Kaedah dan rawatan luka kencing manis semakin popular di carian Google.

Kenapa agaknya?

Astro Awani melaporkan, Malaysia mempunyai kadar pesakit kencing manis tertinggi di Asia.

Kementerian Kesihatan Malaysia membuat kenyataan 3.6juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis (petikan www.bharian.com.my)

Ya, itulah puncanya. Kerana terlalu ramai dan semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis dan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai komplikasi termasuklah kegagalan buah pinggang dan luka kencing manis yang teruk hingga ada yang terpaksa memotong anggota badan!

Luka kencing manis adalah antara komplikasi yang paling selalu terjadi dan sangat bahaya bagi pesakit kencing manis.

Itu adalah berita buruknya.

Berita baiknya pula: kehebatan sains yang digabungkan dengan sumber daripada alam semulajadi didapati mampu menjadi rawatan luka kencing manis dan menurunkan risiko kaki atau jari terpaksa dipotong.

rawatan luka kencing manis

 

KEROSAKAN SARAF

Salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi samada seseorang yang menghidap penyakit kencing manis yang mengalami luka yang sukar dirawat atau tidak adalah neuropati. Kerosakan saraf boleh menyebabkan rasa kebas di bahagian-bahagian tubuh yang terjejas.

Oleh itu, jika anda sedang mempertimbangkan rawatan luka kencing manis yang anda alami, anda wajib pilih rawatan yang boleh mengatasi masalah neuropati (kerosakan saraf) itu terlebih dahulu kerana itu adalah punca sebenar; bukan memfokuskan untuk mengeringkan luka luaran sahaja.

Orang yang menghidap kencing manis mempunyai risiko tertentu: 60% – 70%  akan mengalami beberapa jenis masalah neuropati (saraf), dan peningkatan risiko juga berkaitan dengan usia dan kawalan gula dalam darah yang lemah.

Neuropati menyebabkan seseorang yang menghidap kencing manis mengambil masa yang lebih lama untuk perasan yang mereka telah mendapat luka kecil atau lepuhan. Hari demi hari berlalu membuatkan luka mendapat jangkitan tanpa disedari.

Tanda-tanda jangkitan termasuklah kemerahan, kehangatan, pembengkakan, kekuningan atau keluar cecair yang jernih dan kesakitan.

Neuropati adalah faktor risiko yang membuatkan seseorang itu tidak sedar yang dia sudah lama mengalami luka tapi hanya sedar apabila luka tersebut telah menjadi kronik atau membusuk.

Faktor lain ialah kelemahan sistem imun yang tidak dipedulikan. Tahap glukosa darah tinggi melambatkan sel-sel imun yang membantu tubuh melawan jangkitan. Sel-sel sistem imun ini gagal bertindak menghalang bakteria yang bergerak dan menjangkiti luka yang terbuka di kaki.

Akhirnya, orang yang menghidap kencing manis sering menghadapi masalah dengan peredaran darah mereka. Kencing manis menjejaskan bekalan darah dan jantung, termasuk juga saluran darah yang kecil. Peredaran darah yang lemah akan menghalang bekalan darah yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan tisu yang sihat.

Gabungan, faktor-faktor ini boleh membawa kepada luka kronik yang disebut sebagai ulser. Luka ini paling sering terjadi pada bahagian kaki, kerana kaki paling kerap mengalami masalah neuropati dan peredaran darah yang lemah menyerang.

 rawatan luka kencing manis

Diabetic neuropathy adalah sejenis kerosakan saraf yang boleh terjadi jika anda adalah seorang pesakit kencing manis. Gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kecedaran saraf pada seluruh badan. Diabetic neuropathy biasanya merosakkan saraf pada betis dan kaki.

 

RAWATAN LUKA KENCING MANIS

Dengan rawatan yang betul, luka kencing manis boleh disembuhkan. Tetapi apabila jangkitan sudah sampai ke tulang, amputasi (pemotongan anggota) biasanya diperlukan. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang menghidap kencing manis adalah 30 kali lebih berisiko menghadapi kehilangan (pemotongan) anggota badan berbanding orang yang tanpa kencing manis.

Boleh dikatakan hampir separuh daripada mereka yang menjalani amputasi mendapat luka kencing manis pada kaki kerana kaki menerima lebih banyak tekanan. Ini juga membuatkan mereka lebih mudah mendapat jangkitan lebih teruk dan pemotongan kali kedua atau seterusnya. Sebaik sahaja pesakit kencing manis mendapat amputasi kaki, ia sebenarnya sukar untuk pulih.

Itulah sebabnya penting untuk mengenali masalah ini lebih awal. Jika anda dapat menyelamatkan anggota badan, anda dapat menyelamatkan nyawa.

 

TINDAKAN AWAL

Rawatan luka kencing manis yang betul dan tepat mampu mempengaruhi risiko samada anda perlu kehilangan anggota badan atau tidak. Itulah sebabnya orang yang menghidap diabetes mesti mengambil tindakan tepat dan pantas.

Matlamat utama adalah untuk memberikan tubuh anda peluang untuk melawan jangkitan, membantu membersihkan bakteria dan menutup kulit dengan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat.

Doktor selalunya menggunakan pelbagai alat untuk merawat luka yang dijangkiti, seperti debridement-istilah teknikal untuk membuang tisu mati atau dijangkiti melalui pembedahan, antibiotik, pressure chamber dan juga larva serangga.

Bahagian yang luka juga harus sentiasa bersih. Elakkan tekanan berlebihan dengan mengurangkan berjalan kerana tekanan akan hanya membuatkan luka menjadi lebih teruk atau lambat sembuh.

Walau bagaimanapun, tempoh penyembuhan adalah bergantung kepada saiz dan keparahan luka, peredaran darah, paras gula dalam darah & sejauh mana rawatan yang anda ambil mampu memperbaharui sel serta mengatasi masalah neuropati anda.

Anda mungkin boleh sembuh dalam tempoh minggu atau bulan. Tiada yang spesifik.

 

rawatan luka kencing manis

RAWATAN LUKA KENCING MANIS DENGAN KUASA SEL! – PHYTAX ESKAYVIE

Dari luar, jangkitan yang menyebabkan luka kencing manis tidak banyak berbeza dengan orang tanpa kencing manis. Tapi bagaimana pula dengan bahagian dalam?

Sel adalah elemen utama yang perlu diberi perhatian di dalam proses penyembuhan luka.

Jika anda sedang menjalani rawatan luka kencing manis, adakah rawatan tersebut mampu menggalakkan pembentukan sel-sel baru yang lebih sihat?

Jika ya, teruskan.

Jika tidak, jangan buang masa & lakukan perkara yang mungkin saya sia-sia.

Ingat di awal artikel ini tadi saya sebut tentang kerosakan saraf (neuropati) menjadi asas utama luka kencing manis kan?

Jadi, sel & neuropati adalah 2 gabungan yang mendasari masalah luka kencing manis yang anda hadapi. Adakah anda hanya menangani keadaan semasa atau hanya fokus untuk mengeringkan luka sahaja sedangkan puncanya masih berleluasa? Bukankah ini hanya akan membuatkan anda berterusan berhadapan dengan risiko luka kencing manis demi luka kencing manis yang bersilih ganti?

Lebih teruk lagi jika anda meletakkan diri anda berhadapan dengan risiko amputasi demi amputasi

Sampai bila?

Formula mudah -> atasi punca bagi mengatasi masalah secara total.

Baca juga: Punca Luka Kencing Manis

rawatan luka kencing manis

 

rawatan luka kencing manis

 

rawatan luka kencing manis

 

rawatan luka kencing manis

 

 

PHYTAX ESKAYVIE

rawatan luka kencing manis

PENCEGAHAN LUKA

  1. Periksa kaki anda dengan kerap dan pastikan tiada luka yang baru. Rawat masalah kulit pecah dengan berhati-hati. Pastikan kaki sentiasa bersih & pakailah kasut yang bersesuaian yang tidak memberikan tekanan berlebihan kepada kaki anda.
  2. Dapatkan pemeriksaan doktor secara berkala.

 

JANGAN ABAIKAN KELEMBAPAN

Neuropati akan mengeringkan kulit, menyebabkan kulit merekah yang boleh mengundang jangkitan. Untuk mengelakkannya, sapukan pelembap setiap hari, tetapi elakkan bahagian celah jari kerana kelembapan boleh terperangkap disini. Kelembapan berlebihan boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kulat.

 

LINDUNGI KAKI ANDA

Jika anda mengalami kehilangan sensasi (rasa) di kaki anda, pakai kasut bertutup yang selesa walaupun anda berada di dalam rumah – untuk mengurangkan risiko anda mengalami kecederaan yang boleh menjadi luka.

 

rawatan luka kencing manis

rawatan luka kencing manis

 

Disclaimer : Produk yang dipaparkan di dalam artikel ini adalah suplemen @ makanan kesihatan tambahan(vitamin) dan BUKAN ubat. Walaupun terbukti secara klinikal ia mampu menyihatkan badan, suplemen tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal. Anda dinasihatkan untuk tetap mendapatkan rawatan doktor sekiranya menghidap sebarang jenis penyakit.

 

Komen Facebook:
Rawatan Luka Kencing Manis Pada Puncanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!