Orang Malaysia memang suka makan kan? Sebab di Malaysia ni sangat mudah untuk dapat makanan yang sedap-sedap. Makanan yang paling ramai orang tak boleh tinggal adalah nasi! Tahukah anda nasi adalah makanan untuk stress?

Ya, makan nasi boleh memberikan efek yang baik kepada orang yang mengalami masalah stress, anxiety disorder atau panick attack.

TAPI…

Bukan nasi putih yang biasa kita makan tu yer… nasi putih tak boleh diambil secara berlebihan sebab ia boleh memberi risiko obesiti & kencing manis.

Nasi yang saya maksudkan sebagai makanan untuk stress itu ialah nasi GABA.

Pernah dengar tentang nasi GABA? Tak tau?… takpe.. saya akan terangkan di bawah yer..

makanan untuk stress

 

APA ITU GABA? – BRAIN BOOSTING & ANXIETY BUSTING POWER!

Kebanyakan orang tidak pernah mendengar tentang GABA, apalagi mengetahui apa yang GABA mampu berikan kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengalami tekanan, anxiety disorder atau insomnia, neurotransmiter penting ini menjadi kunci untuk mengurangkan gejala tersebut.

Malah, banyak ubat yang digunakan untuk merawat keadaan ini dengan cara berfungsi meningkatkan aktiviti neurotransmitter ini di otak. Benzodiazepines, sebagai contoh, merupakan ubat anti-tekanan yang berfungsi dengan meningkatkan aktiviti reseptor GABA untuk menenangkan saraf dan mengurangkan rasa cemas.

Ubat tidur seperti Ambien juga bertindak dengan meningkatkan aktiviti GABA, mengakibatkan kesan sedatif yang boleh melegakan insomnia.

Kepentingan neurotransmiter utama ini telah diiktiraf hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi kini ia memainkan peranan dalam pelbagai keadaan kesihatan, termasuk ADHD, insomnia, kemurungan, keresahan, keradangan dan sindrom PMS.

Ia juga boleh meningkatkan tahap hormon tumbesaran manusia, hormon penting yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, meningkatkan kekuatan otot dan menurunkan berat badan.

 

makanan untuk stress
GABA bertindak seperti brek yang memperlahankan aktiviti otak dan membantu kita lebih rileks dan tenang

 

APA ITU GABA?

Asid gamma-aminobutyric, juga dikenali sebagai GABA (Gamma-aminobutyric acid) , adalah neurotransmitter yang membantu menghantar mesej antara otak dan sistem saraf.

Ia dihasilkan di dalam otak daripada glutamat. Proses ini dipangkin oleh vitamin B6 aktif dan enzim glutamat decarboxylase (GAD).

Fungsi utamanya adalah untuk mengurangkan aktiviti sel-sel saraf dalam sistem saraf. Kajian menunjukkan ia dapat memainkan peranan dalam banyak keadaan, termasuk kemurungan, kecemasan dan tekanan.

Asid gamma-aminobutyric @ GABA mempunyai kesan menenangkan semulajadi dan dipercayai dapat mengurangkan perasaan cemas dan ketakutan dengan mengurangkan neuron ransangan.

GABA juga sering digunakan sebagai suplemen semulajadi untuk menggalakkan tidur, meningkatkan mood dan meredakan simptom PMS.

 

MANFAAT GABA

  1. Meredakan kebimbangan
  2. Meningkatkan kualiti tidur
  3. Mengurangkan gejala depresi (tekanan)
  4. Melegakan gejala PMS
  5. Mengurangkan keradangan
  6. Meningkatkan fokus pada ADHD
  7. Meningkatkan tahap hormon tumbesaran

 

MELEGAKAN KEBIMBANGAN

Salah satu fungsi utama GABA adalah untuk mengurangkan saraf keteransangan, yang boleh dikaitkan dengan perasaan cemas dan ketakutan. Ini kerana ia mempunyai kesan menenangkan dan sering digunakan sebagai ubat semulajadi untuk mengatasi kebimbangan.

Sebenarnya, gangguan kecemasan tertentu juga dikaitkan dengan penurunan tahap GABA.

Satu kajian di American Journal of Psychiatry mendapati bahawa mereka yang mengalami gangguan panik, sejenis gangguan kecemasan yang disifatkan oleh serangan panik berulang, mempunyai tindak balas GABA yang merosot.

Satu lagi kajian dari Columbia University College of Physicians and Surgeons’ Department of Psychiatry menunjukkan bahawa mereka yang mengalami gangguan panik dan sejarah keluarga yang ada masalah mood dan gangguan kecemasan (anxiety disorder) memiliki kepekatan GABA otak yang rendah.

Selain daripada GABA, terdapat banyak rawatan semulajadi lain untuk mengatasi anxiety disorder seperti meditasi, minyak esensial atau akar valerian, herba yang membantu meningkatkan kadar GABA untuk menghalang aktiviti saraf.

 

MENINGKATKAN KUALITI TIDUR

Insomnia adalah keadaan yang dicirikan sebagai kesukaran tidur yang mempengaruhi 30% orang dewasa di seluruh dunia. GABA mempunyai kesan menenangkan, sedatif dan boleh membantu secara semulajadi mendorong tidur dengan menurunkan saraf keteransangan.

Satu kajian pada tahun 2015 mendapati bahawa GABA membantu seseorang itu tidur dengan cepat, memendekkan jumlah masa yang diperlukan untuk tidur dengan purata 5 minit. Selain itu, mereka yang mengalami insomnia juga sebenarnya mungkin mempunyai tahap GABA yang lebih rendah. Kajian pada tahun 2008 dalam jurnal Sleep mendapati bahawa pesakit dengan insomnia mempunyai tahap GABA 30% lebih rendah berbanding dengan kumpulan kawalan.

Selain menggunakan GABA untuk tidur, mengekalkan jadual tidur biasa, menghadkan pengambilan kafein anda dan mengambil magnesium dapat membantu meningkatkan fungsi GABA, semuanya juga boleh menggalakkan tidur yang lebih baik.

 

MENGURANGKAN KEMURUNGAN & TEKANAN

Selain mencegah rasa cemas dan mengawal tidur, neurotransmiter GABA juga dianggap memainkan peranan penting dalam mengatasi kemurungan. Penyelidikan mendapati bahawa orang yang mengalami kemurungan cenderung mempunyai tahap GABA yang lebih rendah daripada yang tidak mengalami depresi.

Tahap GABA juga boleh meningkat selepas kemurungan dirawat. Satu kajian dari Department of Psychiatry at the Yale University School of Medicine menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani terapi electroconvulsive untuk kemurungan mempamerkan peningkatan tahap GABA selepas menerima rawatan. Kesan antidepresan GABA mungkin alternatif yang baik untuk rawatan mengatasi kemurungan secara semulajadi.

Rawatan semulajadi lain untuk kemurungan termasuklah mengubah diet anda, rajin bersenam dan memastikan anda penuhi keperluan vitamin D anda setiap hari.

 

makanan untuk stress

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAPATKAN GABA?

GABA (Gamma-aminobutyric acid) boleh didapati dengan mudah iaitu dengan cara makan nasi!

Ya, makan nasi tapi bukan nasi putih.

Amalkan makan nasi GABA. Nasi GABA hanya boleh diperolehi menggunakan beras perang. Nama lain bagi nasi GABA adalah Nasi Bercambah @ germinated rice

Cara tradisional masak nasi GABA

  • Cuci dan rendam beras perang
  • Beras perang perlu direndam selama 20 – 30 jam bagi membuatkan beras tersebut bercambah. Semasa proses ini, air rendaman perlu ditukar secara kerap bagi mengelakkan beras menjadi busuk / masam.
  • Cuci beras perang yang sudah direndam dan bercambah kemudian masak seperti biasa

Leceh pulak kan? Lama betul masa yang diperlukan untuk mendapatkan nasi GABA ni kalau menggunakan cara tradisional. Ini bukan makanan untuk stress tapi boleh menambahkan stress jadinya!

Jangan bimbang, ada cara yang lebih mudah dan lebih cepat untuk memasak nasi GABA iaitu menggunakan Pressure Multi-Cooker khas daripada Cuckoo!

 

makanan untuk stress
Pressure Multi-cooker Cuckoo boleh dimiliki secara tunai atau plan bayaran bulanan serendah RM50.00 (selama 24 bulan) – harga berbeza mengikut model (WhatsApp: 0197071977 untuk order)

 

Caranya Cuckoo!:

  • Cuci beras perang dan masukkan terus ke dalam Pressure Multi-Cooker Cuckoo.
  • Tekan butang fungsi GABA Rice dan pilih tetapan masa 2 jam (beras perang mampu bercambah dalam suhu tekanan Pressure Multi-Cooker Cuckoo tanpa perlu direndam selama 20 jam)
  • Selepas 2 jam, nasi GABA yang sihat (makanan untuk stress) anda sudah siap dan sedia untuk dimakan.

Nota: selain daripada sebagai makanan untuk stress, nasi GABA juga sangat sesuai diamalkan oleh pesakit kencing manis, darah tinggi atau mereka yang mahu menurunkan berat badan.

 

makanan untuk stress

 

Makanan tambahan @ suplemen untuk mengatasi anxiety disorder & stress: Omega-3, Vitamin B, Vitamin D & Magnesium (baca: Testimoni Anxiety Disorder sembuh dengan suplemen)

 

SUSAH ATAU TAKDE MASA NAK MASAK NASI GABA SEBAGAI MAKANAN UNTUK STRESS?

Jangan risau, anda boleh amalkan pengambilan ESKAYVIE MINDTROPIC

makanan untuk stress

 

makanan untuk stress

 

makanan untuk stress

 

makanan untuk stress

 

makanan untuk stress

 

makanan untuk stress

 

Nak dapatkan MINDTROPIC untuk bantu anda atasi stress dengan lebih mudah? WhatsApp saya sekarang ye

 

makanan untuk stress

 

Komen Facebook:
Makanan Untuk Stress & Atasi Anxiety Disorder

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!