‘Brain fog’ adalah symptom yang boleh jadi berpunca akibat stress, perubahan pattern tidur, masalah kesihatan atau pengambilan ubatan tertentu dan faktor lain. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kekeliruan, masalah ingatan dan daya fokus, tetapi juga boleh buat anda lupa rakaat dalam solat!

 

lupa rakaat dalam solat
Credit pic: Google

 

APAKAH ‘BRAIN FOG’?

‘Brain fog’ itu sendiri bukanlah masalah kesihatan tetapi sebaliknya merupakan gejala daripada masalah kesihatan lain.

Ia adalah sejenis disfungsi kognitif yang melibatkan:

  • masalah ingatan
  • kekurangan kejelasan mental
  • daya konsentrasi yang lemah
  • ketidakupayaan untuk fokus hingga boleh buat anda lupa rakaat dalam solat

Sesetengah orang juga menggambarkannya sebagai keletihan mental.

Bergantung pada tahap keseriusan ‘brain fog’, ia boleh mengganggu kerja hinggalah kehidupan harian.

Tetapi ia tidak semestinya kekal dalam hidup anda.

 

APAKAH PUNCA ‘BRAIN FOG’?

Terdapat beberapa penjelasan mengapa ‘brain fog’ berlaku.

Sebaik sahaja anda mengenal pasti puncanya, anda boleh mula membetulkan masalah tersebut. Berikut adalah ENAM sebab yang mungkin.

 

lupa rakaat dalam solat

 

  1. TEKANAN (STRESS)

Tekanan kronik boleh meningkatkan tekanan darah, melemahkan sistem imun, dan mencetuskan kemurungan.

Ia juga boleh menyebabkan keletihan mental. Apabila otak anda keletihan, ia menjadi lebih sukar untuk berfikir, dan fokus.

 

  1. KURANG TIDUR

Kualiti tidur yang buruk boleh mengganggu fungsi otak anda.

Dapatkan tidur 8 hingga 9 jam setiap malam. Tidur terlalu sedikit boleh menyebabkan daya fokus dan fikiran yang lemah.

 

  1. PERUBAHAN HORMON

Perubahan hormon juga boleh mencetuskan ‘brain fog’.

Tahap hormon progesteron dan estrogen meningkat semasa kehamilan. Perubahan ini boleh menjejaskan ingatan dan menyebabkan kemerosotan kognitif jangka pendek. Begitu juga, penurunan tahap estrogen semasa menopaus boleh menyebabkan cepat lupa, tak boleh fokus dan daya konsentrasi yang lemah.

Baca juga: Cara Atasi Masalah Hormon Tak Stabil

  1. DIET

Diet juga boleh memainkan peranan dalam ‘brain fog’.

Vitamin B12 menyokong fungsi otak yang sihat, dan kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan ‘brain fog’.

Jika anda mempunyai alahan atau sensitiviti makanan, ‘brain fog’ mungkin timbul selepas makan makanan tertentu.

Ini termasuk:

  • aspartame
  • kacang tanah
  • tenusu

 

  1. UBAT-UBATAN

Jika anda melihat ‘brain fog’ semasa mengambil ubat, berbincang dengan doktor anda.

‘Brain fog’ mungkin merupakan kesan sampingan yang daripada ubat-ubatan ini. ‘Brain fog’ juga boleh berlaku selepas rawatan kanser. Ini dirujuk sebagai ‘chemo brain’.

 

lupa rakaat dalam solat

 

  1. KEADAAN KESIHATAN

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan keradangan, keletihan, atau perubahan dalam tahap glukosa darah juga boleh menyebabkan keletihan mental.

Sebagai contoh, ‘brain fog’ adalah simptom sindrom keletihan kronik, yang melibatkan keletihan yang berterusan untuk tempoh masa yang berpanjangan. Orang yang mempunyai fibromyalgia mungkin mengalami kekabusan yang sama setiap hari.

Keadaan lain yang boleh menyebabkan ‘brain fog’ termasuk:

  • anemia
  • kemurungan
  • kencing manis
  • Sindrom Sjögren
  • migrain
  • Penyakit Alzheimer
  • hipotiroidisme
  • penyakit autoimun, seperti lupus, arthritis dan multiple skcerosis
  • dehidrasi
  • jangkitan virus, seperti COVID-19

 

lupa rakaat dalam solat

 

BAGAIMANA UNTUK MERAWATNYA?

Rawatan ‘brain fog’ bergantung kepada punca.

Contohnya, jika anda anemia, suplemen zat besi boleh meningkatkan pengeluaran sel darah merah anda dan mengurangkan ‘brain fog’ anda.

Jika anda didiagnosis dengan penyakit autoimun, doktor mungkin mengesyorkan corticosteroid atau ubat lain untuk mengurangkan keradangan atau menekan sistem imun.

Kadangkala, untuk melegakan ‘brain fog’ adalah dengan cara membetulkan masalah kekurangan nutrisi, menukar ubat atau meningkatkan kualiti tidur anda.

Pemulihan sendiri untuk memperbaiki ‘brain fog’ termasuk:

  • tidur 8 hingga 9 jam yang berkualiti setiap malam
  • menguruskan tekanan dengan mengetahui batasan anda dan mengelakkan alkohol dan kafein yang berlebihan
  • bersenam
  • mengukuhkan kebolehan berfikir anda (buat aktiviti yang memerlukan anda kemampuan berfikir yang tinggi)
  • mencari aktiviti yang menyeronokkan
  • meningkatkan pengambilan protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan lemak yang sihat

‘Brain fog’ boleh jadi mengecewakan, tetapi ia boleh diatasi. Anda tidak seharusnya mengabaikan gejalanya kerana jika tidak dirawat, ‘brain fog’ boleh menjejaskan kualiti hidup anda.

Apabila puncanya ditangani, mental clarity anda boleh bertambah baik.

 

lupa rakaat dalam solat
Klik gambar untuk tonton video

 

Ini kisah En. Fadly yang sering hilang fokus dan kerap lupa rakaat dalam solat akibat ‘brain fog’ sehingga menjejaskan kehidupan seharian dan kerjaya beliau.

Beliau mendapat kesihatan minda yang lebih baik sejak mengamalkan Eskayvie MINDTROPIC. (Klik gambar untuk tonton video)

 

lupa rakaat dalam solat

 

MINDTROPIC diformulasikan dengan bahan Nootropik semulajadi seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri, Selenium dan Magnesium.

Ia dapat membantu menguatkan daya ingatan dan memori, mengatasi simptom ‘brain fog’ serta menyokong minda yang lebih fokus dan cerdas.

 

lupa rakaat dalam solat

 

Komen Facebook:
Lupa Rakaat Dalam Solat Akibat Brain Fog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!