Masalah rambut gugur? Hampir semua orang alami masalah ni kan? Cuma bezanya samada masalah tu adalah keguguran rambut normal ataupun yang kronik. Ada bermacam cara melebatkan rambut yang boleh diamalkan seperti petua, tips kesihatan rambut, rawatan, syampu, tonik dan sebagainya.

Anda dah buat macam-macam cara melebatkan rambut tapi masih mengecewakan?

Kerana rambut juga perlukan ‘makanan’ yang betul.

Sel perlukan protein untuk sihat, tanpa pengambilan sumber protein yang baik & cukup setiap hari, sel-sel kita akan mudah rosak & sakit. Disinilah bermulanya juga segala jenis masalah kesihatan. Kerana sel adalah asas binaan tubuh manusia.

 

cara lebatkan rambut

 

‘MAKANAN’ UNTUK RAMBUT

Ya, makanan dalam konteks ni bukanlah merujuk kepada nasi yang kita makan hari-hari tetapi ia adalah nutrien penting yang diperlukan oleh rambut untuk tumbuh subur dan sihat.

Seperti kita yang perlu makan setiap hari untuk kekal bertenaga, begitulah juga dengan rambut. Kekurangan nutrien penting yang diperlukan oleh rambut boleh menjadi punca utama keguguran rambut, rambut menjadi rapuh, tidak bermaya dan rosak.

Punca rambut gugur:

  • Tekanan
  • Genetik (keturunan)
  • Faktor persekitaran (pencemaran)
  • Kekurangan nutrisi (vitamin)
  • Penjagaan kulit kepala yang tidak betul
  • Penggunaan produk mengandungi bahan kimia secara berlebihan / berpanjangan
  • Penyakit & alahan
  • Pengambilan ubat-ubatan

 

PENGAMBILAN SUPLEMEN SEBAGAI CARA MELEBATKAN RAMBUT

Keguguran rambut boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin. Tetapi mujurlah kekurangan ni boleh diperbetulkan dengan menambahkan makanan yang kaya vitamin atau menambah suplemen ke dalam diet harian anda.

Sesetengah vitamin mempunyai sifat antioksidan yang mampu membantu melawan faktor-faktor keguguran rambut. Di bawah ni saya senaraikan 6 vitamin penting yang perlu diamalkan jika anda sedang mencari cara melebatkan rambut.

 

cara melebatkan rambut

 

  1. MINYAK IKAN (OMEGA 3)

Asid lemak Omega-3 mampu menyuburkan rambut, menyokong penebalan rambut dan mengurangkan keradangan yang boleh mengakibatkan keguguran rambut.

Oleh kerana itulah Omega 3 menjadi salah satu daripada 6 vitamin terpenting untuk pertumbuhan rambut.

Satu kajian 2015 yang diterbitkan dalam Journal of Cosmetic Dermatology menilai kesan pengambilan omega-3, omega-6 dan antioksidan terhadap keguguran rambut selama 6 bulan.

Kajian tersebut dijalankan secara rawak terhadap 120 subjek wanita yang sihat dengan wanita yang mempunyai masalah keguguran rambut.

Diakhir kajian, perubahan ketumpatan rambut yang dinilai pada foto yang diseragamkan termasuk perubahan dalam peratusan folikel rambut yang aktif dan pengedaran diameter pertumbuhan rambut telah diambil kira.

Selepas 6 bulan, penilaian gambar membuktikan peningkatan ketara terhadap subjek yang diberikan suplemen tersebut.

Pertumbuhan rambut meningkat berbanding kumpulan kawalan dan 89.9% daripada peserta melaporkan pengurangan keguguran rambut serta peningkatan dalam diameter rambut (86%) dan kepadatan rambut (87%).

 

cara melebatkan rambut

 

  1. ZINK

Sebatian zink oral telah digunakan selama beberapa dekad untuk mengubati gangguan seperti telogen effluvium dan alopecia areata (botak bertompok) kerana zink sangat memberi manfaat kesihatan kepada folikel rambut.

Zink adalah faktor utama yang penting untuk pelbagai enzim dan terlibat dengan aktiviti serta fungsi penting folikel rambut.

Zink juga merupakan perencat penyusutan folikel rambut dan ia mempercepatkan pemulihan folikel rambut.

Kajian menunjukkan bahawa sesetengah pesakit alopecia areata (botak bertompok) mengalami kekurangan zink dan terapi zink sulfat bertindak sebagai rawatan yang berkesan.

Dalam kajian 2013, penyelidik menilai peranan status Zink dalam 4 jenis keguguran rambut, termasuk alopecia areata (botak bertompok), keguguran rambut pola lelaki, keguguran rambut wanita dan telogen effluvium.

Analisis setiap kumpulan menunjukkan bahawa semua subjek dalam kumpulan keguguran rambut mempunyai konsentrasi zink yang lebih rendah secara statistik, terutama kumpulan alopecia areata (botak bertompok).

Data ini membawa kepada hipotesis bahawa gangguan metabolisme zink memainkan peranan utama dalam keguguran rambut.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa suplemen zink perlu diberikan kepada pesakit alopecia areata (botak bertompok) yang mempunyai tahap zink serum yang rendah.

 

cara melebatkan rambut

 

  1. VITAMIN B-COMPLEX (BIOTIN & B5)

Biotin dan asid pantothenik (vitamin B5) telah digunakan sebagai rawatan alternatif untuk keguguran rambut.

Biotin memberi manfaat kepada rambut anda dengan membina semula rambut yang telah rosak. Vitamin B5 menyokong kelenjar adrenal yang membantu merangsang pertumbuhan rambut.

Vitamin B-Complex juga membantu menebalkan serat rambut dan meningkatkan daya tahan, memberikan keupayaan rambut yang lebih baik.

Tanda utama kekurangan biotin adalah keguguran rambut. Kekurangan ini boleh disebabkan oleh merokok, gangguan fungsi hati atau kehamilan.

 

cara melebatkan rambut

 

  1. VITAMIN C

Bukti eksperimen menunjukkan bahawa tekanan oksidatif memainkan peranan penting dalam proses penuaan. Oksigen reaktif atau radikal bebas adalah molekul yang sangat reaktif yang secara langsung dapat merosakkan membran struktur sel, lipid, protein dan DNA.

Pengeluaran radikal bebas akan meningkat dan jumlah enzim antioxidative yang mempertahankan badan pula akan menurun apabila umur bertambah. Ini membawa kepada kerosakan struktur sel dan penuaan rambut.

Sebagai antioksidan, vitamin C mampu melawan tekanan oksidatif yang menjadi punca kepada rambut beruban dan keguguran rambut.

 

cara melebatkan rambut

 

  1. ZAT BESI

Kajian telah mengkaji hubungan antara kekurangan zat besi dan keguguran rambut, dan ada yang menyatakan bahawa kekurangan zat besi mungkin berkaitan dengan alopecia areata (botak bertompok), alopecia androgenetik, telogen effluvium dan keguguran rambut yang menyeluruh.

Penyelidik di Universiti Sains Perubatan Tehran di Iran mengkaji hubungan antara status zat besi dalam badan besi dengan pelbagai jenis keguguran rambut.

Para penyelidik mendapati bahawa 9 pesakit (daripada kumpulan kajian) dengan anemia kekurangan zat besi; 8 daripadanya mengalami keguguran rambut telogen.

Tahap ferritin (protein dalam badan yang mengikat zat besi) secara statistiknya jauh lebih rendah pada pesakit yang mengalami keguguran rambut telogen berbanding subjek tanpa keguguran rambut.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami kekurangan zat besi mempunyai risiko keguguran rambut yang lebih tinggi.

Oleh kerana kekurangan zat besi boleh mengakibatkan keguguran rambut, pastikan anda mendapat jumlah yang disyorkan harian dengan memakan banyak makanan yang kaya dengan zat besi dan mengambil multivitamin harian.

Walau bagaimanapun, berhati-hatilah terhadap suplemen zat besi yang berlebihan. Ia boleh menyebabkan beban zat besi dan harus dielakkan.

Pesakit yang tidak bertindak balas terhadap terapi penggantian zat besi harus menjalani ujian tambahan untuk mengenal pasti punca kekurangan zat besi dan keguguran rambut.

 

cara melebatkan rambut

 

  1. VITAMIN D

Folikel rambut sangat sensitif terhadap hormon, dan vitamin D adalah hormon yang memainkan peranan penting dalam homeostasis kalsium, pengaturan imun dan pertumbuhan sel.

Dalam dunia saintifik, kekurangan vitamin D di kalangan individu yang mengalami alopecia areata (botak bertompok) adalah sesuatu yang biasa.

Penyelidikan menunjukkan bahawa tahap vitamin D yang tidak mencukupi dikaitkan dengan pelbagai penyakit autoimun, termasuk alopecia areata (botak bertompok).

Kajian terhadap 86 pesakit alopecia areata, 44 pesakit vitiligo dan 58 individu sihat telah dijalankan.

Tahap serum 25-hydroxyvitamin vitamin D pada pesakit dengan alopecia areata jauh lebih rendah daripada pesakit vitiligo dan individu yang sihat.

Pemeriksaan tahap vitamin D terhadap pesakit alopecia areata menyimpulkan bahawa penambahan suplemen Vitamin D adalah perlu bagi mereka.

 

PERSOALANNYA….

Anda rasa anda mampu dan yakin yang anda makan kesemua makanan-makanan yang kaya dengan vitamin & mineral seperti yang saya sebutkan di atas tadi?

Jika ya… bagaimana pula dengan sumber makanan tersebut? Adakah ia organik & 100% bebas daripada racun pertanian?

Jika ya… adakah makanan yang anda makan itu sudah melalui proses penyimpanan sejuk beku? Proses ini akan menurunkan kandungan nutrisi dalam makanan tersebut.

Jika ya… adakah anda memakannya secara mentah atau segar? Kerana proses memasak akan memusnahkan peratus kandungan nutrisi dalam makanan tersebut. Jadi, berapa kilo sayur yang anda perlu makan setiap hari untuk cover semula kehilangan nutrisi ni?

Hah! sangat mencabar kan?

Walau bagaimanapun, anda tetap wajib mengamalkan diet sihat dan seimbang setiap hari. Tidak boleh bertoleransi dalam bab ini kerana ia bukan saja sebagai cara melebatkan rambut, tetapi juga untuk kekalkan kesihatan badan yang baik.

Ada cara melebatkan rambut selain daripada mengambil suplemen? ADA!

 

cara melebatkan rambut

 

cara melebatkan rambut

 

cara melebatkan rambut

 

cara melebatkan rambut

 

cara melebatkan rambut

 

cara melebatkan rambut

 

Komen Facebook:
Cara Melebatkan Rambut Yang Berkesan & Selamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!