabilkan paras hormon estrogen dan mengurangkan kesan xenoestrogen di dalam badan (dengan syarat prospek tidak mempunyai masalah kanser berkaitan wanita seperti kanser payudara, serviks, rahim dan sebagainya).
ADAKAH FIBROID BOLEH DIRAWAT?
Seperti yang dikongsi oleh Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat, TIDAK ADA rawatan menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan potensi ubat-ubatan tradisional seperti daripada bahan-bahan semulajadi tinggi antioksidan yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid.
Pilihan lain yang ada ialah pembedahan.
Di Eskayvie, PHYTAX adalah suplemen yang sangat kaya dengan bahan ANTIOKSIDAN dan fitonutrisi yang mampu melawan keradangan, radikal bebas dan merencatkan pertumbuhan sel tidak normal dalam badan.
Baca juga: Petua Kesihatan Dalaman Wanita