Krim pelembab muka tak semuanya sama dan tak semua mampu memberikan efek yang sepatutnya kita dapat. Kalau tersilap memilih pelembab muka, ia akan jadi tak berbaloi dan duit hanya terbazir begitu saja. Jadi, saya kongsikan Tips Memilih Pelembab Muka & 5 Perkara yang Perlu Dielakkan.

‘Lebih’ tak selalunya baik apabila menyentuh tentang senarai bahan dalam krim wajah atau krim pelembab muka.

 

Untuk mendapatkan manfaat maksima kepada kulit, elakkan 5 perkara / bahan berikut:

PEWARNA & PEWANGI – tak kira samada anda mahu melembabkan kulit yang kering, kulit sensitif atau kulit normal, pakar mengesyorkan untuk mengelakkan bahan-bahan yang tidak perlu dan berpotensi merengsakan kulit seperti pewarna dan pewangi tambahan. Ejen anti-bakteria juga boleh memberikan kesan yang kasar kepada kulit dan menyingkirkan lembapan penting kulit.

BAHAN MESRA-TUBUH – apa yang baik untuk badan tak semestinya baik untuk kulit wajah. Elakkan krim pelembab muka yang mengandungi bahan seperti lanolin, minyak mineral, wax atau shea butter. Bahan-bahan ini akan menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.

 

tips memilih pelembab muka
Shea butter sering dijadikan sebagai bahan dalam banyak produk kecantikan terutamanya pelembab

 

TERLALU BANYAK ASID – elakkan asid alpha-hydroxy, asid glycolic, asid retinoc dan asid salycylic jika kulit wajah anda adalah jenis yang kering atau sensitif. Bahan-bahan ini akan menembusi lapisan kulit paling dalam dan mendatangkan pelbagai masalah kulit. Elakkan juga produk yang mengandungi alkohol.

BAHAN STEROID BERLEBIHAN (untuk kulit gatal) – hadkan penggunaan krim atau sapuan (ointment) steroid kepada hanya 1 atau 2 minggu sahaja (melainkan doktor menasihatkan anda untuk menggunakannya untuk tempoh yang lebih lama). Penggunaan berlebihan krim ini boleh menipiskan kulit dan membawa kepada masalah kulit yang lain.

UREA atau ASID LACTIC (untuk ekzema atau kulit bersisik / merekah) – elakkan krim pelembab muka yang mengandungi bahan ini. Ia akan memburukkan lagi kerengsaan kulit sedia ada.

 

INFINITE RESTORING CREME by FOREVER LIVING

Saya faham, dengan lambakan produk kecantikan di pasaran telah menjadikan ramai pengguna selalu tersilap pilih. Saya sendiri pernah melakukan kesilapan ini. Ini kerana pada waktu itu saya kurang ilmu dan tidak tahu cara @ tips memilih krim pelembab muka yang betul.

Dan saya juga tidak tahu tentang kewujudan produk-produk kecantikan & krim pelembab muka yang semulajadi dan selamat seperti Infinite Restoring Creme by Forever ini.

INFINITE RESTORING CRÈME

Dengan lebih daripada 15 bahan perapi kulit, Infinite Restoring Crème menyerap dengan cepat untuk membuatkan kulit lebih lembab dan licin. Krim yang mengagumkan ini menggabungkan sains dan aloe vera dengan antioksida botani yang kuat termasuklah acai berry, delima dan vitamin B3 yang membantu memulihkan tona dan tekstur kulit.

Bahan-bahan seperti squalane, ester jojoba, glikolipid dan lilin lebah (beeswax) memiliki sifat pelembab yang penting dan membantu krim ini menjadi lebih mudah diserap. Campuran minyak pati (essential oils) anti-penuaan seperti lavender, petitgrain, basil, kayu putih, eucalyptus dan kulit limau & oren yang menyokong aloe vera untuk menambah dan menyegarkan kulit kering.

Untuk menghebatkan lagi kuasa pelembab Infinite Restoring Crème ini, Forever Living telah menambah latest chemistry untuk memberikan struktur gula baru yang meningkatkan halangan dan pengekalan lembapan pada kulit.

Sebagai langkah terakhir yang sangat penting dalam rutin Infinite by Forever ™, Infinite Restoring Crème mengunci semua khasiat daripada bahan-bahan hebat dalam rangkaian produk ini sehingga anda mampu memperlahankan penuaan kulit wajah anda.

Gunakan setiap hari untuk menguatkan penghalang semulajadi kulit, mengatasi kulit kering dan mengurangkan penuaan.

Baca juga: Produk Skincare Yang Tiada Bahan Kimia

 

JANGAN SALAH PILIH LAGI YE..

Jadi, dengan perkongsian ringkas daripada saya tentang Tips Memilih Pelembab Muka yang betul dalam artikel ini, saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat pilihan yang berbaloi.

Pastikan duit yang anda keluarkan untuk membeli produk kecantikan anda itu berbaloi dan anda mendapat manfaat yang sepatutnya tanpa perlu merisikokan keselamatan kulit anda.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Tips Memilih Pelembab Muka ini.

 

tips memilih pelembab muka

 

Komen Facebook:
Tips Memilih Pelembab Muka: 5 Perkara Perlu Dielakkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!