Adakah anda tahu bahawa ada makanan yang bahaya yang anda makan setiap hari ia mampu membunuh anda secara perlahan?

Kebanyakan kita mengambil beberapa jenis daripada makanan ini dalam menu harian. Tetapi jika anda menggabungkan kesemuanya, anda ibarat mendapat pakej kombo yang membunuh dan anda perlu mula membuat perubahan pada diet anda.

Jadi, cuba periksa semula apa yang anda makan setiap hari dan buatlah pilihan yang lebih tepat.

Baca Kesan Kekurangan Nutrisi

makanan yang bahaya

 

Saya akan kongsikan senarai 20 jenis makanan yang bahaya yang mampu membunuh anda secara perlahan ini. Cuba elakkan atau hadkan pengambilan makanan ini sebanyak yang anda boleh.

Beberapa jenis makanan yang bahaya ini boleh membawa kepada masalah tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, penyakit jantung, diabetes, Alzheimer dan juga kanser.

Tidak lupa juga masalah obesiti dan semua kebimbangan dan kemurungan atau dikenali juga sebagai anxiety disorder.

 

makanan yang bahaya

  1. SOS TOMATO DALAM TIN

Sos tomato dalam tin adalah pembunuh yang pandai menyamar. Ini adalah sumber gula yang tersembunyi tetapi anda tidak sedar bahawa ia boleh membawa kepada peningkatan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung dan juga kerosakan gigi.

Untuk mengelakkan masalah ini, gunakan tomato segar untuk membuat sos sendiri atau beralih kepada sos tomato tanpa gula atau garam tambahan dan tambah rempah anda sendiri. Atau sekurang-kurangnya pilihlah jenama yang kurang gula dan natrium.

 

makanan yang bahaya

  1. SODA

Minuman berkarbonat atau soda adalah salah satu daripada musuh terburuk anda. Ia boleh merosakkan segala-galanya bermula daripada kulit anda, paras gula dalam darah hingga kepada hormon dan mood anda.

Jangan terpedaya dengan label dan taktik pemasaran yang mengatakan ia bagus untuk anda atau mengandungi nutrien atau vitamin.

Semua itu hanyalah sekumpulan gula, pewarna makanan dan pengawet. Dan versi bebas gula tidak juga lebih baik kerana ia dibungkus dengan pemanis tiruan yang berbahaya.

Belilah pengisar atau pembuat jus dan hasilkan jus segar anda sendiri.

 

makanan yang bahaya

  1. GULA

Jika anda suka makan yang manis, terdapat banyak cara yang lebih sihat untuk memuaskan keinginan anda itu. Gula membuatkan anda ketagihan dan selain meningkatkan paras glukosa anda dan mencipta lemak, ia boleh menyebabkan penyakit jantung.

Elakkan gula sebanyak mungkin untuk mengurangkan risiko kencing manis, kanser, obesiti, penyakit jantung, dan banyak lagi penyakit merbahaya lain.

Makanlah semangkuk buah atau tambah madu asli dalam resipi anda berbanding gula.

 

makanan yang bahaya

 

  1. DAGING DELI

Makanan seperti salami, ham, bologna dan lain-lain penuh dengan nitrat, natrium, bahan pengawet dan aditif.

Semua bahan ini boleh meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung, kencing manis dan juga masalah tingkah laku dan kesulitan pembelajaran pada kanak-kanak.

Untuk mengurangkan kesan negatif ini, pilih daging deli dari pasar segar dan bukannya dari pasaraya. Atau lebih baik, belajarlah untuk mengelakkannya terus.

Baca Produk Melebatkan Rambut

makanan yang bahaya

  1. MINYAK SAYURAN

Minyak sayuran adalah sebahagian daripada bahan masakan yang penting dalam menu harian di Malaysia.

Tetapi ada beberapa jenis minyak ini adalah GMO dan kita tidak tahu apakah kesan jangka panjang produk-produk ini. Tambahan pula, minyak sayuran mengandungi lemak-trans berbahaya yang boleh mencetuskan penyakit kardiovaskular, obesiti, kanser dan penyakit Alzheimer.

Periksa label dan jika ada tertera perkataan “refined”, elakkan daripada membelinya kerana ia mengandungi radikal bebas yang akan menggalakkan pertumbuhan sel kanser, mempercepat penuaan dan menyebabkan segala masalah kesihatan.

Pilihlah alternatif yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.

 

makanan yang bahaya

  1. MARJERIN

Sekali lagi, taktik pemasaran harus dipersalahkan mengenai marjerin.

Ia tidak sihat!

Ia adalah salah satu jenis makanan yang bahaya yang sangat tidak sihat untuk dimakan. Jadi elakkan terus!

Marjerin adalah seperti versi mentega yang sangat teruk yang dibuat dengan minyak sayuran terhidrogenasi dan ia sangat tidak semulajadi.

Ia adalah kimia tulen. Jadi, apakah yang buruk tentangnya?

Ia adalah lemak trans yang boleh merosakkan jantung, saluran darah dan meningkatkan paras kolesterol anda.

Beralihlah kepada mentega untuk alternatif yang lebih sihat. Alternatif lain yang sihat adalah minyak zaitun dan minyak avocado. Tolonglah elakkan marjerin!

Baca Suplemen untuk kolesterol

 

makanan yang bahaya

  1. HOT DOG

Hot dog atau sosej dan daging salai dan masin mengandungi banyak bahan pengawet yang tidak baik untuk kesihatan anda. Sekiranya anda tidak yakin, anda harus tahu bahawa hot dog sangat tinggi natrium dan toksin yang meningkatkan risiko kanser.

 

makanan yang bahaya

  1. KEREPEK KENTANG

Semua makanan bergoreng mengandungi bahan berbahaya yang dikenali sebagai acrylamide. Kerepek kentang juga tidak terkecuali. Acrylamide meningkatkan risiko kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan kanser rektum.

Jadi elakkan kerepek kentang atau buat versi yang lebih sihat di rumah. Letakkan sedikit minyak zaitun pada kentang yang dihiris, taburi dengan garam garam dan bakar dalam oven anda. Ia pasti lebih sedap dan berkhasiat.

 

makanan yang bahaya

  1. SALAD DRESSING DALAM BOTOL

Salad dressing dalam botol penuh dengan gula, pewarna tiruan dan sirap jagung tinggi fruktosa. Tinggalkan salad dressing dalam botol tu dan gunakan jus lemon, cuka sari apel atau cuka balsamic bersama minyak zaitun untuk melazatkan salad yang sihat.

Ada juga salad dressing yang baik di pasaran. Sila baca label dengan teliti sebelum membeli.

 

makanan yang bahaya

  1. PEMANIS TIRUAN

Ia tidak lebih baik daripada gula. Malah ia selalunya lebih teruk. Pemanis tiruan seperti aspartam, neotame, potassium acesulfame dan lain-lain mungkin mengandungi kalori yang lebih sedikit, tetapi mereka masih boleh meningkatkan risiko kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sindrom metabolik.

Anda mungkin tidak perasan tetapi banyak chewing gum bebas gula sebenarnya mengandungi aspartam yang dianggap sebagai zat paling berbahaya di dunia.

Gula mempunyai alternatif yang lebih sihat seperti madu asli dan sirap maple.

 

makanan yang bahaya

  1. ALKOHOL

Maaf jika anda tidak bersetuju. Tetapi hakikatnya alkohol tidak mempunyai manfaat kesihatan. Ia sangat tinggi kalori; boleh menyebabkan dehidrasi, kerosakan hati, penambahan berat badan, kemurungan dan masalah kulit.

Itu belum lagi kesan akibat ketagihan alkohol. Jadi, jika anda ingin merosakkan semua sistem anda dari otak hingga ke hati hingga ke kulit, anda boleh percaya kepada taktik pemasaran dan minum minuman beralkohol setiap hari.

Jika tidak, elakkannya.

 

makanan yang bahaya

  1. ROTI PUTIH, TEPUNG REFINED

Bijirin adalah menyihatkan, kan? Jadi roti mestilah menyihatkan juga?

Tetapi tidak jika roti putih itu dibuat daripada tepung refined. Tepung putih refined ini telah dinyahkan semua serat pemakanan, mineral, dan vitamin, dan semua yang anda dapatkan adalah sisa bijirin bercampur dengan bahan kimia. Proses ini adalah bagi mendapatkan warna tepung putih yang cantik.

Tetapi disebalik kecantikan itu terdapat risiko obesiti, kerosakan tiroid dan kerosakan organ.

Jadi, gunakanlah tepung gandum penuh (whole grain)

 

makanan yang bahaya

  1. SUSU DAN PRODUK TENUSU

Adakah anda terkejut kenapa susu tersenarai dalam 20 jenis makanan yang bahaya yang boleh membunuh secara perlahan?

Ya, susu adalah makanan pertama yang kita makan ketika kita tiba ke dunia ini. Tetapi susu ibu jauh berbeza daripada susu lembu. Di samping itu, bagi sesetengah individu, semakin kita berumur, kita mendapat intoleransi (alahan) laktosa.

Produk tenusu dikaitkan dengan penyerapan nutrien yang rendah, migrain, arthritis, kanser, alahan, dan asma. Jadi sekali lagi, jangan lupa tentang taktik pemasaran yang bijak. Beralih kepada santan segar atau susu badam. Rasanya lebih sedap dan ia tidak akan membunuh anda secara perlahan seperti susu lembu.

 

makanan yang bahaya

  1. DAGING BARBEKU

Bau barbeku mungkin sangat menggoda selera. Tetapi bahan kimia yang memasuki daging semasa proses membakar dikaitkan dengan risiko kanser pankreas dan kanser payudara. Sekiranya anda tidak dapat melawan keinginan untuk makan daging barbeku, cubalah untuk menghadkan pengambilan daging barbeku dan pertimbangkan untuk menambah rosemary kepada hamburger anda untuk mengurangkan jumlah karsinogennya.

 

makanan yang bahaya

  1. ENERGY BAR

Ia kelihatan seperti sesuatu yang membantu tetapi malangnya ia adalah salah satu daripada 20 jenis makanan yang bahaya yang mampu membunuh secara perlahan.

Energy bar mungkin diperlukan untuk atlet yang memerlukan tenaga segera. Tetapi jika anda bukan seorang atlet, elakkanlah daripada mengambil energy bar yang ibarat bom kalori yang lazat ini.

Energy bar mengandungi gula yang tinggi, sirap jagung fruktosa, bahan pengawet dan boleh mengandungi trans-lemak.

Jadi ini pada dasarnya adalah gula-gula yang penuh dengan kalori, gula dan bahan tiruan. Dalam erti kata lain, ia ibarat adalah bom jangka yang sedang berdetik dan menunggu masa untuk membunuh anda.

 

makanan yang bahaya

  1. MAKANAN SEGERA

Ini pastilah ada dalam senarai 20 jenis makanan yang bahaya.

Ia mudah didapati dan cepat terutamanya golongan yang sentiasa sibuk dan tidak sempat untuk menyediakan hidangan makanan sendiri.

Tetapi, malangnya makanan segera ini secara perlahan-lahan membunuh anda: lemak trans, gula, garam, bahan pengawet, aditif, pewarna dan bahan kimia lain yang meningkatkan rupa dan rasa makanan ini sangatlah merbahaya.

Makanan segera boleh membawa risiko diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser, gangguan mood, penambahan berat badan dan gangguan metabolik.

Jadi cubalah untuk elakkan atau hadkan pengambilan makanan segera jika anda sayangkan kesihatan.

 

makanan yang bahaya

  1. GANDUM

Gandum mengandungi karbohidrat yang boleh secara tiba-tiba meningkatkan kadar gula dalam darah. Ini akan mencetuskan penghasilan insulin yang tinggi dan penambahan berat badan.

Lama kelamaan, pankreas anda terpaksa bekerja berlebihan dan anda akan menjadi tahan insulin (insulin resistant), dan kemudiannya anda boleh mendapat diabetes.

Paras gula dalam darah yang tinggi mencetuskan penghasilan sebatian yang mempercepatkan proses penuaan dan membuatkan kulit anda berkedut.

Anda akan lebih cepat tua dan mudah terdedah kepada diabetes.

 

makanan yang bahaya

  1. BIJIRIN SARAPAN

Sekali lagi, kita terpaksa menyalahkannya taktik pemasaran. Bijirin sarapan kelihatan tidak berbahaya kerana itulah yang digambarkan pada labelnya. Tetapi, ia sebenarnya mengandungi gula, pewarna tiruan, pengawet, produk GMO, dan bijirin ini biasanya sudah kehilangan nutrien yang ada sebelum diproses.

Sebagai alternatif, ambil oat dengan sedikit buah segar atau kering. Rasanya juga sedap dan ia benar-benar berkhasiat untuk anda.

 

makanan yang bahaya

  1. JUS BUAH KOMERSIAL

Jangan percayakan label yang mengatakan 100% jus buah. Kebanyakannya, jus buah komersial mengandungi gula tambahan, pewarna, pengawet dan ia boleh kehilangan nutrien semasa proses pempastueran.

Lebih baik buat jus buah anda sendiri di rumah tetapi jangan pula dicampur gula yer. Jika tidak, ia hampir sama buruk dengan jus buah komersial yang anda cuba elakkan.

 

makanan yang bahaya

  1. GARAM

Garam memainkan peranan besar dalam mengawal tekanan darah kita. Jika anda makan terlalu banyak garam, anda akan mengalami tekanan darah tinggi dan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular, yang merupakan antara punca utama kematian di dunia.

Anda tidak perlulah membuang terus garam daripada menu masakan anda kerana anda masih memerlukannya. Hanya hadkan jumlahnya dan berhati-hati dengan tahap natrium dalam makanan yang diproses.

3.75 gram sodium sehari adalah jumlah yang mencukupi dan selamat. Jika lebih daripada 6 gram, ia bakal menimbulkan risiko kesihatan yang serius.

 

KESIMPULAN

Senarai 20 jenis makanan yang membunuh secara perlahan di atas disusun tidak mengikut tahap risiko mereka.

Kesimpulannya pengambilan gabungan 20 jenis makanan yang bahaya yang boleh membunuh secara perlahan ini boleh meletakkan anda pada risiko yang lebih tinggi.

Jadi, bersederhanalah dalam segalanya. Cuba sebaiknya untuk amalkan gaya hidup & diet yang sihat.

Anda ada banyak pilihan selain daripada 20 jenis makanan yang bahaya  seperti di atas.

 

Catatan,

Oh!Cantikdotcom

 

Komen Facebook:
20 Jenis Makanan Yang Bahaya & Membunuh Secara Perlahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!