Sama seperti seluruh tubuh anda, kulit juga boleh mengambil masa yang lama untuk kembali normal selepas bersalin. Ibu-ibu yang baru saja melahirkan anak memang agak biasa menghadapi masalah muka pucat selepas bersalin.

Kulit yang dulu glowing dan blushing semasa hamil (disebabkan oleh aliran darah estrogen ke kulit anda) mungkin hilang, mungkin digantikan pula dengan jerawat selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon (ditambah pula dengan tekanan, kurang tidur, dan tak cukup masa untuk penjagaan kulit).

Itu belum lagi termasuk dengan tompokan gelap di dahi, bibir dan pipi yang belum pudar.

 

Adakah semua masalah kulit selepas bersalin ni akan hilang?

Bagi kebanyakan wanita, yer… masalah kulit begini dan muka pucat selepas bersalin akan hilang. Tompok-tompok ini (dikenali sebagai chloasma, melasma, atau pregnancy mask) disebabkan oleh peningkatan penghasilan melanin dan pigmen kulit semasa kehamilan.

Sama macam ibu dalam gambar di bawah ni… muka dia memang semakin berseri walaupun lepas bersalin… malah lebih berseri lagi berbanding yang sebelumnya…

 

 

Berita baiknya adalah badan anda akhirnya akan berhenti membuat melanin begitu banyak (walaupun itu mungkin tidak akan berlaku sehingga selepas bayi anak putus susu badan) kemudian barulah tompokan gelap akan mulai pudar.

Untuk membantu proses ini, elakkan cahaya matahari sebaik mungkin. Gunakan pelindung matahari yang berspektrum luas (yang menyekat UVA dan UVB) dengan SPF sekurang-kurangnya 15 setiap hari tak kiralah samada hari panas ataupun hujan.

Pilihan lain ialah krim pelembap yang sedia mengandungi SPF15 atau lebih. Teruskan mengguna krim pelembap begini selamanya kerana bintik hitam lebih cenderung untuk kembali apabila anda sudah mula ada masalah ini.

Krim pelindung matahari @ sunblock juga sangat baik untuk mencegah kanser kulit dan kedutan.

Pastikan kulit wajah dibersihkan minima dua kali sehari untuk membantu mencegah blemishes @ tompokan jeragat.

Gunakan produk kosmetik bebas minyak untuk mengelakkan liang pori tersumbat. Amalkan diet yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, vitamin B2, dan banyak air.

Vitamin C juga sangatlah membantu mengembalikan keserian muka pucat selepas bersalin. Cuma and perlu memastikan yang ia adalah daripada sumber semulajadi. Jika anda ingin ambil suplemen, ia haruslah ada formula perlepasan masa (sustained release) supaya vitamin C dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh.

Zat besi adalah satu lagi vitamin / mineral penting yang diperlukan oleh seorang ibu yang baru lepas bersalin bagi mengembalikan semula tenaga dan keserian kulit. Zat besi membantu pembinaan sel darah merah dan ini jelas sekali sangat baik untuk memastikan agar ibu lepas bersalin tidak mendapat anemia.

Usah terlalu risau jika anda sedang menghadapi masalah muka pucat selepas bersalin kerana ia boleh diselesaikan dengan agak mudah jika kena caranya.

Anda boleh kelihatan berseri dan glowing semula sehingga orang lain pun tak percaya yang anda sebenarnya baru lepas bersalin pun. Dan semua ini anda boleh lakukan tanpa penyediaan ramuan yang teruk atau masa yang lama kerana Shaklee menawarkan suplemen lengkap sebagai bantuan.

 

INILAH SUPERHERO ANDA!

muka pucat selepas bersalin

Tiga vitamin asas di atas juga adalah antara vitamin yang terdapat dalam set berpantang lengkap Shaklee.

WhatsApp saya di 019-707 1977 untuk info lanjut / membuat pesanan

 

KENAPA MESTI BELI PRODUK SHAKLEE DENGAN SAYA?

Dapatkan konsultasi eksklusif secara berterusan apabila membuat belian produk Shaklee melalui saya. Dan dapatkan juga tawaran-tawaran dan diskaun hebat yang Shaklee berikan kepada semua penggunanya yang berdaftar sebagai ahli.
Komen Facebook:
Muka Pucat Selepas Bersalin Berseri Semula Dengan Cara Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!