Selamat datang ke OhCantikDotCom, dimana anda boleh dapatkan beberapa langkah mudah untuk meningkatkan tenaga, berasa lebih bersemangat, dan rahsia kekal awet muda sentiasa!

Penuaan bukan hasil daripada satu faktor saja, tetapi hasil gabungan beberapa faktor seperti:

  • Penuaan sel
  • Pemendekan telomere
  • Kemerosotan protein
  • Advanced Glycation End Product (AGE)
  • Gula yang berlebihan
  • Keradangan sistemik yang progresif
  • Dehidrasi progresif
  • Pengumpulan dan pembentukan toksik dalam tisu organ
  • Penurunan pengeluaran tenaga sel
  • Perubahan tahap hormon dan ketidakseimbangan hormon
  • Halangan aliran tenaga dalam badan
  • Berat badan yang berlebihan

rahsia kekal awet muda

 

Senarai di atas pun hampir tidak lengkap. Tekanan, pengumpulan radikal bebas dalam badan dan pemakanan / diet tidak sihat turut jadi faktor penyumpang kepada penuaan yang cepat.

Kunci di sini bukan untuk mengenal pasti setiap faktor sebab ia tugas yang mustahil, tetapi adalah untuk memahami bahawa jika ingin melambatkan proses penuaan, anda perlu mengambil lebih daripada satu pendekatan.

Sokongan daripada suplemen yang betul boleh membantu anda kekal awet muda dan lambatkan penuaan.

Rahsia kekal awet muda TIDAK terletak hanya dalam sebotol krim. Ia adalah lebih daripada itu. Tangani dan cegah penuaan pada akar umbinya iaitu sel.

Apabila sel sihat, anda juga akan merasa lebih muda, lebih bertenaga, dan lebih sihat untuk tempoh lebih lama daripada yang anda fikir mungkin.

Sebelum nak menangani faktor-faktor proses penuaan yang disenaraikan di atas, melambatkan, bahkan membalikkan sebahagian daripadanya, anda perlu memisahkan faktor-faktor tersebut menjadi tiga kategori yang berbeza untuk menguraikan petunjuk tentang cara mengendalikannya.

 rahsia kekal muda

 

3 KATEGORI UTAMA YANG MEMPENGARUHI UMUR KITA IALAH:

  • Perkara-perkara yang kita lakukan kepada diri sendiri yang mudah dibetulkan (secara relatifnya).
  • Faktor-faktor tahap mikro yang diprogramkan ke dalam sel-sel kita yang mana kelihatan mustahil untuk diubah.
  • Faktor-faktor tahap makro yang diprogramkan ke dalam badan kita seperti umur kita, perubahan hormon, kebanyakannya memang boleh diubah suai.

 

3 kategori ini telah dibahagikan kepada tiga langkah utama di bawah:

RAHSIA KEKAL AWET MUDA & ANTI PENUAAN SEMULAJADI:

Langkah Pertama: Mengubah perkara yang kita lakukan kepada diri kita sendiri

Kerosakan yang kita lakukan pada diri kita sendiri adalah yang paling mudah untuk dibetulkan. Mengoptimumkan kesihatan adalah apa yang perlu lakukan untuk memanjangkan umur.

  • Perubahan diet
  • Ambil superfood setiap hari (makanan kaya antioksidan)
  • Mengurangkan kalori & memetabolisme gula anda
  • Meningkatkan sistem imun anda dengan vitamin C
  • Mengurangkan keradangan sistemik
  • Keluarkan sisa toksik dalam organ (detoks)
  • Meningkatkan peredaran dalam sistem limpa
  • Mengurangkan radikal bebas dengan antioksidan
  • Cerdaskan minda – ambil Omega-3
  • Senaman
  • Detoks secara teratur, termasuk usus, hati, darah, dan logam berat
  • Jika anda merokok, hentikan!. Merokok memendekkan kehidupan dan membuat anda kelihatan lebih tua.

 

Langkah Kedua: Mencegah dan membalikkan kerosakan pada tahap sel

Tidak seperti perkara yang kita lakukan untuk diri kita sendiri yang mempercepatkan penuaan dan mudah dibetulkan (secara relatifnya), faktor tahap mikro yang menggalakkan penuaan diprogramkan di dalam sel-sel kita.

Kerana ternyata, kita bukan saja boleh membalikkan proses penuaan pada tahap selular. Sebenarnya ia boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Kita juga boleh membalikkan penuaan pada tahap sistem dan tahap organ.

Dan untuk itu, kita boleh membalikkan penuaan dari segi penampilan dan dalaman. Kulit, rambut dan tenaga kita boleh diremajakan semula. Dan kemudian, tentu saja, kita boleh membalikkannya dari segi jangka hayat.

Bahan utama untuk langkah ke-2 ini adalah antioksidan Astaxanthin AstaREAL P2AF (antioksidan terkuat di dunia sehingga 6,000x lebih berkuasa berbanding vitamin C)

 

Langkah Ketiga: Menangani penuaan peringkat makro badan kita

Langkah terakhir untuk Rahsia Kekal Awet Muda Semulajadi adalah dengan menangani perubahan hormon dalam badan kita. Perubahan yang mempengaruhi penuaan pada tahap makro.

Hormon adalah chemical messenger system badan. Ia memberitahu badan apa yang harus dilakukan dan bila. Dalam bab penuaan, hormon memberitahu badan bagaimana umur dan perubahan dalam mana-mana hormon boleh menjejaskan penuaan.

Contohnya, sebaik sahaja kita mencapai usia 30an, tahap testosteron yang ada untuk kedua-dua lelaki dan wanita cenderung mula berkurangan. Menariknya, dalam kajian klinikal mendapati bahawa bukanlah pengeluaran testosteron sebenarnya yang berkurangan seiring dengan usia; tetapi sebaliknya, jumlah testosteron yang beredar dalam badan yang berkurangan.

Ini memberi kesan kepada penampilan hidup kita dan terhadap keupayaan kita untuk meningkatkan jisim otot. Satu lagi hormon yang menurun adalah hormon pertumbuhan, yang menjejaskan segala-galanya dari nisbah otot / lemak hinggalah kepada rambut beruban.

Mengimbangi penurunan paras melatonin yang berkaitan dengan penuaan akan mempengaruhi kualiti tidur dan menguatkan sistem imun kita. Akhir sekali, mengimbangi tahap estrogen dan progesteron juga sama pentingnya.

 Amalkan Reverse Capsule Eskayvie untuk kestabilan hormon dan MINDTROPIC untuk kualiti tidur yang baik.

 

RAHSIA KEKAL AWET MUDA – PROTOKOL ANTI PENUAAN

  • Mengurangkan keradangan kronik iaitu faktor penuaan utama dan penyumbang utama kematian dengan enzim proteolitik.
  • Mengurangkan radikal bebas, faktor utama dalam permulaan “penyakit penuaan”, dengan antioksidan spektrum penuh.
  • Diet sihat – makan lebih banyak makanan organik & superfood.
  • Optimakan sistem imun anda.
  • Kurangkan rintangan insulin, yang mungkin merupakan faktor utama dalam penuaan dipercepatkan dengan pengimbang glukosa semulajadi.
  • Menambah suplemen antioksidan dalam diet harian adalah salah satu langkah paling mudah, paling berkesan, dan paling selamat yang dapat kita ambil untuk membantu mengoptimumkan kesihatan kita. Ia melambatkan penuaan selular, memanjangkan hayat dan melawan serangan radikal bebas.
  • Seimbangkan hormon dengan Reverse Capsule 340mg

 

Rahsia kekal awet muda, sekarang anda tahu apa nak buat?

Sekiranya anda mengikuti cadangan di atas, anda mungkin tidak dapat menghalang umur daripada menjadi tua, tetapi anda dapat mengawal faktor penuaan yang disebabkan oleh peningkatan umur.

Prinsip-prinsip ini bukan sahaja boleh membantu anda mencegah penyakit kronik, tetapi juga dapat membalikkan tanda-tanda penuaan.

 

“UMUR TUA ADALAH KETENTUAN, AWET MUDA ADALAH PILIHAN”

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

rahsia kekal awet muda

 

 

Komen Facebook:
Rahsia Kekal Awet Muda, Begini Je Rupaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!