Anda guna skincare bertujuan untuk dapatkan kulit yang lebih sihat, cantik, flawless. Tapi tanpa sedar, anda terbuat beberapa kesalahan memakai skincare yang akhirnya menggagalkan anda untuk mendapat hasil yang diinginkan.

Rugi!

 

kesalahan memakai skincare

APAKAH KESALAHAN MEMAKAI SKINCARE YANG BIASA DILAKUKAN OLEH RAMAI ORANG

1. TAK SABAR – ye, terlalu ramai yang tidak sabar apabila menggunakan skincare. Semua nak kesan yang cepat, tak nak tunggu lama-lama sedangkan masalah kulit tu dah sekian lama jadi. Sudahnya produk yang dipersalahkan!

2. CEPAT PUTUS ASA – skincare yang baik, terutamanya yang menggunakan bahan-bahan semulajadi biasanya lambat memberi kesan. Ini kerana produk tersebut bertindak selari dengan fitrah semulajadi kulit. Kitaran pembaharuan sel kulit berlaku mengikut umur individu. Makin berumur, makin lambatlah prosesnya. Perkara ini tidak boleh dipaksa untuk menjadi lebih cepat. Jadi, berbalik kepada kesalahan pertama – Tak sabar!

3. MENGHARAPKAN KESAN YANG CEPAT – kesalahan inilah yang selalu mendorong ramai orang untuk terjebak dengan produk timbang kilo yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hyrdoquinone, tretinoin dan sebagainya. Kerana hanya bahan-bahan kimia terlarang ini saja yang mampu memberikan kesan yang cepat terutamanya mencerahkan kulit dan memudarkan jeragat.

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Kenal Produk Timbang Kilo, JANGAN Terjebak!

 

4. BERLEBIHAN MENGGUNAKAN PRODUK – less is MORE! Menggunakan produk secara berlebihan tidak akan menambah manfaat kepada kulit anda. Ia hanyalah satu pembaziran. Pastikan anda ikut konsultasi yang diberikan dengan betul dan jangan pandai-pandai sendiri.

5. MENCUCI MUKA TERLALU KERAP – tabiat ini hanya akan membuatkan kulit anda kehilangan lembapan semulajadi yang banyak dan akhirnya kulit anda akan menjadi lebih kering & berkedut dan kusam.

6. EXFOLIATE LEBIH DARIPADA 3 KALI SEMINGGU – ‘skin barrier’ anda akan rosak dan kulit kehilangan pelindung semulajadinya. Skrub lebih daripada 3 kali seminggu hanya akan menipiskan kulit dan tidak memberi manfaat kepada kulit anda. Kulit anda akan jadi lebih teruk terutamanya jika anda ada masalah jerawat.

7. TIDAK MEMAKAI SUNSCREEN – anda dah buat rutin skincare yang lengkap bermula daripada cleanser hingga ke moisturizer. TAPI anda abaikan sunscreen. Ini kesalahan memakai skincare yang paling ramai buat. Sayang sekali! Kerana anda mengabaikan perlindungan kulit yang paling penting. Tidak memakai sunscreen adalah antara punca utama kulit mengalami masalah jeragat, kedutan, kusam, jerawat dan biji milia (oil seeds).

8. BERHENTI APABILA MENGALAMI ‘ADVERSE REACTION’ – bagi sesetangah orang, adalah normal jika kulit anda alami ‘adverse reaction’ seperti kulit mengelupas, kering atau jerawat naik lepas tukar skincare. Sabar! Jangan panik atau jangan terus buat andaian skincare yang anda guna itu tidak baik.

Ia mungkin kelihatan seperti anda perlu berhenti menggunakan skincare baru anda, tapi ia sebenarnya petanda bahawa produk tersebut sedang ‘bekerja’ dengan baik. Ia dikenali sebagai SKIN PURGING.

9. TIDAK KONSISTEN – pakai skincare hari ini, esok lusa dah tak pakai atau hanya buat rutin skincare ikut mood. Tapi, mengharapkan hasil yang Wow! Skincare tidak begitu ye. Konsistensi amatlah penting dalam rutin skincare jika anda mahukan hasil yang baik. Tak ada gunanya jika anda ada set lengkap skincare mahal-mahal tapi malas.

10. MENCAMPUR PRODUK SKINCARE – bahan aktif dalam setiap jenama produk skincare adalah tidak sama. Mencampurkan produk skincare berbeza jenama sangatlah tidak digalakkan kerana reaksi antara bahan aktif yang terkandung dalam produk-produk tersebut tidak diketahui. Ia juga bakal mengundang kesan sampingan yang tidak diingini.

BACA JUGA: Berapa Laman Skincare Beri Kesan?

 

Ok, dah selesai bab kesalahan memakai skincare.

Sekarang saya nak share sedikit tips pilih skincare. Walau dah tau apa kesalahan memakai skincare yang anda perlu elak, tersalah pilih skincare lebih menyedihkan!

PESAN SAYA, JANGAN TERJEBAK DENGAN PRODUK TIMBANG KILO! PLEASE….

Berikut antara yang anda perlu selidik sebelum buat keputusan memilih skincare:

  1. Semak status kelulusan KKM produk tersebut DISINI
  2. Semak latar belakang founder / syarikat pengeluar produk
  3. Baca label produk (cuba untuk kenal bahan-bahan yang digunakan) – minta seller beri anda gambar label produk ye, bukan informasi pada poster iklan produk. Poster iklan TIDAK menyatakan bahan-bahan sebenar produk.
  4. Teliti betul-betul testimoni yang diberi kepada anda. Kalau gambar edit, lupakan!
  5. Tengok packaging / botol produk. Kalau lebih kurang je dengan produk-produk lain yang bersepah di kedai jamu. Hati-hati! Ia berkemungkinan besar produk sampah!

 

kesalahan memakai skincare

 

Anda Nak Skincare Yang Baik, Konsultasi Yang Betul & Elak Daripada Buat Kesalahan Memakai Skincare?

kesalahan memakai skincare

 

Komen Facebook:
Kesalahan Memakai Skincare: 10 Yang Ramai Selalu Buat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!