Adakah anda sedang mengalami masalah rambut gugur yang kronik hingga terlintas di fikiran untuk tanam rambut bagi mengatasinya? Adakah anda maklum tentang hukum tanam rambut mengikut pandangan Islam?

Ye lah kan.. rambut gugur… kepala semakin botak.. dah cuba macam-macam rawatan tapi masih kecewa, dah ribuan ringgit dibelanjakan tapi semuanya seperti sia-sia.

Kalau ada pun yang mampu buatkan rambut tumbuh semula tapi ia hanya bersifat sementara. Episod keguguran rambut kronik terus berulang.

Ada banyak faktor yang menjadi punca rambut gugur.

Antaranya termasuklah:

  • Tekanan / stress
  • Faktor persekitaran / virus
  • Penyakit (thyroid / alahan / vitiligo dan lain-lain)
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia
  • Keturunan / genetik
  • Kekurangan nutrisi

 

Punca anda gagal mengatasi masalah keguguran rambut pula adalah:

  • Menggunakan produk / kaedah yang tidak sesuai
  • Tidak mendapatkan nasihat daripada orang yang betul
  • Terlalu fokus kepada rawatan luaran
  • Mengamalkan diet yang tidak sihat
  • Gagal mengawal stress
  • Mengharapkan kesan segera daripada rawatan yang diambil
  • Tidak konsisten menjalani rawatan
  • Cepat putus asa

 

Oleh kerana mahukan kesan segera, ada yang memilih untuk kaedah menanam rambut bagi mengatasi masalah rambut gugur atau kebotakan mereka. Tetapi, adalah lebih baik jika anda ambil tahu tentang hukum tanam rambut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan ini.

hukum tanam rambut

 

HUKUM TANAM RAMBUT MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Masalah rambut gugur dan kebotakan adalah masalah yang sering berlaku kepada golongan lelaki berbanding wanita.

Ada banyak kaedah dan rawatan yang boleh diambil untuk melebatkan rambut mengatasi masalah kebotakan ini. Salah satu daripada yang mampu memberikan kesan paling pantas ialah dengan menanam rambut.

Tetapi, apakah hukum tanam rambut mengikut Islam?

Faktor ini mungkin tidak perlu dirisaukan oleh individu yang bukan beragama Islam. Tetapi bagi mereka yang beragama Islam, anda perlu tahu tentang hukum terhadap rawatan ini.

 

hukum tanam rambut

 

Ijtihad Ulama’ dunia terutamanya daripada timur tengah dan yang berasal daripada sana memberikan 2 ijtihad iaitu:

PENDAPAT PERTAMA: MENGHARAMKAN PENANAMAN RAMBUT

Diantara ulama yang mengeluarkan fatwa ini adalah Syeikh Abdur Rahman Abdul Khaliq dan Dr Yusuf al-Ahmad.

Dalil Pengharaman:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَعَنَ اللَّهُ الوَاصِلَةَ وَالمُسْتَوْصِلَةَ

“Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya…”(HR. Bukhari 5933)

 

PENDAPAT KEDUA: MENGHARUSKAN PENANAMAN RAMBUT DIBUAT

Ini adalah pendapat kebanyakan ulama masa kini yang terdiri Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qarahdagi ketua Jabatan Fekah dan Usul  Fekah Universiti Qatar, Dr Muhammad Uthman Syaibir, Dr Muhammad as-Syed Dusuqi di www.islamiconline.net , Dr Muhammad as-Sartawi, Dr Muhammad al-Hajji al-Kurdi www.islamic-fatwa.net dan ulama-ulama yang lain.

Dalil Mengharuskan:

Menanam rambut tidak termasuk daripada perkara menyambung rambut yang diharamkan.

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan,

والظاهر أن المحرم إنما هو وصل الشعر بالشعر لما فيه من التدليس واستعمال المختلف في نجاسته وغير ذلك لا يحرم لعدم هذه المعاني فيها وحصول المصلحة من تحسين المرأة لزوجها من غير مضرة والله أعلم

“Pendapat yang kuat bahwa Yang diharamkan ialah menyambung rambut dengan rambut, karena terdapat tadlis (penipuan) dan menggunakan sesuatu yang masih diperdebatkan kenajisannya. Adapun selain itu, maka tidak diharamkan, karena tidak mengandung makna ini (tadlis dan najis), juga adanya maslahah untuk mempercantik diri kepada suami dengan tidak mendatangkan madharat/bahaya. Wallahu a’lam” [ Al-Mughni, 1/107, Darul Fikr, Beirut, 1403 H, syamilah]

Menanam rambut tidak termasuk mengubah ciptaan Allah.

Sebagaimana diketahui bahawa kita dilarang untuk mengubah ciptaan Allah dalam batas-batas yang sudah ditetapkan oleh syariat seperti pembedahan pertukaran jantina / kelamin yang dilarang dalam Islam. Rawatan menanam rambut (menanam rambut sendiri) bukanlah mengubah ciptaan Allah akan tetapi ia termasuk penyembuhan yang  mengembalikan ciptaan Allah dalam bentuk yang sebagaimana Allah ciptakan.

Terkait dengan hal ini berikut fatwa syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah tentang rawatan menanam rambut

Pertanyaan:

تتم زراعة شعر المصاب بالصلع ، وذلك بأخذ شعر من خلف الرأس وزرعه في المكان المصاب ، فهل يجوز ذلك ؟

Terdapat terapi penanaman rambut dengan sempurna terhadap seseorang yang mengalami kebotakan iaitu dengan cara mengambil rambut dari bagian belakang kepala dan menanamkannya pada bagian kepala yang botak, apakah hal itu dibolehkan? 

Jawapan:

نعم يجوز ؛ لأن هذا من باب ردّ ما خلق الله عز وجل ، ومن باب إزالة العيب ، وليس هو من باب التجميل أو الزيادة على ما خلق الله عز وجل ، فلا يكون من باب تغيير خلق الله ، بل هو من رد ما نقص وإزالة العيب ، ولا يخفى ما في قصة الثلاثة النفر الذي كان أحدهم أقرع وأخبر أنه يحب أن يرد الله عز وجل عليه شعره فمسحه الملك فردَّ الله عليه شعره فأعطي شعراً حسناً .

Ya, hukumnya BOLEH, kerana termasuk bab mengembalikan sesuatu yang telah diciptakan Allah dan juga termasuk menghilangkan aib, dan tidak termasuk mempercantikkan  diri dan juga bukan menambah sesuatu yang telah diciptakan Allah ‘Azza wa Jalla, sehingga hal itu tidak termasuk merubah ciptaan Allah melainkan mengembalikan sesuatu yang kurang serta menghilangkan aib. Terdapat dalam sebuah kisah mengenai 3 orang manusia, di mana salah seorang dari mereka kepalanya botak dan dia menuturkan bahawa dia merasa senang; jika Allah ‘Azza wa Jalla mengembalikan rambutnya, kemudian malaikat mengusapnya, sehingga Allah mengembalikan rambutnya dan ia diberi rambut yang bagus. – [ Fatawa Ulama Baladil Haram hal. 1185]

 

Hadis yang dimaksudkan adalah kisah 3 orang yang botak, sopak dan buta yang dikembalikan kesihatan mereka semula, berikut potongan hadisnya:

إن ثلاثة في بني إسرائيل أبرص وأقرع وأعمى ، فأراد الله أن يبتليهم ، فبعث ملكا … ، فأتى الأقرع فقال : أي شيء أحب إليك؟ قال : شعر حسن ، ويذهب عني هذا الذي قذرني الناس ، قال : فمسحه ، فذهب عنه قال : وأعطي شعرا حسنا.

 

Maksudnya: “Sesungguhnya 3 orang dikalangan bani Israel yang tediri dari sisopak, sibotak dan sibuta. Allah hendak menguji mereka. Lalu Dia mengutuskan satu malaikat …. (diringkaskan) … Malaikat tadi bertanya “Apa yang paling engkau sukai?” Sibotak menjawab “Rambut yang cantik dan hilang botak yang menyebabkan manusia memandang jijik kepada ku.” Lalu malaikat menyapu kepalanya, lalu hilang botak pada kepalanya dan diberikan rambut yang cantik…”(Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

 

Sesungguhnya menanam rambut adalah satu cara untuk mengubat botak. Botak adalah perkara yang mengaibkan. Berubat adalah perkara yang dituntut oleh Syara’ seperti hadis berikut:

عباد الله تداووا فإن الله لم يضع داء إلا وضع له شفاء غير داء واحد، قالوا وما هو يا رسول الله ،قال الهرم

 

Maksudnya: “Hai hamba Allah berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit melainkan Allah meletak bersamanya penawar melainkan satu penyakit . Para sahabat bertanya “Apa dia hai Rasulullah?” Baginda menjawab “Tua” (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Bukhari di adabul mufrad)

 

Hadis bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, merawat rambut :

Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يُكْثِرُ دُهْنَ رَأْسِهِ وَتَسْرِيْحَ لِحْيَتِهِ وَيُكْثِرُ الْقَنَاعَ حَتَّى كَأَنَّ ثَوْبَهُ ثَوْبُ زَيَّاتٍ

Rasulullah sering meminyaki rambutnya dan menyisir janggutnya dan sering memakai tutup kepala, hingga bajunya seperti baju penjual minyak“. [HR Baihaqi dan Syarhu As Sunnah, no. 3.164]

 

KEPUTUSAN FATWA TERHADAP HUKUM TANAM RAMBUT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 – 22 April 2011 telah membincangkan Hukum Menanam Rambut Di Kepala.

Muzakarah telah memutuskan berkenaan hukum tanam rambut seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.

 

hukum tanam rambut

 

Fatwa Musabaqah Islamiah juga mengharuskan penanaman rambut dengan teksnya :

لا مانع شرعاً من زراعة الشعر لمن احتاج لذلك بسبب الصلع العادي أو المرض، ولا مانع كذلك من علاجه بالأدوية الطاهرة المباحة ما لم يترتب عليها ضرر يلحقه بسببها،

“Tidak ada Larangan dalam syariat terapi menanam rambut bagi mereka yang memerlukan, baik disebabkan kerana bawaan atau penyakit. Tidak ada larangan juga menggunakan ubat-ubatan selagi tidak ada bahaya setelahnya.”

 

Bagaimanapun Musabaqah Islamiyah turut berfatwa bahawa rambut yang ditanam tetap adalah rambut buatan sehingga tidak terkira dalam ibadah, sebagai contoh dalam perkara mencukur rambut ketika Haji adalah tidak dituntut memendekkan rambut yang ditanam.

Teksnya adalah seperti berikut:

أما في الحج فإن المرء لا يطالب بحلق ولا تقصير ذلك الشعر الاصطناعي وإنما عليه أن يحلق أو يقصر ما على رأسه من الشعر الطبيعي فقط.

“Adapun dalam haji, maka sesorang tidak dituntut untuk mencukur habis atau memendekkannya. Kerana rambut tersebut adalah rambut buatan. Yang dicukur habis dan yang dipendekkan adalah rambut asli saja.”

Credit: http://drzidihairtransplant.blogspot.my/2015/08/fatwa-majlis-kebangsaan-malaysia-dan.html

 

Saya harap anda sudah jelas tentang hukum tanam rambut ini. Jika tidak, rujuklah mereka yang lebih arif bagi mendapatkan kepastian.

 

RAWATAN ALTERNATIF

Selain daripada menanam rambut, anda juga sebenarnya ada pilihan lain untuk melebatkan semula rambut iaitu dengan cara mengambil produk melebatkan rambut yang betul.

 

hukum tanam rambut

 

Komen Facebook:
Hukum Tanam Rambut Mengikut Pandangan Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!