Kali ni saya nak kongsikan tips memilih krim muka yang betul.

Nama yang sama: Krim Pelembap Muka tapi bukan semua krim pelembap muka berikan manfaat yang sama atau lebih teruk lagi mungkin ada krim pelembap yang akan merengsakan kulit. Ini selalunya terjadi apabila produk tersebut mengandungi bahan kimia berlebihan.

 

tips memilih krim muka

APA YANG PERLU ANDA PERTIMBANGKAN SEMASA MEMILIH KRIM PELEMBAP MUKA?

PERLINDUNGAN MATAHARI – tak kira apa pun jenis kulit anda, anda wajib memilih krim pelembap muka yang mengandungi pelindung matahari sekurang-kurangnya SPF30. Ini juga disarankan oleh semua pakar dermatologi. Dapatkan krim pelembap muka yang bebas minyak dan bebas pewangi.

tips memilih krim muka

 

ANTIOKSIDAN – krim pelembap muka yang mengandungi antioksidan seperti teh hijau, chamomile, buah delima atau akar licorice akan membantu kulit anda menjadi lebih segar dan sihat. Antioksidan membantu untuk meneutralkan molekul radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel dan penuaan kulit.

 

tips memilih krim muka
Antioksidan berfungsi melawan serangan radikal bebas yang menjadi punca penuaan kulit

 

KULIT BERMINYAK ATAU BERJERAWAT – jika kulit anda jenis yang berminyak dan berjerawat, pastikan krim pelembap muka yang anda pilih adalah non-comedegenic yang tidak akan menyumbat liang pori.

KULIT KERING – pilih krim pelembap muka yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronic dan dimethicone yang boleh membantu menghidratkan kulit. Glycerin, propylene glycol, protein dan urea juga membantu melembapkan kulit. Lanolin, minyak mineral dan petrolatum mengunci lembapan kulit.

KULIT SENSITIF – gunakan krim pelembap muka yang hypoallergenic dan bebas pewangi. Secara umumnya, pilih krim pelembap muka yang mengandungi kurang daripada 10 bahan. Semakin sikit bahan yang digunakan, semakin rendah potensi interaksi krim pelembap muka tersebut dengan kulit yang sensitif.

 

tips memilih krim muka

 

KULIT GATAL – jika krim pelembap muka hypoallergenic tidak melegakan kulit yang gatal, cuba sapukan 1% krim pelembap steroid hydrocortisone selama tidak lebih daripada seminggu. Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah masih berlarutan kerana anda mungkin mengalami masalah kulit yang lebih serius.

EKZEMA – gunakan krim pelembap yang mengandungi petrolatum atau jeli pertroleum untuk melegakan rekahan kulit dan membuatkan kulit kekal lembap.

 

tips memilih krim muka

Harap maklum, tips memilih krim muka yang saya kongsikan di atas adalah panduan umum. Untuk pilihan yang lebih tepat, buatlah ujian keatas kulit anda bagi menentukan masalah sebenar kulit, jenis kulit dan apakah produk atau krim pelembap muka yang paling sesuai untuk anda.

PESANAN PENTING: dengan lambakan produk skincare di pasaran tak kiralah yang boleh dibeli terus di kaunter-kaunter produk di pasaraya ataupun stokis mahupun melalui online, anda wajar membuat kaji selidik awal bagi memastikan anda tidak hanya membeli semata-mata kerana testimoni atau harga yang murah.

Pastikan anda memilih produk skincare yang dihasilkan dengan ujian klinikal yang sahih, dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan sudah dipastikan tahap keselamatannya.

INGAT! Testimoni bukan penanda aras yang kuat dalam membuktikan tahap keberkesanan sesuatu produk melainkan testimoni tersebut adalah testimoni berasaskan ujian klinikal dan bukan sekadar testimoni selfie SEBELUM dan SELEPAS.

 

ANDA SEORANG YANG BIJAK!

Saya yakin, anda adalah seorang pengguna yang bijak dan mampu membuat pilihan yang tepat apabila membuat keputusan untuk membeli & menggunakan produk skincare selepas membaca tips memilih krim muka yang saya kongsikan tadi.

Jika anda tidak mahu berhadapan dengan risiko apabila menggunakan krim pelembap muka atau produk skincare, YOUTH Shaklee adalah satu-satunya pilihan paling tepat.

 

Baca lebih lanjut tentang YOUTH Skincare Shaklee

 

Komen Facebook:
Tips Memilih Krim Muka Yang Betul Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!