Sama seperti kesihatan, ramai diantara kita yang sering mengabaikan kesihatan rambut sehinggalah mereka alami keguguran rambut atau kebotakan. Bagi sesetengah individu, tanam rambut untuk atasi botak adalah salah satu kaedah rawatan yang akan diambil.

Ini kerana tanam rambut untuk atasi botak adalah kaedah yang boleh memberi efek yang cepat untuk menutup semula kulit kepala yang dah mula kelihatan jelas akibat keguguran rambut itu.

Tetapi kaedah ini tidak pula dapat mengawal keguguran rambut seterusnya kerana kaedah tanam rambut untuk atasi botak hanya memfokuskan kepada penggantian rambut yang telah hilang.

Prosedur ini boleh menjadi satu cara untuk mengembalikan keyakinan seseorang yang mengalami keguguran rambut atau kebotakan. Tetapi pastikan anda mendapatkan nasihat doktor atau pakar tentang apa yang anda akan hadapi semasa dan selepas prosedur tersebut dijalankan.

 

tanam rambut untuk atasi botak
Rambut akan diambil di bahagian yang tidak terjejas dan ditanam di bahagian yang botak

 

TANAM RAMBUT UNTUK ATASI BOTAK

Tanam rambut adalah prosedur dimana kawasan yang terlibat dengan keguguran rambut atau kebotakan akan digantikan dengan rambut anda sendiri yang diambil dari bahagian yang masih belum terjejas.

Prosedur ini telah dilakukan oleh doktor di A.S. sejak tahun 1950-an, tetapi teknik telah banyak berubah mengikut kemajuan teknologi.

Prosedur ini biasanya akan dijalankan di bilik rawatan. Mula-mula, pakar bedah akan membersihkan kulit kepala anda dan menyuntik ubat bius.

Doktor anda akan memilih satu daripada dua kaedah untuk pemindahan: follicular unit strip surgery (FUSS) atau follicular unit extraction (FUE).

Bergantung pada prosedur pemindahan yang anda terima, prosesnya akan mengambil masa kira-kira 4 hingga 8 jam. Anda mungkin memerlukan prosedur lain kemudian jika anda terus kehilangan rambut atau membuat keputusan anda mahu rambut tebal.

 tanam rambut untuk atasi botak

 

JANGKAAN DAN PEMULIHAN

Selepas pembedahan, kulit kepala anda mungkin menjadi sangat lembut. Anda mungkin perlu mengambil ubat tahan sakit selama beberapa hari. Pakar bedah anda akan memakaikan bandage di kepala anda sekurang-kurangnya untuk satu atau dua hari.

Anda juga perlu mengambil antibiotik atau ubat anti-radang untuk tempoh beberapa hari. Kebanyakan orang dapat kembali bekerja antara 2 hingga 5 hari selepas prosedur.

Dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas pembedahan, rambut yang dipindahkan akan gugur, tetapi anda akan mula melihat pertumbuhan rambut dalam masa beberapa bulan.

Kebanyakan orang akan mendapat 60% pertumbuhan rambut baru selepas 6 hingga 9 bulan. Sesetengah pakar bedah akan menggunakan minoxidil iaitu sejenis drugs untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. selepas prosedur tanam rambut, tetapi tidak jelas pula bagaimana ia berfungsi.

Baca Hukum Tanam Rambut Mengikut Pandangan Islam

 

RISIKO TANAM RAMBUT UNTUK ATASI BOTAK DAN KOS RAWATAN

Kos prosedur tanam rambut untuk atasi botak akan bergantung kepada jumlah rambut yang anda gunakan. Nota: insurans tidak meliputi prosedur ini.

Seperti mana-mana jenis pembedahan, prosedur tanam rambut juga mempunyai beberapa risiko, termasuk pendarahan dan jangkitan.

Ada juga risiko pertumbuhan rambut baru yang tidak normal dan kulit kepala kekal berparut.

Semasa rambut baru mula tumbuh, sesetengah individu akan mengalami keradangan atau jangkitan pada folikel rambut yang dikenali sebagai folliculitis. Antibiotik dan kompres boleh melegakan masalah ini.

Anda juga berkemungkinan akan kehilangan rambut asal di kawasan di mana anda mendapat rambut baru, yang dikenali sebagai keguguran rambut mengejut.

Tetapi kebanyakan masa, masalah ini tidak kekal.

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko-risiko ini dan berapa peratus peluang pemulihan yang mungkin anda dapatkan daripada prosedur tersebut.

Doktor atau pakar boleh membantu anda menentukan sama ada tanam rambut untuk atasi botak adalah pilihan yang baik untuk anda atau tidak.

 

NOTA PENTING: saya tidak menjual produk tanam rambut atau memberi konsultasi berhubung prosedur menanam rambut.

 

KAEDAH SEMULAJADI UNTUK MELEBATKAN RAMBUT

Selain daripada memilih kaedah tanam rambut untuk atasi botak, anda sebenarnya ada kaedah rawatan secara semulajadi yang tanpa pembedahan, tiada drugs, tanpa kesakitan dan tanpa sebarang risiko.

Bagaimana?

Anda hanya perlu cuba konsisten gunakan SET RAMBUT GUGUR FAITH FLEUR ini. Tak perlu bersakit-sakit tanam rambut untuk atasi botak.

 

tanam rambut untuk atasi botak

 

Klik gambar di bawah untuk LIHAT TESTIMONI

tanam rambut untuk atasi botak

 

tanam rambut untuk atasi botak

Komen Facebook:
Tanam Rambut Untuk Atasi Botak Ada Risiko?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!