Susah tidur malam bukan satu masalah yang asing. Ramai orang alami masalah begini dan masih belum jumpa lagi jalan penyelesaiannya walaupun dah cuba macam-macam cara. Kenapa susah tidur malam ni sebenarnya?

Yang paling tak best, masalah susah tidur malam ni akan buatkan badan akan terasa sangat letih, burnt out, menambah stress, selera makan tergganggu, mood pun mulalah kelaut! Senang naik angin jadinya.

 

KOMPLIKASI AKIBAT TIDAK CUKUP TIDUR

Susah tidur malam atau tidak cukup tidur bukan hanya akan buatkan anda keletihan semata-mata. Ia boleh jadi pencetus atau permulaan kepada masalah kesihatan yang lebih serius!

Ye, jangan pandang ringan dengan masalah susah tidur malam ni.

Jika anda selalu tidak cukup tidur dan selalu hadapi masalah susah tidur malam, anda akan terdedah kepada risiko kesihatan seperti:

  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Obesiti
  • Kemurungan
  • Kegelisahan (anxiety / panic attack)
  • Serangan jantung
  • Strok
  • Sukar untuk fokus
  • Mempercepatkan penuaan

Anda perlu kenalpasti apakah punca anda susah tidur malam supaya dapat ambil tindakan awal.

 

kenapa susah tidur malam

Baca juga: Cara Mengatasi Anxiety Disorder

 

KENAPA SUSAH TIDUR MALAM

Ada beberapa sebab yang menjadikan anda alami masalah begini. Yang paling biasa adalah stress dan terlalu banyak berfikir (overthinking).

Selain daripada itu, ada beberapa faktor penyumbang kepada kenapa susah tidur malam, antaranya:

  • Anxiety, OCD
  • Suasana bilik tidur yang tidak selesa
  • Keadaan sekeliling yang bising
  • Penggunaan gajet berlebihan (elakkan main Hp sebelum tidur)
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Penyakit yang sedang dialami

Itu sebahagian daripada punca kepada masalah susah tidur malam. Mungkin juga ada punca lain yang berlaku secara tidak disedari atau perubahan secara tiba-tiba contohnya perubahan zon waktu (ini apabila anda travel ke luar negeri yang mempunyai zon waktu berbeza). Anda akan perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru.

 

TIPS MENGATASI MASALAH SUSAH TIDUR MALAM

Ada ke cara untuk mengatasi masalah ini? Ubat tidur? Tidak!

Ubat tidur adalah PILIHAN TERAKHIR anda. Ikhtiar dulu cara lain yang lebih alami, lebih selamat dan tanpa memberikan sebarang risiko atau kesan sampingan yang tidak baik.

Apa yang anda boleh buat?

  • Ubahsuai susun atur bilik tidur, tukar cadar & sarung bantal minima seminggu sekali dan gunakan warna yang buat anda tenang.
  • Pakai pewangi yang menenangkan seperti semburan aromaterapi Lavender. Elakkan pewangi sintetik kerana penggunaan pewangi sintetik secara berpanjang adalah tidak baik untuk kesihatan.
  • Amalkan gaya hidup dan diet yang sihat. Hadkan pengambilan kafein atau elakkan daripada minum kopi selepas jam 6.00petang. Kawal juga pengambilan gula anda ye.
  • Pastikan anda mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan secukupnya supaya anda dapat kekal sihat.
  • Bersenam atau membuat aktiviti ringan disiang hari kerana bersenam dapat membantu menurunkan penghasilan hormon kortisol (hormon stress).

 

‘HEALING’ DAN LUPAKAN MASALAH KENAPA SUSAH TIDUR MALAM DENGAN MINDTROPIC & NEUSCENTIAL CLAME!

kenapa susah tidur malam

 

Mindtropic diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi seperti Phosphatidylserine, Ashwaganda KSM-66, Bacopa monnieri dan master mineral ini boleh memberikan anda tidur yang lebih lena, membantu menguatkan memori dan meningkatkan daya fokus.

Ia juga membantu untuk menggalakkan rembesan hormon serotonin dan bahan kimia GABA iaitu dua benda penting untuk memberikan anda rasa ceria, tenang dan lebih rileks. Mindtropic juga dapat menurunkan hormon kortisol iaitu hormon yang membuatkan anda stress!

Neuscential Clame pula adalah semburan aromaterapi yang sangat baik untuk membantu anda dapatkan tidur yang lebih lena, mewujudkan suasana perkekitaran yang tenang, rileks dan santai. Neuscential Calme selamat digunakan selalu kerana ia adalah daripada bahan-bahan semulajadi, bebas paraben & sulfat, bebas pewangi sintetik, bebas alkohol dan diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

 

kenapa susah tidur malam

 

kenapa susah tidur malam

 

kenapa susah tidur malam

 

kenapa susah tidur malam

 

Anda susah tidur malam?

Jom! Dapatkan set MINDTROPIC & NEUSCENTIAL CALME sekarang.

 

kenapa susah tidur malam

 

 

Komen Facebook:
Kenapa Susah Tidur Malam Sampai Mood Kelaut!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!