Adakah anda selalu tiba-tiba merasa panik? Anda menjadi takut dan cemas tanpa sebab yang jelas tapi anda tidak tahu apakah cara atasi serangan panik ini?

Tahap kerisauan anda jadi berlebihan hatta keatas perkara-perkara kecil saja.

Adakah ini normal?

Adakah ini tanda-tanda anda sedang menghidap anxiety disorder?

 

TEKANAN, CEMAS & PANIK

Depresi atau tekanan dan kecemasan ada hal yang berbeza. Cemas itu sendiri adalah suatu bentuk emosi yang di mana anda mengalami perasaan yang tidak menyenangkan akibat kekacauan batin. Sementara depresi atau tekanan adalah keadaan kronik di mana seseorang terus-menerus merasa sedih ataupun putus asa.

Biasanya, orang yang sedang mengalami depresi atau tekanan akan mengalami rasa cemas berlebihan, seperti sentiasa gelisah, mudah marah, kesukaran untuk tidur dan mudah hilang fokus.

Perasaan cemas atau depresi bukan saja akan membuatkan anda kehilangan energi atau lebih kronik lagi, anda hilang semangat untuk hidup.

Memang tidak mudah untuk menghilangkan rasa cemas, apatah lagi depresi atau tekanan.

Tetapi anda harus berusaha untuk mencari cara mengatasinya agar perasaan negatif tersebut tidak menjadi kronik sehingga boleh mengganggu aktiviti harian serta kesihatan anda.

cara atasi serangan panik

CARA ATASI SERANGAN PANIK ATAU RASA CEMAS BERLEBIHAN

  1. KEKAL BERADA DI LINGKUNGAN ANDA

Selalunya apabila seseorang mengalami serangan panik atau cemas berlebihan, mereka cenderung mengasingkan diri daripada orang sekeliling mereka. Ini patut dielakkan kerana salah satu cara untuk mengatasi tekanan adalah dengan adanya sokongan daripada orang terdekat.

Ketika anda sedang mengalami serangan panik, kecemasan atau tekanan, cubalah luahkan apa yang anda rasa kepada orang yang anda percaya dan kekalkan berada bersama orang-orang terdekat.

Walaupun ini tidak mudah, tetapi mengasingkan diri dari orang sekeliling bukanlah jalan keluar dari kekalutan yang sedang anda alami.

 

  1. BUAT AKTIVITI YANG ANDA SUKA

Salah satu cara atasi serangan panik terbaik adalah dengan melakukan apa yang anda suka mungkin seperti menonton filem, jalan-jalan, pergi ke pantai, menyanyi, makan-makan, memasak dan sebagainya.

Walaupun agak sukar untuk memaksa diri untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini, tetapi anda tidak harus berputus asa. Teruskanlah berusaha untuk mendorong diri sendiri agar selalu aktif.

 

  1. BUAT AKTIVITI BARU

Selain melakukan aktiviti-aktiviti yang anda suka, anda juga perlu untuk melakukan aktiviti baru bagi menghilangkan rasa cemas berlebihan tersebut. Ketika anda cuba melakukan aktiviti baru, tanpa anda sedari tubuh anda akan menghasilkan hormon dopamin iaitu hormon yang berkaitan dengan rasa tenang dan bahagia.

 

cara atasi serangan panik

  1. DAPATKAN UDARA SEGAR

Sebenarnya, kekurangan pendedahan kepada cahaya matahari akan membuatkan anda merasa cemas berlebihan tekanan. Sekali sekala, keluarlah dari rumah untuk menghirup udara segar dan dapat sinar matahari, sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Cahaya matahari diketahui dapat meningkatkan kadar hormon bahagia serotonin yang boleh memperbaiki mood anda.

Nota penting: Jangan berada di bawah matahari teralu lama tanpa mengenakan pelindung matahari atau sunblock kerana ia boleh membuatkan anda mendapat masalah kulit terutamanya sunburn.

 

  1. BERSUKAN & BERIADAH

Bersukan dan beriadah yang teratur dapat menghilangkan gejala tekanan. Aktiviti seperti berolahraga dapat meningkatkan penghasilan endorfin yang mempunyai efek mengurangkan rasa sakit dan menggalakkan perasaan tenang dan bahagia.

Kekal aktif secara konsisten boleh menjadi cara atasi serangan panik yang berkesan.

Anda tidak perlu untuk bersukan secara berlebihan untuk mendapatkan manfaatnya, cukuplah dengan aktiviti ringan tetapi dilakukan secara rutin seperti berjalan kaki 10 minit setiap hari. 

 

cara atasi serangan panik

  1. AMALKAN DIET SIHAT

Apa yang anda makan memberi pengaruh besar terhadap kesihatan dan hidup anda secara keseluruhannya. Hadkan pengambilan makanan dan minuman bergula dan karbohidrat ringkas sekiranya anda ingin selalu merasa tenang dan mengelakkan tekanan.

Anda digalakkan untuk meningkatkan pengambilan vitamin B kerana kekurangan vitamin B (seperti asid folik dan vitamin B12) akan menyebabkan anda mudah tertekan. Selain daripada vitamin B, makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3 juga dapat membantu mengatasi tekanan.

Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan sumber vitamin B dan Omega 3 ini melalui diet harian, anda boleh memilih untuk mengambilnya melalui suplemen. Pastikan suplemen tersebut adalah semulajadi dan telah diuji secara klinikal serta dijamin selamat.

 

  1. TIDUR & REHAT YANG CUKUP

Kesukaran untuk tidur boleh menjadi salah satu punca tekanan. Untuk mengatasi perasaan cemas atau tekanan, cubalah untuk mengubah pola tidur anda.

Cuba pastikan anda dapat tidur yang cukup setidaknya 7 jam sehari. Elakkan daripada hal-hal yang dapat menganggu kualiti tidur anda contohnya bermain dengan handphone, menonton TV atau mengambil makanan berat sebelum waktu tidur.

 

  1. KEKAL POSITIF

Salah satu perkara yang boleh membuatkan anda rasa cemas dan tekanan yang anda hadapi semakin buruk adalah fikiran negatif. Ini termasuklah berfikiran negatif tentang diri sendiri orang sekeliling atau perkara-perkara yang berlaku disekitar anda.

Oleh itu, salah satu cara atasi serangan panik atau untuk mengatasi rasa cemas dan tekanan adalah dengan berpikir positif.

Jika anda telah melakukan tips-tips dan cara atasi serangan panik untuk menghilangkan rasa cemas tetapi perasaan negatif tersebut tidak berkurangan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi daripada pakar bagi diagnosis dan bantuan perubatan yang sesuai dengan keadaan anda.

 

cara atasi serangan panik

 

cara atasi serangan panik

 

cara atasi serangan panik

cara atasi serangan panik

cara atasi serangan panik

 

WHATSAPP SAYA UNTUK BUAT PESANAN

Suplemen akan dihantar menggunakan courier / Poslaju bergantung kepada kawasan.

 

cara atasi serangan panik

 

Komen Facebook:
Cara Atasi Serangan Panik Supaya Anda Sentiasa Tenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!