Krim pelembab muka tak semuanya sama dan tak semua mampu memberikan efek yang sepatutnya kita dapat. Kalau tersilap cara memilih krim wajah, ia akan jadi tak berbaloi dan duit hanya terbazir begitu saja.

‘Lebih’ tak selalunya baik apabila menyentuh tentang senarai bahan dalam krim wajah atau krim pelembab muka.

cara memilih krim wajah

Untuk mendapatkan manfaat maksima kepada kulit, elakkan 5 perkara / bahan berikut:

PEWARNA & PEWANGI – tak kira samada anda mahu melembabkan kulit yang kering, kulit sensitif atau kulit normal, pakar mengesyorkan untuk mengelakkan bahan-bahan yang tidak perlu dan berpotensi merengsakan kulit seperti pewarna dan pewangi tambahan. Ejen anti-bakteria juga boleh memberikan kesan yang kasar kepada kulit dan menyingkirkan lembapan penting kulit.

BAHAN MESRA-TUBUH – apa yang baik untuk badan tak semestinya baik untuk kulit wajah. Elakkan krim pelembab muka yang mengandungi bahan seperti lanolin, minyak mineral, wax atau shea butter. Bahan-bahan ini akan menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.

 

cara memilih krim wajah
Shea butter sering dijadikan sebagai bahan dalam banyak produk kecantikan terutamanya pelembab

 

TERLALU BANYAK ASID – elakkan asid alpha-hydroxy, asid glycolic, asid retinoc dan asid salycylic jika kulit wajah anda adalah jenis yang kering atau sensitif. Bahan-bahan ini akan menembusi lapisan kulit paling dalam dan mendatangkan pelbagai masalah kulit. Elakkan juga produk yang mengandungi alkohol.

BAHAN STEROID BERLEBIHAN (untuk kulit gatal) – hadkan penggunaan krim atau sapuan (ointment) steroid kepada hanya 1 atau 2 minggu sahaja (melainkan doktor menasihatkan anda untuk menggunakannya untuk tempoh yang lebih lama). Penggunaan berlebihan krim ini boleh menipiskan kulit dan membawa kepada masalah kulit yang lain.

UREA atau ASID LACTIC (untuk ekzema atau kulit bersisik / merekah) – elakkan krim pelembab muka yang mengandungi bahan ini. Ia akan memburukkan lagi kerengsaan kulit sedia ada.

 

cara memilih krim wajah
Ini adalah antara bahan kimia yang biasa digunakan dalam produk skincare – elakkan daripada membeli produk yang mengandungi bahan-bahan ini

 

Saya faham, dengan lambakan produk kecantikan di pasaran telah menjadikan ramai pengguna selalu tersilap pilih. Saya sendiri pernah melakukan kesilapan ini. Ini kerana pada waktu itu saya kurang ilmu dan tidak tahu cara memilih krim wajah yang betul.

Dan saya juga tidak tahu tentang kewujudan produk-produk kecantikan & krim pelembab muka yang semulajadi dan selamat seperti INI (KLIK DISINI UNTUK SESUATU YANG MENARIK)

Jadi, dengan perkongsian ringkas daripada saya dalam artikel ini saya harap sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam cara memilih krim wajah yang betul.

Pastikan duit yang anda keluarkan untuk membeli produk kecantikan anda itu berbaloi dan anda mendapat manfaat yang sepatutnya tanpa perlu merisikokan keselamatan kulit anda.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

 

Komen Facebook:
Cara Memilih Krim Wajah: 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *