YOUTH Skincare adalah rangkaian produk kecantikan terbaik yang dibangunkan dengan kehebatan sains Shaklee oleh pakar kulit world class.

 

produk kecantikan terbaik

 

Chris Kyrou adalah Naib Presiden Penyelidikan & Pembangunan di Shaklee Corporation dan kini mengetuai pembangunan semua produk kecantikan Shaklee, termasuk rangkaian produk Penjagaan Kanak-Kanak.

Sebelum ini, Chris mengetuai program pembangunan penjagaan kulit di Penyelidikan & Pembangunan untuk syarikat utama Fortune 500 dan beliau mempunyai pengalaman dalam industri kecantikan selama lebih dari 20 tahun yang merumuskan dan memimpin pembangunan produk kecantikan, penjagaan kulit dan kosmetik.

Sejak 2 tahun yang lalu, Chris telah mengetuai Penyelidikan & Pembangunan dalam pembangunan YOUTH Skincare – produk kecantikan terbaik Shaklee.

produk kecantikan

Dengan 8 paten dan paten-pending, YOUTH Skincare merupakan satu kejayaan dalam sains penjagaan kulit. Janji Shaklee adalah anda bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan kulit secara dramatik dengan YOUTH, tetapi 100% dijamin dapat membuatkan kulit anda ke usia yang lebih muda.

 

APAKAH PERBEZAAN ANTARA YOUTH SKINCARE DENGAN PRODUK KECANTIKAN LAIN DI PASARAN?

Apabila anda melihat pengguna hari ini, terdapat trend yang semakin jelas di mana wanita dan lelaki mahukan produk kecantikan terbaik yang semulajadi. Cabaran untuk memenuhi keperluan pengguna adalah apabila terdapat banyak jenama di pasaran yang mengaku bersifat semulajadi, tetapi mereka tidak benar-benar memberikan produk yang benar-benar berfungsi dan pengguna berpuas hati.

Terdapat juga banyak syarikat yang memberikan keberkesanan produk yang sangat baik, tetapi mereka tidak semulajadi; malahan bergantung kepada banyak bahan kimia yang boleh diragui tahap keselamatannya.

Dengan YOUTH, Shaklee mempunyai produk yang telah dibuktikan secara klinikal memberikan keberkesanan yang luar biasa. Mungkin anda akan berkata yang produk lain juga mampu memberi manfaat yang sama seperti YOUTH.

Tetapi bezanya dengan YOUTH anda tidak perlu bergantung kepada bahan kimia yang berbahaya untuk mendapatkan keberkesanan yang sama malahan lebih dari itu.

produk kecantikan terbaik

 

HIGHLIGHTS TENTANG PRODUK KECANTIKAN TERBAIK – YOUTH SHAKLEE

YOUTH adalah tentang kehebatan sains. Salah satu aspek utama ialah ia dirumuskan untuk menangani punca utama penuaan. Kulit kita sentiasa diserang oleh beberapa faktor alam sekitar dan kerosakan akibat radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.

Oleh itu, kita memerlukan teknologi yang mampu melindungi kulit daripada serangan tersebut. Tetapi di samping itu, banyak sains anti-penuaan terkini berkisar di sekitar proses regeneratif kulit.

Apabila kita lihat lebih mendalam, kulit kita menghasilkan kolagen dan elastin; ini adalah protein dalam kulit yang menjaga kelembutan kulit, mengekalkan ketegangan dan mencegah kedutan daripada terbentuk.

Tetapi selepas usia 20 tahun, kulit mula kurang menghasilkan kolagen dan elastin tahun demi tahun yang akhirnya memberikan kesan dramatik pada kulit. 80% ketebalan kulit kita hilang akibat penuaan.

Aspek pertama untuk sains saintifik Shaklee ialah ia mensasarkan protein keremajaan utama dalam kulit. Ini baru ditemui dalam dunia penyelidikan anti-penuaan yang membantu isyarat sel untuk terus menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin.

 

produk kecantikan terbaik

 

Ekstrak Lotus Japonicus, ramuan botani utama di dalam YOUTH Complex adalah teknologi pertama di pasaran dari sudut pandangan yang mensasarkan protein utama tersebut.

Ia membantu memberi isyarat kepada sel agar terus menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin, dan itu adalah kunci pertama sains Youth Shaklee.

Satu lagi aspek kejayaan YOUTH adalah dari segi perlindungan. Orang-orang yang biasa dengan Vivix® tahu bahawa salah satu ramuan utamanya ialah anggur muscadine, yang berfungsi di peringkat sel dalam tubuh kita untuk membantu mengelakkan penuaan sel.

Oleh itu Shaklee menyesuaikan ekstrak anggur muscadine untuk kegunaannya dalam aplikasi penjagaan kulit. Ujian yang Shaklee jalankan menunjukkan bahawa ia juga berfungsi di dalam sel-sel kulit untuk melindungi sel-sel di peringkat DNA yang sangat kritikal kerana DNA adalah pusat kawalan sel.

Jika DNA anda rosak ia tidak berfungsi dengan betul, dan anda akan mula melihat tanda-tanda penuaan. Sekiranya anda boleh melindungi DNA daripada kerosakan daripada faktor persekitaran, itu adalah perlindungan terbaik yang boleh anda berikan kepada kulit anda, dan polifenol anggur muscadine di dalam YOUTH membantu tugas ini dalam sel-sel kulit.

 

YOUTH SHAKLEE DIFORMULASIKAN BERASASKAN ‘FREE OFF LIST’.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘FREE Off List’ dan kenapa ianya penting?

‘FREE Off List’ YOUTH merujuk kepada 1,500 senarai bahan kimia terlarang dan yang diragui keselamatannya yang tidak terdapat dalam rangkaian YOUTH Shaklee.

YOUTH Shaklee mampu memberikan manfaat sejati dan keberkesanan sejati tanpa bergantung kepada semua bahan kimia yang diragui ini sebenarnya merupakan satu kejayaan.

Sekiranya terdapat sebarang bahan yang membawa sebarang keraguan mengenai potensi keselamatan pada kulit, Shaklee akan terus neletakkannya dalam ‘FREE Off List’ ini. Shaklee akan mencari alternatif yang selamat kepada sebarang bahan kimia yang diragui dan sebaik-baiknya diperoleh dari alam semulajadi.

Sebagai contoh, terdapat beberapa bahan pengawet yang mempunyai profil keselamatan yang diragui. Oleh itu, ada beberapa bahan pengawet yang tersenarai dalam ‘FREE Off List’ yang tidak digunakan dalam YOUTH Shaklee.

Satu lagi contoh yang baik penggunaan ‘FREE Off List’ Shaklee ialah perlindungan matahari dalam krim pelembab Age Defense Mineral Moisturizer SPF50 YOUTH. Perlindungan matahari adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk kulit anda dari perspektif anti-penuaan dan kesihatan.

Terdapat banyak pelindung matahari yang diluluskan oleh FDA, tetapi terdapat juga banyak data yang mempersoalkan tahap keselamatannya. Oleh itu, Shaklee memilih alam semulajadi dan membangunkan pelembab SPF mineral dengan zink oksida. Zink oksida adalah bebas kimia, ia diperolehi secara semulajadi, berasaskan zink mineral, dan ia adalah salah satu pelindung matahari yang paling berkesan yang diluluskan oleh FDA.

Ini menjadikan YOUTH Skincare sebagai produk kecantikan terbaik dengan perlindungan matahari dari sumber semulajadi.

 

produk kecantikan terbaik

 

INDEKS USIA KULIT – MENGAPA IA PENTING DALAM PEMBANGUNAN YOUTH?

Indeks Usia Kulit dibangunkan secara klinikal oleh pakar kulit untuk menentukan usia kulit. Cara yang dilakukan ialah dengan cara merujuk kepada objektif data klinikal kulit di mana ia dapat meramalkan berapakah usia kulit anda yang sebenarnya.

Cara mereka membangunkan sistem ini ialah dengan mengkaji kulit wanita pelbagai peringkat umur. Mereka mengambil kira banyak kriteria kulit daripada wanita-wanita tersebut dan menjalankan analisa keatasnya. Data yang diperolehi akan dikaitkan kepada semua faktor yang memungkinkan terjadinya penuaan dan masalah kulit.

Berdasarkan semua penyelidikan saintifik tersebut, mereka dapat menghasilkan Indeks Usia Kulit, yang dapat melihat kulit anda secara menyeluruh, mengaitkan semua data objektif dari kulit dan memberitahu usia kulit anda.

 

produk kecantikan terbaik

 

Ia adalah satu kejayaan dalam bukti saintifik mengenai bagaimana anda secara objektif dapat mengukur usia kulit. Ia juga memberi kita satu cara untuk mengukur sama ada YOUTH Shaklee sebenarnya boleh menjadikan kulit anda kembali ke usia yang lebih muda.

Dalam ujian klinikal Shaklee, Indeks Usia Kulit wanita yang terlibat diambil sebelum mereka menggunakan rangkaian produk YOUTH Shaklee. Indeks Usia Kulit wanita-wanita ini kemudianya diambil semula pada akhir tempoh kajian.

Shaklee mendapat data yang sangat objektif yang mampu menjadi bukti disebalik kehebatan YOUTH.

Setiap wanita dalam kajian tersebut menunjukkan peningkatan dalam prestasi kulit mereka. Dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 daripada wanita itu sebenarnya berjaya membawa usia kulit mereka menjadi 1 dekad lebih muda.

Lihat TESTIMONI YOUTH SHAKLEE

 

produk kecantikan terbaik

 

KENAPA SEMUA ORANG PATUT TERUJA DENGAN YOUTH?

Shaklee memasuki pasaran kecantikan dengan  produk kecantikan terbaik dengan barisan produk baru menggantikan NutriWhite & Enfuselle. Shaklee sentiasa berasaskan sains, kehebatan sumber alam semulajadi, produk yang benar-benar berkesan – sesuatu yang amat menarik untuk menjadi sebahagian daripada jenama produk kecantikan dan penjagaan kulit yang baru yang akan menyampaikan apa yang Shaklee perjuangkan.

 

Baca lanjut tentang YOUTH Skincare.

Komen Facebook:
Produk Kecantikan Terbaik Disokong Kehebatan Sains

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!