Paras gula dalam darah yang tinggi menjejaskan diri anda lebih dari apa yang anda sedari. Ya, dan paras gula dalam darah yang tidak terkawal juga adalah punca utama kenapa luka kencing manis lambat sembuh.

Apabila anda menghidap kencing manis, badan anda tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakannya dengan betul. Ini menjadikannya lebih sukar untuk mengawal dan menguruskan gula dalam darah anda. Tetapi terdapat beberapa isu kesihatan lain yang berkaitan perlu diberi perhatian.

Kencing manis menjadikan badan anda lebih sukar untuk sembuh sendiri, walau hanya luka-luka kecil. Ini meletakkan pesakit kencing manis menghadapi risiko komplikasi seperti jangkitan, yang memerlukan rawatan perubatan kecemasan dan dalam kes-kes yang lebih teruk, pemotongan (amputasi) anggota badan diperlukan.

Biasanya, luka yang paling menyusahkan bagi pesakit kencing manis adalah luka di kaki, kerana kecederaan ini jarang dapat dikesan awal.

Menguruskan kencing manis bermakna lebih daripada sekadar mengawal dan menjaga apa yang anda makan. Pesakit perlu memantau seluruh badan mereka sekiranya terdapat sebarang luka dan pastikan ia dirawat dengan baik.

Kerana kesan paras gula dalam darah yang tinggi, pesakit kencing manis berisiko untuk mendapat komplikasi yang lebih serius, walaupun ia bermula daripada masalah kecil. Mereka yang menghidap kencing manis harus membuat amalan untuk memeriksa kasut dan kaki mereka setiap hari; ini boleh menghalang komplikasi masa depan daripada luka kencing manis. Jika anda perasan sebarang luka yang semakin buruk atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan, berjumpalah dengan doktor dengan segera.

 kenapa luka kencing manis lambat sembuh

BERIKUT ADALAH 3 SEBAB KENAPA LUKA KENCING MANIS LAMBAT SEMBUH:

Paras Gula Dalam Darah Yang Tinggi & Tidak Terkawal

Gula dalam darah adalah lebih daripada sekadar bacaan nombor pada meter glukosa. Ia memainkan peranan terhadap tahap tenaga, keperluan perubatan dan juga keupayaan tubuh anda untuk menyembuhkan kecederaan.

Jumlah glukosa, atau gula dalam darah anda memberi kesan kepada tubuh dalam pelbagai cara. Tahap glukosa yang tinggi akan membuatkan saluran darah menjadi keras dan menjadikannya sukar untuk mengalirkan darah. Ini bermakna nutrien dan oksigen tidak dapat mencapai sel, yang menjadikannya lebih sukar untuk memperbaiki luka.

Dalam jangka panjang, kekurangan oksigen boleh menyebabkan sel mati dan akhirnya menyebabkan nekrosis dan pemotongan anggota (amputasi).

Menjaga tahap gula dalam darah dan memastikan ianya sentiasa stabil dapat membantu mempercepatkan penyembuhan luka kencing manis.

kenapa luka kencing manis lambat sembuh

 

Neuropati

Kencing manis dan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan saraf yang disebut neuropati kencing manis. Neuropati menyebabkan kesemutan dan kebas, yang menjadikannya lebih sukar jika anda cedera / luka.

Sebagai contoh, jika anda berjalan dan terpijak benda tajam hingga membuatkan kaki anda luka kecil, anda mungkin tidak menyedarinya. Luka ini akhirnya berlarutan sebelum anda sedar ada masalah kerana anda tidak akan merasa sakit.

Luka-luka kecil seperti lepuh @ melecur boleh tidak dapat dikesan untuk jangka masa yang panjang terutama pada kaki. Kerana tubuh sudah hilang keupayaan penyembuhan sendiri dan luka akan menjadi lebih buruk, akhirnya berubah menjadi perkara yang lebih teruk seperti ulser.

Pastikan anda memeriksa badan anda setiap hari untuk apa-apa jenis kecederaan dan ini adalah penting untuk mengelakkan komplikasi dimasa depan.

 

kenapa luka kencing manis lambat sembuh

 

Fungsi Sistem Imun Yang Lemah

Apabila anda mendapat luka, sistem imun anda bertanggungjawab untuk menghalang kuman dan penakluk asing yang lain. Jika kuman mendapat di dalam badan, sistem imun akan melawan mereka dan menghentikan jangkitan.

Apabila anda menghidap penyakit kencing manis, badan anda menghasilkan enzim dan hormon yang menyebabkan sistem imun anda menjadi kurang efektif. Ini boleh mengakibatkan lebih banyak jangkitan, dan inilah jawapan kenapa luka kencing manis lambat sembuh.

Apabila pesakit kencing manis terluka, mereka perlu memantau luka dan menjaganya agar tidak mendapat jangkitan atau keadaan yang lebih teruk seperti gangren. Luka harus sentiasa kekal bersih dan kering kerana ini adalah langkah pertama yang penting.

Selain daripada itu, tabiat pemakanan yang baik dan mendapat tidur yang cukup sangat diperlukan untuk membantu sistem imun anda melakukan tugasnya. Cara mudah untuk membantu memantau luka adalah dengan memakai stokin berwarna putih. Dengan cara ini anda dapat melihat jika ada darah atau nanah yang keluar daripada luka tersebut. Sekiranya anda dapati apa-apa yang lain daripada biasa pada luka tersebut, berbincanglah dengan doktor anda dengan segera.

Memahami kenapa luka kencing manis lambat sembuh dan memantau badan terutamanya kaki anda dengan teliti adalah langkah penting untuk mencegah luka dan lepuh @ melecur. Tetapi luka kencing manis masih kadang-kadang berlaku.

Sekiranya anda mengalami luka yang tidak sembuh selepas 4 minggu, walaupun anda sudah mengambil ubat, ada kaedah alternatif yang berkesan boleh membantu.

 

kenapa luka kencing manis lambat sembuh

 

kenapa luka kencing manis lambat sembuh

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan(vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

kenapa luka kencing manis lambat sembuh

 

Komen Facebook:
Kenapa Luka Kencing Manis Lambat Sembuh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!